Search This Blog

Friday, 23 August 2013

Cara nak cuci Clothdiapers

Salam..
Hari ini hari jumaat,malam ni pulak ada majlisramah tamah aidilfitri kat sekolah along.Hari ni alhamdulillah cerah je..so kelamkabut la mencuci.Tugas mencuci jadi bertambah setelah adanya colth diapers beli dengan https://www.facebook.com/clothdiapers.cahayapemberian terimakasih yer..Walau sampai lambat tapi sangat berpuas hati.

Ni nak cerita cikit la cara mencuci CD pada awal pembelian..
1-Mesti la buka kotak dulu..hihi saje nak panjangkan entry...Buka plastik pembalut.Cek la serba cikit yer
2-Asingkan insert dan CD.Masuk dalam mesin basuh tanpa sabun pun xpe,dan cuci.
3-Biarkan mesin basuh tue bekerja sendiri.Jika auto tinggalkan je jika semi auto korang tengok2 la kot dah habis pusing
4-Bila dah siap spin dry ampai la kat luar.Biar kena matahari cepat ckit kering.

ULANG LANGKAH INI SEHINGGA 3 KALI YER.BERTUJUAN AGAR CD DAPAT MENYERAP LEBIH BAIK.
p/s:JIKA TAK BUAT MACAM NI JANGAN SALAHKAN PENGEDAR YER JIKA CD YANG BBY ANDA PAKAI TERBOCOR...(bila orang suruh buat tue kena la buat..)

Tue cara untuk mencuci pada permulaan..NI nak cerita pula untuk mencuci jika CD dah terkena najis..

Jika terkena air kencing je tak de masalah..Keluarkan insert dan biarkan dalam baldi.Tunggu la sampai 5 pasang CD baru cuci..Jimat air dan elektrik.

Jika baby berak kat CD


1-Buka la CD tue dulu.
2-Keluarkan insert


3-Gunakan air paip untuk menembak najis tue terus masuk ke dalam mangkok tandas..Hati2 jagan terpercik kat baju plak..hheheh kene tahan cikit la baunyer..Mungkin ada najis yang dah melekat kuat kat CD ..so jangan panik.Sental dengan lembut yer.Kesan najis yang melekat tue akan terkeluar...
Masih ada sikit2 kesan kuning kan?Amik pencuci(aku guna pencuci pinggan mangkok je)dan sental dengan lembut lagi..Insya Allah hilang.Tak perlu menggunakan berus yer..Jika menggunakan berus ianya akan merosakkan material fleece tersebut.


4-Letak dalam baldi yang telah di kumpulkan CD kemudian terjunkan dalan mesin basuh..ikut langah mencuci biasa..Cuci CD dengan menggunakan pencuci Cd yang boleh didapati di butik aAnakku atau lebih jimat guna pencuci pinggan je..Di ingatkan DILARANG MENGGUNAKAN SOFTENER/PELEMBUAT FABRIK YE!


5-Jika ada kesan yang masih belum hilang,jemurkan CD pada panas matahari..Matahari akan tolong keluarkan

Mudah dan jimat..Walaupun kerja rumah bertambah tapi untk kesejahteraan bumi ni..bertukarlah pada CD.Aku bertukar sebab nak jimat adalah perkara pertama,yang kedua saja nak banyakkan kerja rumah..kot bila kerja dah bertambah boleh la slim sikit kot..hehe dan yang ke3 sebab suami aku keja Jabatan Alam Sekitar..So aku menyokong la kempen si suami supaya menjaga alam sekitar.

Haa jangan tak tahu lampin pakai buang atau orang putih kabo disposable diaper (diaper) tu sebenornya bahaya. Saya baru je tahu. sebab cik suami bagi tahu,.. Ni nak bagi tahulah pada sesiapa yang belum tahu. Pada yang dah tahu tu...apa pasal tak bagi tahu??

Sebelum ni pernah juga saya dengar yang diaper ni tak lupus selepas dibuang sehingga 5 tahun dan sesetenghnya melebihi tempoh 5 tahun.Dah la lambat lupus,bila di kira2 kosnya dari awal pembelian mak oi mahal giler.Kalau duit ynag kita buang tue di simpan kan lebih baguuss.


Try la korang tengok kat jadual bawah ni..So jom bertukar kepada CD.Lebih jimat dan mesra alam..
Hapy CD yer..Tak dapat nak upload timbunan koleksi Cd aku kat dalam almari tue...





No comments:

Post a Comment