Search This Blog

Friday, 13 February 2015

Syukur PadaNya

Bismillah..alhamdulillah,
Assalamualaikum semua.Hari ni saya tertarik dengan status rakan saya.Jadi saya ambil langkah seterusnya untuk share di sini.

Adakah anda sudah mengucapkan syukur hari ini? Manusia yang benar-benar bersyukur, ia tidak akan menggunakan nikmat Tuhan ke jalan maksiat. Ia pasti mengarahkannya ke jalan taqwa sahaja. Mata hanya melihat perkara baik, mulut tidak akan bertutur kecuali perkara
manfaat dan kakinya tidak diarahkan kecuali ke tempat yang Allah redai. Begitulah seterusnya.

Dan cara termudah untuk bersyukur telah Rasulullah SAW ajarkan. Perbanyakkan zikir ‘Alhamdulillah’: segala puji, puja dan
syukur bagi Allah:
Barangsiapa yang membaca Subhanallah setiap selesai solat 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 33x hingga menjadi 99, lalu disempurnakan menjadi seratus dengan Laa ilaha illallah wahdahu’ laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ala kulli Syaiin qadir, diampuni dosanya sekalipun sebanyak buih lautan’. (Hadis riwayat Muslim)'

Ucaplah Alhamdulillah dengan keadaan sedar. Ucapkannya dengan fikiran yang turut bersyukur tidak kira apapun situasi anda senang atau susah. Banyak atau sedikit. Menang atau kalah.

Sangat bersyukur walau apa pun terjadi,kerana setiap perkara itu ada asbab dan musabnya.Muhasabh diri,Salam Jumaat.

Truly
Liza
012-3010634

No comments:

Post a Comment