Search This Blog

Friday, 6 February 2015

Snow Ball

Bismillah,
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..menu apa sarapan hari ni?

Kami sekeluarga biase biase je.Paling senang dan cepat buat snow ball ni

Asalnya bancuhan ni sama dengan donut tapi saya malas nak buat lubang so,mengkreatifkan diri buat snow ball je la hahahaha.

Ingatkan anak tak suka tapi bila anak tengok kelainan dalam menu mama harini request lagi untuk hari2 berikutnya nak bawak bekal ke sekolah.



Jom share cara buat Snow Ball:

Bahan bahan
  1. Tepunggandun 2 cawan
  2. Gula 3 sudu besar
  3. Yis setengah pek
  4. Air suam secawan
  5. Garam secubit
  6. Minyak masak 3sudu
Cara buat
  • Larutkan yis+gula+minyak+air suam+garam
  • Biarkan bebuih sikit dalam 10 minit
  • Dah berbuih masukkan tepung gaul dengan senduk dulu
  • Dah sebati uli dengan tangan samapi doh tak lekat pada tangan
  • Doh memang akan sedikit lembik
  • Simpan doh .Tutup dengan kain(saya simpan dalam microwave je suhu panas dlm tue membantu yis tue hidup)
  • Doh akan naik 2 kali ganda.
  • Minyakkan tangan
  • Ambil sikit uli di tapak tangan dan picit keluarkan dari celah jari.Jadi elok bulatnya
  • Panaskan miyak dan goreng
  • Siap
Ha..senang je pada beginner yg nak buat donut ni cara yang paling snamg.Kalau nak ikut cara pakar buat donut dan snow ball diorang uli je terus xde tunggu berbuih larutan tue.

So pada beginner try dulu resepi ni.Bacakan selawat semasa menguli insha Allah jadi..Kalau tak jadi pun hati rasa tenang je tak la stress hihii

ok Selamat mencuba

Salam Sayang 
Liza 
012-3010634



No comments:

Post a Comment