Search This Blog

Friday, 15 February 2013

Amalan Semasa Mengandung

Salam...
Buku ni saya beli dari diri disahkan hamil anak pertama..Alhamdulillah penantian saya tak lama..Sebulan selepas pernikahan saya di sahkan hamil.Walaupun berjauhan dengan suami tapi saya redha..Allah kan ada..Saya berserah diri pada Nya..Keluarga yang banyak membantu..Terima kasih mak,Abah,Angah sebab tolong acik masa 1stpreggy dulu..

Antara kandungan buku yang saya baca ni ibu hamil harus menjaga ROHANI dan JIWA kerana semasa usia kandungan 80 hari/2 bulan 20 hari Allah meniupkan roh masuk pada janin tersebut...Jadi waktu itu ibu bapa harus melakukan sesuatu yang boleh mendidik rohani dan jiwa anak yang ada dalam kandungan...

Amalan Semasa Mengandung
  • Memperbnayakkan bertaubat dan beristigfar
  • Berpuasa sunat:Khusus untuk suami atau sekurang2 nya seminggu 2 kali isnin dan khamis
  • Tidak bercakap yang sia-sia
  • Banyakkan membaca Al-Quran:Antara surah yang di galakkan ialah
  • Surah Al-Fatihah-untuk terang hati
  • Surah Maryam-Untuk memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman-Untuk mendapat anak yang cerdik akal dan jiwa
  • Surah Yusuf-Untuk memperoleh anak cantik rupa dan akhlak
  • Surah Hujurat-Untuk memperbanyakkan susu ibu dananak bersifat berhati-hati
  • Surah Yasiin-Untuk ketenangan hati ibu dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  • Surah At-Taubah-Untuk membersih jiwa
  • Surah An-Nahl-Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
  • Sebaikkanya khatam Al-Quran pun baguuusss
  • Banyakkan berdoa 

Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa.."



Hanya pada Allah lah tempat kita meminta dan berserah diri..Dan Dia Maha Mengetahui akan tiap sesuatu sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian..


No comments:

Post a Comment