Search This Blog

Thursday 10 August 2017

3 Doa Untuk Jadi Kaya

Assalamualaikum semua.Syukur ada bunyi guruh kat langit Sg Petani ni.Nak hujan agaknya.Siang tadi dah berpanasan.
Hujan Rahmat di malam Jumaat.Syukur.Sejuk sikit.

Cikliza nak share dari live Ustaz Ebit semalam.Biasa lepas Isyak memang cikliza akan tengok.Dalam pukul 10-1230.Kadang sampai tertidur.
Punya khusyuk dengar sampai tertidur tu.Nikmat tenang bila berada dalam taman syurga .
Ok lah korang nak tahukan apa 3doa yang patut kita amalkan untuk kita jadi kaya.
Sapa tak nak kaya kan..Semua orang nak.Tapi nak kaya macam mana?Nak kaya saja untuk enjoy atau kaya yang penuh Rahmat dan Barokahnya?

Cikliza pilih nak kaya dengan penuh barokah dan Rahmat Allah.
Jadi marilah kita amalkan doa ini.Baca setiap pagi dan petang selepas solat fardhu 3 subuh dan 3 asar.


Doa Pertama
1.Allah humakfini bi halalika an haromika,wa agnini bifaslika ammansiwak

Ya Allah berikan kami rezeki yg halal supaya aku terselamat dr rezeki yg haram.dan ya allah kaya kan aku dgn kurniaan mu.supaya aku tidak meminta minta selain drpd Mu


Doa Kedua


Terjemahan
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat bacul dan kikir. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang." 
Fadhilat Wirid 
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: "Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?"
Jawab Abu Amamah: "Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah."
Maka jawab baginda : "Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?"
Jawabnya: "Ya!"
Lalu baginda bersabda: "Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas)."
    Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud)

Doa Ketiga

masuk rumah bagi salam baca alikhlas 3kali selawat 3 kali.
Allah permudahkan rezeki,mudahkan hutang dan Allah bagi Rahmatnya.

No comments:

Post a Comment