Bismillah.Dah 2 liter saya berjaya habiskan untuk dalam tempoh 12 jam.Alhamdulillah.Memang saya pengunjung setia toilet la.Tak pe sebab saya WaHm je..Berulang 20 kali pun tak demasalah.
Pada yang baru berjinak nak belajar minum air yang cukup(2~3 liter/hari) cuba ikut langkah ni.
melambatkan proses pelansingan anda terutamanya jika anda
memang sedang giat berdiet.
Mengapa saya berkata demikian?
Di bawah disenaraikan mengapa air sangat penting
dalam proses pengurusan dan pelansingan badan:
1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh
persatuan kehilangan air dalam tubuh juga.
Pernah dengar “gemuk air”?
Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak.
Jadi, sangatlah
penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena
hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.
2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan
air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga
mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.
3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga
mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan
peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan.
Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air
kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang
adalah toksin dalam badan.
4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran
darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen
dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih.
Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan
senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.
5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan
pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita
bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh
menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot
atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.
6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam
proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air
yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih
mengalami sembelit meskipun sudah mengambil
keperluan serat yg cukup.
7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air
pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan
memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh.
Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran
proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu
merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur
akan mengelakkan strok atau serangan jantung.
Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.
8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter
air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan
aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang
itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus
meningkatkan kadar metabolisme.
9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau
melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan
mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat.
Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak
dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat
badan yg diimpikan.
10. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari
bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga
kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu.
Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang
digunakan dalam kegiatan harian
So tipsminum air ni sangat berguna untuk kita.Jika anda
mengamalkan seperti yang telah di terangkan Insha Allah
dengan mudah anda mendapat berat badan yang ideal
dan kesihatan yang menyeluruh.
Selamat Minum Air
Salam Sayang
Liza
012-3010634
No comments:
Post a Comment