Search This Blog

Saturday, 15 November 2014

Kanak kanak Obes-Tips Untuk Ibubapa

Bismillah..

Masalah obesiti di kalangan kanak kanak sekarang semakin meningkat.Mana taknya fakto persekitaran dan gaya hidup yang nak cepat dan malas yang mendorong kanak kanak jadi obes.

Zaman saya kecik 29tahun dulu,mana ada dok diam kat rumah.Ada je keje kat luar nak buat.Tak cukup main kat sekolah ,sambil balik sekolah jalan kaki pun sepat lagi main kat tepi jalan.

Kadang berlumba lari sapa boleh sampai rumah dulu.Sekolah pagi petang aktiviti sekolah tak banyak macam sekolah sekrang.Cuma kami kanak2 zaman 80an memang suka buat aktiviti sendiri di rumah.Main la apa pun janji kat luar rumah masih berada di kawasan sekitar kejiranan..

Tapi zaman cyber ni kanak kanak lebih banyak habiskan masa depan tv,main game,tonton video dll la..

Saya anak 3 anak yang sedang meningkat dewasa.Yg sulong boleh di katergorikan obes.Sebab dia memang jenis kuat makan dan tak suka bergerak.Duduk tengok tv sampai la kena marah baru nak bangun.

Aktivi luar yang biasa kami buat hanya lah main basikal dan badminton.Kalau hari hujan terperap la dalam rumah.

Terbaca blog Kevin Zahri mengenai kanak kanak obes ni terus rasa nak share dengan semua.

Alhamdulillah setakat ni jajan(makanan ringan) memang saya tak galakkan anak makan.Sebulan sekali pun susah saya nak belikan.Kecuali kalau ada sambutan harijadi di sekolah memang saya tak dapat elak.Anak saya yang sorang ni mang penggemar nasi,mee goreng dan minuman manis.

Bila dah baca tips dari Kevin ni saya rasa saya perlu lebij tegas untuk kesihatan anak.Marah tandanya sayang.

Jom baca apa nasihat Kevin yang bileh kita praktikkan dan sebagai guidelines buat kita parents.

  1. Biar kasih sayang bertempat: ramai ibu bapa gunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau anda betul-betul sayang, janganlah masak atau beli makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Nanti yang susah anak tu juga. Kesian dia.
  2. Teladan yang baik: Kalau anda sendiri mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh teladan kepada anak anda.
  3. Tetapkan peraturan pemakanan: Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak tu penting. Macam cikgu sekolah juga, anda perlu tetapkan waktu-waktu makan, bila makanan ringan dibenarkan dan aktiviti riadah. Pastikan anda enforce peraturan dan garis panduan anda denga konsisten.
  4. Makanan ringan untuk hujung minggu:Biarlah makanan sepanjang Isnin-jumaat sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, chips, kuih dan lain-lain sesuai untuk hujung minggu dan cuti sekolah.
  5. Masa riadah setiap hari: Di zaman cyberworld, penting untuk memaksa kanak-kanak anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti2 fizikal seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah 60 minit setiap hari!
  6. Kawal masa untuk PS3 dan telefon bimbit: Macam dalam tip di atas, pastikan anda mengawal waktu dan penggunaan alat permainan dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak MALAS!
  7. Sediakan snek yang sihat: Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukkan kerana ia selalu TIDAK dikawal dan dipenuhi makanan yang TIDAK sihat. Jadi pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk kanak-kanak anda. Contoh adalah sandwich tuna, cereal oat, buah-buahan.
  8. Ketahuikah keperluan kalorie anak anda:Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak-kanak. Ia bergantung kepada jantina, umur dan paling penting kadar aktiviti harian kanak-kanak tersebut.
  9. Semak diri: Tahukah anda keperluan kalori seharian anda mahupun diri sendiri?
  10. Buang tabiat lama: Kalau anak anda mengalami masalah kegemukkan, cuba buang tabiat-tabiat yang kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya ia menjadi tabiat yng baru untuk sepanjang hayat.
  11. Ia tanggungjawap anda: Jangan serahkan tanggungjawap kesihatan kanak-kanak anda kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Kalau lah anda betul-betul sayangkan anak anda, pastikan hanya yang terbaik buat mereka.
InshaAllah saya akan boleh membantu anak saya dengan tips ini.Bukan susah,bukan mendera tetapi ibu mana tak nak anaknya sihatkan.

Wajah Along Alif Najmi masa kecil







Salam Sayang,
Liza 012-3010634

No comments:

Post a Comment