Assalamulaikum..
Pengambilan diet yang seimbang memang penting. Tapi baik ke kalau kita ambik vitamin tambahan dalam bentuk tablet/cecair? Bukankah lebih baik kalau kita dapat nutrisi dari pemakanan yang sihat dan seimbang.
Banyak kajian yang menyokong bahawa pengambilan vitamin supplement ini baik untuk kesihatan memandangkan adalah amat sukar untuk kita memenuhi keperluan vitamin dan mineral harian hanya melalui diet pemakanan disebabkan oleh habit pemakanan yang tak sihat dan juga kerana kandungan nutrisi yang berkurangan dalam makanan pada masa ini dan tidak lagi sebanyak nutrisi yang dibekalkan oleh makanan yang sama pada jumlah yang sama 50 tahun dulu. Oleh itu, WHO menyarankan pengambilan vitamin dan mineral tambahan bagi mengisi kekurangan daripada diet. (Purata rakyat Malaysia yang makan 5 hidangan sayur dan buah setiap hari adalah kurang dari 5%!)
Walau pun banyak vitamin dan supplement tambahan pada hari ini dipasarkan dengan cara seolah olah ianya adalah satu ubat. Sebenarnya kaedah pemasaran yang seperti ini adalah satu kesalahan mengikut undang undang. Bukan nak kata statement tu salah. Sebab pada masa ini, kebanyakan dari kita sakit kerana masalah kekurangan nutrisi.
CONTOH 1
Masalah lebihan gula dalam darah (diabetes) adalah gabungan kekurangan beberapa jenis vitamin seperti B complex, protein, kromium etc. Vitamin B complex adalah vitamin larut air yang perlu sentiasa di top up. Pada zaman dulu, tok nenek kita makan beras yang tidak menjalani proses refining yang kaya dengan serat dan vitamin B.
Vitamin B inilah yang membantu proses menukarkan glukos menjadi tenaga. Pada hari ini, ramai orang makan nasi putih yang kurang atau hampir tiada vitamin B. Makan banyak pulak tu! Dalam jangkamasa panjang, menyebabkan kekurangan yang kronik dan badan akan menghadapi masalah untuk menukarkan glukos menjadi tenaga.
Vitamin B inilah yang membantu proses menukarkan glukos menjadi tenaga. Pada hari ini, ramai orang makan nasi putih yang kurang atau hampir tiada vitamin B. Makan banyak pulak tu! Dalam jangkamasa panjang, menyebabkan kekurangan yang kronik dan badan akan menghadapi masalah untuk menukarkan glukos menjadi tenaga.
CONTOH 2
Kaki yang selalu lenguh dan kejang. Bila makan calcium tablet elok pulak. Maksudnya kurang kalsium la tu Dasar minum susu pun celam celop.
So walau pun supplement ni tak berfungsi macam ubat makan makan terus baik, tapi sebenarnya ia membantu memulihkan fungsi badan kita bagi yang ada masalah kesihatanlah. Kalau tak ada just untuk maintain kesihatan ke tahap yang optima.
Beza ubat dan supplement
Ubat akan betulkan symptom, kalau kita sakit kepala dia akan hilangkan sakit kepala. Tapi kalau punca sakit kepala tu sebab angin dalam perut, angin tu tetap takkan baik. Kalau kencing manis, ia akan control gula dalam darah dengan tambah jumlah insulin yang dihasilkan, tapi kena sentiasa makan ubat sebab ia tak baiki masalah insulin resistance badan orang tu.
Supplement akan bagi nutrisi pada tubuh supaya badan kita dapat menjalankan fungsi normal tubuh dengan baik. Proses ni akan ambil masa tetapi ia akan baiki root cause tersebut. Baiknya adalah supplement biasanya tiada kesan sampingan macam ubat.
Jadi, anda perlu faham betapa pentingnya tubuh kita dapat nutrisi lengkap dan seimbang dan masalah kita adalah makanan yang kita makan setiap hari tak dapat membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk badan kita menjalankan fungsi dengan normal. Di samping sedikit sebanyak sebab kenapa supplement itu perlu.
KAJIAN 1
Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa wanita yang berumur 55 tahun ke 69 tahun yang mengambil supplement mengalami risiko kematian yang lebih tinggi, terutamanya mereka yang mengambil iron supplement pada kadar melebihi 50mg setiap hari. Hasil dari pembacaan, memang patut pun hasil kajian ni menunjukkan keburukan vitamin supplement sebab asasnya wanita yang dah menopause cuma memerlukan 8mg iron setiap hari (RDA). Dan tak perlu ambil supplement pun, jumlah ini boleh diperolehi secara mudah melalui makanan yang dimakan. Iron supplement biasanya penting bagi wanita yang masih haid (perlu untuk ganti balik darah yang keluar sebab haid) dan wanita yang mengandung.Lebihan sebanyak 6 kali ganda (megadoses) ni menyebabkan lebihan iron tu membebaskan free radicals yang berbahaya pada tubuh. Kebanyakan kita tau betapa pentingnya makan antioksidan dan bahayanya free radicals pada tubuh. Lebihan inilah yang menyumbang kepada premature death di kalangan wanita wanita ini.
KAJIAN 2
Satu lagi kajian yang di publish di JAMA (Journal of the American Association) berkenaan dengan vitamin E menyebabkan peningkatan 17% penghidap kanser prostate bagi yang mengambil vitamin E berbanding mereka yang ambil placebo. Ini berlawanan dengan kajian asal yang mengatakan bahawa vitamin E dan selenium membantu mengurangkan risiko kanser prostate. Tetapi vitamin E yang digunakan dalam kajian ini adalah alpha-tocopherol. Sedangkan sebenarnya vitamin E adalah satu keluarga yang ada alpha, beta, delta dan gamma. Dikatakan bahawa, adalah lebih significant sekiranya kajian yang dilakukan menggunakan keseluruhan ahli keluarga vitamin E. Jadi, result ni questionable jugak la.
