
Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
www.familiazam.com
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)
www.familiazam.com
Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)
www.familiazam.com
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w tidak nampak Sayyidina Muaz r.a sembahyang Jumaat di masjid.
Pada keesokkan harinya, Sayyidina Muaz r.a ada di masjid,
Rasulullah s.a.w bertanya: "Kenapa saya tidak nampak kamu hari kelmarin, hai Muaz?"
Sayyidina Muaz r.a. menjawab:
"Ya Rasulullah, saya kelmarin turun dari rumah hendak ke masjid, di tengah jalan saya ditahan oleh seorang Yahudi, kerana saya memang ada berhutang pada orang Yahudi itu cukup banyak nilainya (satu uqiah emas) atau satu aun emas. Saya masih belum boleh membayarnya sehingga ditahannya dan tidak diizinkan pulang ke rumah untuk ke masjid. Saya minta bersungguh-sungguh agar dibebaskan dan berjanji akan membayar hutang tersebut.
Lalu saya diizinkan pulang, itulah sebabnya saya tidak dapat hadir ke masjid kelmarin.
Lalu Rasulullah s.a.w berkata:
"Aku ajarkan kepadamu 2 buah ayat (ayat di atas) jika engkau mahu mengamalkannya,nescaya Allah s.w.t meluaskan rezekimu untuk membayar hutangmu meskipun hutang itu sebesar gunung banyaknya"
Maka Sayyidina Muaz r.a. pun mengamalkan dan dijadikan wirid sehingga beliau mendapatkan rezeki yang luas dan melangsaikan hutangnya.
No comments:
Post a Comment