Assalamualaikum ..
Bismillah..
Alhamdulillah dah 4 hari berada di kampung halaman sempena cuti sekolah penggal ke 2.
Tujuan utama balik ke kampung pun sebenarnya bukan sekadar nak bercuti..lebih kepada menziarahi orang tua.
Faktor sayang yang melonjakkan hati nak balik kampung.Alhamdulillah restu suami kami berada disini..
Sepanjang di sini abah semakin dihat..semput sikit2 biasa la..berbanding last week yang agak struggle..cian abah..dah berpuluh tahun macam ni..
Tapi saya yakin dengan adanya kami kat sini semoga Abah akan sihat.
Menjaga orang sakit ni banyak cabarannya..sebab tue la hati kena cekal,semangat kena kuat.
Saya yakin walau dimana saya berada rezeki Allah tetap ada.Perniagaan saya tetap berjalan seperti biasa,malah homeschooling bersama anak juga bertambah ceria.
Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah dah 4 hari berada di kampung halaman sempena cuti sekolah penggal ke 2.
Tujuan utama balik ke kampung pun sebenarnya bukan sekadar nak bercuti..lebih kepada menziarahi orang tua.
Faktor sayang yang melonjakkan hati nak balik kampung.Alhamdulillah restu suami kami berada disini..
Sepanjang di sini abah semakin dihat..semput sikit2 biasa la..berbanding last week yang agak struggle..cian abah..dah berpuluh tahun macam ni..
Tapi saya yakin dengan adanya kami kat sini semoga Abah akan sihat.
Menjaga orang sakit ni banyak cabarannya..sebab tue la hati kena cekal,semangat kena kuat.
Saya yakin walau dimana saya berada rezeki Allah tetap ada.Perniagaan saya tetap berjalan seperti biasa,malah homeschooling bersama anak juga bertambah ceria.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)
Saya tertarik dengan hadith di atas,semoga saya tergolong di antara orang yang mendapat darjat sebegitu in sha Allah..
Saya berpesan2 kepada anda dan diri saya sendiri supaya lebih kerap untuk menziarahi orang tua selagi mereka masih ada.
Salam sayang.
Liza
No comments:
Post a Comment