Berdasarkan kajian ni, kita boleh buat beberapa kesimpulan tentang pengambilan vitamin tambahan ni.
- Pengambil vitamin tambahan adalah tambahan kepada pengamalan diet yang seimbang dan cara hidup yang sihat. Bukan sebagai sumber nutrisi utama.
Kalau masa period sakit kejang sana kejang sini, sebulan sekali kena selsema, mesti ada something wrong dengan badan kita. Kekurangan vitamin dan mineral boleh menyebabkan immune system kita menurun.Even kalau lepas makan mengantuk, bangun pagi sakit kaki, gosok gigi gusi berdarah, bibir kerap mengelupas..mesti ada sikit something wrong pada badan. Sakit macam kencing manis, darah tinggi, sakit jantung bukan macam accident. Kena terus sakit. Ia adalah disebabkan kekurangan certain nutrisi dan unhealthy lifestyle dalam satu jangka masa yang lama. Even macam osteoporosis pun. Umumnya seseorang memerlukan 600mg calcium untuk maintain body function yang normal. Tapi bagi wanita advisable ambik 1000mg.
Kalau pregnant atau lactating ambik up to 1200mg (not only from supplementation la ok) Tulang kita Cuma akan membentuk sampai umur 30. Lepas tu dia akan menyusut atau maintain. Kalau umur 30 pun kepadatan tulang da -1, memang cari bala la bila da menaupose nak kena tulang rapuh pulak. Check tulang boleh buat kat farmasi. Tanya je.
Alhamdulillah, sebab tu saya suka sangat ambil shaklee yang tentunya dari sumber semulajadi. dulu saya pun ada ambil supplemen jenama lain, tapi macam tak rasa perubahan. YES, SHAKLEE MAKES DIFFERENT.
- Kalau tengah nak menurunkan berat badan ke kawal makan ke, memang confirm nak kena ambik supplement. To fill in the gap sebab makan pun da kurang, nutrisi pun dapat kurang.
- Sebelum makan vitamin supplement, kena tau yang ada sesetengah vitamin tambahan yang beri reaksi pada ubat yang kita tengah ambil.
Tanya orang yang tahu. Ada sesetengah jenis vitamin bagus ambil kalau kita ambik ubat. Contohnya bagi yang kolestrol tinggi (makan statin – eg lovastatin). Statin akan deplete CoQ10 dalam tubuh. So ambik additional CoQ10 melalui supplement adalah sangat digalakkan. Ada kajian kata, ramai orang yang tinggi kolestrol mati bukan sebab sakit jantung sebab sakit tu sendiri, tapi sebab makan statin, CoQ10 kurang dan jantung pun susah nak berfungsi dengan optimal. Orang ambik warfarin (Coumadin, jantoven) pun kena consult dulu sebelum ambik apa apa supplement. Ada jugak supplement yang menyebabkan kadar serapan vitamin lain berkurang. Contohnya kalau nak makan iron supplement, asingkan dari makan calcium tablet. Iron mengurangkan kadar serapan calcium. So better ambik asing-asing. (Perhatian terutamanya bagi yang tengah pregnant..ambik obimin ke iron folic ke waktu pagi, malam baru makan calcium..atau at least bezakan dua jam) - Bukan semua vitamin sama. Ada yang sintetik, ada yang dari natural source. Dapatkan supplement semulajadi kerana kualitinya memang berbeza. Lagi satu, the form is different dan ini menyebabkan kadar serapan yang berbeza. Syntetic form of vitamin E dl-alpha-tocopherol tidak dapat diserap oleh tubuh berbanding natural form vitamin E d-alpha-tocopherol. Ada yang kata, mengambil vitamin ibarat menghasilkan expensive urine sebab vitamin tu tak diserap tapi terus keluar melalui air kencing. Jadi, beli high quality vitamin sebab ia lebih selamat dan effective.
- Guna dengan betul. Kena tahu (kalau tak tahu tanya) berapa dos yang selamat diambil dan berapa banyak keperluan tubuh kita. Jangan main ambil je. Lepas tu bila jadi apa-apa kata orang jual menipu la apa la. Haihh..
sumber : http://ourkizuna.blogspot.com/2012/07/vitamin-supplement-baik-atau-tidak.html, http://ourkizuna.blogspot.com/2012/07/vitamin-supplement-baik-atau-buruk.html
Alhamdulillah, sebab tu saya suka sangat ambil shaklee yang tentunya dari sumber semulajadi. dulu saya pun ada ambil supplemen jenama lain, tapi macam tak rasa perubahan. YES, SHAKLEE MAKES DIFFERENT.
Jom check, adakah pemakanan kita dah cukup berkhasiat? Adakah supplemen yang diambil supplem semulajadi?
Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :
Disini saya bersedia membantu anda mendapatkan supplement yang sesuai untuk diri anda di samping menepati budget anda!Untuk tahu lebih lanjut boleh hubungi saya
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan saya saja..okay mesti try tau!Sila klik LIKE n SHARE untuk memberikn sokongan anda.Terima kasih
Penafian:Segala testimoni/penulisan tentang produk yg dikongsi disini bukan bertujuan untk merawat,mencegah,mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.Pembaca yg mengalami masalah kesihatan di sarankan mendapatkan nasihat dari pakar terlebih dahulu.
Salam Sayang
Liza
012-3010634
Liza
012-3010634
No comments:
Post a Comment