Bismillah,Assaamualaikum semua..dah lunch ke?apa agaknya menu uolls ye?i oulls makan nasi lemak simple hari ni..tak tau dah nak mereka menu.Bedal je janji cepat dan sedap.
Nasi Goreng wif Salad King+ikan masin+sambal belacan(menu hari jumaat lepas) |
Dah lama tak ke pasar sayur dalam peti pun hanya ada timun je..Malasnya ..lahai nak start keta pi Econsave.
Pagi 2 keje menyiram pokok macam biasa..malam walaupun hujan pagi tue siram tetap siram..Bila cuaca hujan je salad King pun bukan main hijau dan subur la..Boleh di katakan walau pun stok sayur dalam petiais dah tak de tapi stok sayur kat tepi pagar rumah alhamdulillah ada.
Asalnya ambil anak pokok je kat rumah mak dan tanam dalam pasu.Masa ada dalam pasu macam tak berapa nak hidup sangat.So terfikir la zat galian dalam tanah sangat baik untuk akar menjalar.
Bermula la operasi bersama boyfren saya yang rajin..kerja kerja membuat batas kecil siap dalam masa yang singkat.Tq ye Boyfren ku sayang muuuaaahahhhh hihihii.
Minggu ni yang malas ni so petik je la hasil tanaman kat tepi rumah.Walaupun macam tak banyak tapi sekali petik dapat juga la seikat kecil.Sebab poko ulam raja ni banyak cabang dia.So,pucuk pun banyak la.Lepas ni rasa macam nak upgrade sikit batas untuk kebun kecil tepi rumah ni.Rasa sayang sangat walaupun kecil rasa banyk jasanya dalam kehidupan.
Hasil tuaina Salad KIng/Ulam Raja untuk lunch |
Memang niat dari awal dulu nak buat Mini Herbs Garden..Baru baru ni try semai biji benih Cupsicum pulak.Nampak dah banyak anaknya naik tapi belum tau hasilnya..Kena buat kajian mendalam lagi tentang cara tanam cupsicum ni.Nanti senang buat pizza hihhi.
Sedikit Info Tentang Salad King/Ulam Raja:
Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja.
Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Sebenarnya banyak khasiat ulam ulaman ni.Terutama untuk kesihatan.My Boyfren macam suruh tanam selom pulak tapi sedang fikir kawasan yang sesuai..Nak hidup lebih sihat dan ceria makan la makanan yang semulajadi dan hijau.Sebab banyak antioksidannya..
Juga baik untuk yang sedang berdiet tau.Pada yang nak benih Ulam Raja mai la rumah.
Salam Sayang
liza
012-3010634
No comments:
Post a Comment