Search This Blog

Wednesday, 3 June 2015

Bengkak Susu

Bismillah,Assalamualaikum semua.. apakhabar???

Tahniah pada yang baru bergelar ibu dan telah selamat melahirkan.Hari ni nak share maklumat yang selalu terjadi pada ibu ibu baru ni..

Pernah dengar tentang Bengkak susu?? herm.. sakit mendengarnya, apa lagi menanggungnya... okeh, sebenarnya bengkak susu adalah tanda positif yang payu dara menghasilkan susu untuk bayi. Biasanya bengkak ini akan terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Namun ada juga yang terjadi pada waktu siang (mungkin kerana, tidak menyusukan bayi dengan secukupnya, atau terlupa  / melengahkan waktu mengepam susu.. Bagi ibu yang bekerja, amalan mengepam susu seharusnya membantu mengurangkan bengkak susu.. 



Pengalaman Liza juga pernah jadi bengkak susu ni,masa anak 1 dan ke 2..Masa anak 1 dulu mungkin sebab pertama kali kan..memang tak reti dah la bengkak merekah pulak nipple(puting) tue..Sakitnya Allah je tahu.Tapi sakit macam manpun gagahkan juga la bagi baby isap.

Masa anak ke 2 tak pecah cuma bengkak je.Bagi juga isap padahal masa tue badan dah rasa seram sejuk pun.Bila time baby tak isap amik tuala hangat letak dan masssage kan kat cik B.


Biasanya jika bengkak susu sudah terjadi, mengepam payu dara bukanlah satu idea yang baik. Kenapa?? kerana waktu itu, payu dara sudah mengeras dan kita akan cepat rasa sakit jika tersentuh.. Malah saluran susu seakan tersumbat, susu tidak akan keluar dengan banyak. Oleh itu ada beberapa cara lain yang lebih sesuai untuk mengurangkan bengkak susu ini. (cara yang paling baik adalah melalui hisapan langsung daripada bayi). 

Selain daripada hisapan secara langsung daripada bayi. apa kata jika kita cuba beberapa tip dan petua untuk kurangkan bengkak susu ini : Saya sertakan 10 tip dan petua yang sama-sama kita boleh cuba.. Insyallah, dapat membantu :D

  • Bra sokongan : Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat ya.. 
  • Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.. pastikan seimbang yea..
  • Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..
  • Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, boleh.. saya selalu juga tuam / mandi air suam kita saya alami bengkak susu.. 
  • Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri
  • Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..
  • Gunakan sikat.. ye sikat rambut.. ya sikat rambut.. hehehe.. betul ni, bukan lawak-lawak tau.. Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..
  • Daun kubis pun boleh membantu.. ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu.. daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu.. ia boleh sebabkan SUSU kita menjadi KERING..

  • Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk.. ambik kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh
  • Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau.. banyak khasiat daun sirih ni..ambil daun sirih, layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.. opps lupa pula, sapukan minyak zaitun pada daun sirih sebelum dilayur.. apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak tu... ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit.
Masa anak ke waktu berpantang ada juga sekali kena ,masa tue berpantang denga Set Berpantang Shaklee,susu banyak sangat baby ulak tidur je so pam susu dan simpan untuk bagi anak susuan.

Alhamdulillah masalah bengkak susu tue tak la lama.Cumanya bulan ni anak Liza dah wean off,so biasa dia menyusu tapi dah ceraikan susu maka tidak di benarkan menyusu lagi.

Malam tue pdah rasa uuu keras dan sakitnya..Tapi di sebabkan siangnya masih amalkan Lecithin alhamdulillah la Cik B yang keras macam batu tue surut dengan sendiri.

Ha..ada cara moden dan senang dah nak atasi masalah bengkak susu ni dengan mengambil Lecithin beberapa bji selesaila masalah bengkak tue.

Membantu masalah bengkak susu
Ingin membeli Lecithin Untuk Bengkak Susu ini secara online dan dihantar terus ke pintu rumah anda? Mudah sahaja, sila klik di bawah ini.Atau untuk COD boleh call/sms saya di 



Liza

012-3010634



No comments:

Post a Comment