Search This Blog

Tuesday 20 May 2014

Terputusnya Doa yang Paling Makbul


Terputusnya Doa yang Paling Makbul


Dah seminggu berlalu..my MIL pergi menghadap Maha Penciptanya.

Kami redha dan mengharap ianya akan menjadi iktibar buat kami semua..

Tahukah anda secara automatiknya dah terputus doa yang paling makbul...

Kenapa saya cakap macam tue?Sebabnya DOA IBU LAH YANG PALING MAKBUL.APA JUA YANG DI PINTA,DOANYA AKAN TERUS DI ANGKAT KE LANGIT.

Masya Allah..betapa hebatnya insan yang bergelar ibu.

"3 jenis doa yang mustajab yang tidak di ragu keajaibannya adalah :doa orang tua untuk anaknya,doa orang musafir dan doa orang yang di zalimi"
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Terima kasih mak ,dah banyak ilmu dan pengorbanan mak untuk kami.

Maafkan kami andai ada menyinggung hati dan perasaan mak.Mak tetap dalam ingatan kami.Tak pernah luput walau sesaat.

Antara pengajaran yang saya dapat kutip dari kisah pemergian mak:
1.Mak tak nak susahkan anak2.Perancangan Allah sangat teliti
2.Ajal maut tak akan terawal atau terlewat walau sesaat pun.
3.Sentiasa husnuzzon dan sentiasa beristigfar untuk menyucikan hati dari dosa yang kita tak ketahui.
4.Sentiasa memaafkan sesaiapa sajaJangan di pendam dalam hati.


Sabda Nabi s.a.w
"Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh"
Hadis riwayat Muslim 

Berbuat baiklah kepada keduanya selagi mereka ada.

Salam sayang
Liza

No comments:

Post a Comment