Ada la 1 malam tue tak ingat tarikh dah ,suami saya balik meronda KRT Rukun Tetangga.Bermula pukul 11malam sehingga 330 pagi..Naik motorsikal sorang sorang la nak balik rumah .
Tiba -tiba.
ternampak benda putih kat dalam pagar rumah sebelah kami.Area rumah kami ni taman baru naik,masih belum ramai yang duduk.
Cuak la sang suami.Sebab tak pernah nampak apa pun sebelum ni.Motor di berhenti kan.Mendekati "benda " tue sambil cuba menghalau.
SSSuuuhhh sssuuhhh.
"benda" tue yg elok memeluk tubuh terus angkat kepala melihat siapa la gerangan yang halau dia sedang lepak kat situ.
Sekali dia angkat kepala ..Toooiing kelaur telinga besar dan panjang.Mana pulak datang rabbit malam malam ni.Tak pernah nampak pun.Apa lagi suami terus blah la masuk rumah.
Esok paginya suami cerita kat saya.Saya menafikan.
"Mana ada rabbit bang.."
"Dah tue apa??"
"Mana nak tau."
hahaha dalam hati kata penakut jugak yer...2 hari pun berlalu bayang rabbit yang dia jumpa tue tak kelihatan pun.
Maghrib tue suami nak solat kat surau terserempak dengan si rabbit yang sedap melepak bawah keta kami.Kelam kabut dia panggil.
"Yang!yang tengok ni kan abang cakap ada rabbit.."
Kami pun kelibut la keluar nak tengok .Haah betul la.. ada rabbit,tapi sapa punya yer?Malam tue rabbit tue bermalam dirumah kami dengan tenang dan selesa.Mana tidaknya ke main lagi rabbit tue,lapar habis doggol pokok bunga saya.Tak kisah la...nanti cari alternatif lain.
Selepas dari hari itu banyak kali la kami jumpa si rabbit ni.Memang kerap dah melepak kat rumah kami sebab ada je yang suka bg makan.Cokkodok pun diorang bagi ..aduhai anak.
Anak pergi sekolah rabbit datang ,cari makanan sian tengoknya.Mcam dia sakit kat bawah dagu dia ada daging lebih macam beguk pulak .Bila di sentuh macam sakit je.
Tak de apa nak buat layan rabbit la.Bagi carrot dan sawi licin dia makan.
Ok selesai kisah seram suami saya.Apa punya cerita daa....
No comments:
Post a Comment