Search This Blog

Monday, 1 April 2013

Pertolongan Allah Sangatlah Dekat

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).Albaqarah ayat 214


Soalt merupakan tiang agama..Jika 1 tertinggal maka tak cukup tiang dan roboh lah agama itu..
Sesungguhnya dalam solat itulah kita sebagai hambaNya meminta segala-galanya.Apa yang kita inginkan.Tak kira dari sudut apa pun.Allah Maha Mengetahui...Janganlah rasa malu dan segan untuk meminta pada Nya..

Rukun solat

1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa,
disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring ,
telentang atau dengan isyarat.
4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5. Rukuk dengan toma`ninah.
6. I`tidal dengan toma`ninah
7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
10.Membaca tasyahud akhir
11.Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12.Membaca salam yang pertama
13.Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.



No comments:

Post a Comment