Search This Blog

Tuesday, 16 April 2013

Beruntungnya Menjadi Ibu

Hari ini dah masukminggu ke 33 kehamilan..Dalam perut ni rasa macam tsunami nak menghempas ke pantai..Tapi tah bila hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Rutin harian tetap diteruskan ,Ye la tangungjawab pada keluarga tue wajib walaupun badan dah rasa macam tak larat..78kg bro...berat giler kali ni.Mana tak nyer nk makan je.Sekarang ni je kurang sikit

Bila dok tak de keje ni mula tangan mencari ilmu yang bermafaat.Terjumpa artikel ni kat www.informasi.my ni nak share dan buat pedoman diri sendiri betapa beruntungnya aku bergelar seorang IBU.

Jom jemput baca la sikit.Untuk perkongsian bersama.Blog ni pun bukan takat nak jual barang je tapi macam2 pun ada.hikhikhik

KELEBIHAN WANITA 

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.
(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

No comments:

Post a Comment