1. Berbincang Dengan Suami Anda Tentang Proses Bersalin
**************************
--> Komunikasi adalah penting. Takut? Gementar? Risau? Biarkan suami anda tahu kerana ia membuatkan dirinya terasa istimewa dan diperlukan. Tanya suami anda apa perasaannya dan apa yang ada di fikirannya tentang proses bersalin. Mewujudkan pertalian emosi ini penting dan sangat membantu apabila tibanya detik getir itu kerana anda tahu perasaan masing-masing dan ia membolehkan anda membantu sesama sendiri.
2. Libatkan Suami Anda Biarpun Dalam Perkara Kecil
**************************
--> Jika suami anda yang memandu ke hospital, ucapkan terima kasih tanda menghargainya. Suami anda boleh bantu anda bercakap dengan jururawat, menghubungi keluarga terdekat, bantu anda ke bilik air, dapatkan bantuan jururawat jika anda perlukannya dan bantu dengan segala keperluan anda. Membiarkan suami anda melakukan semua ini akan menenangkannya kerana kebanyakan suami akan rasa tidak terdaya apabila isteri mula sakit bersalin dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
3. Ingat Bahawa Suami Anda Sentiasa Di Sisi Anda
**************************
--> Apabila kontraksi bermula, kesakitan yang dirasai boleh buatkan kita tidak sedar keadaan sekeliling. Ingatlah suami anda sentiasa di sisi dan sentiasa menunggu untuk melakukan sesuatu untuk anda. Urutan di belakang, kaki atau sekadar belaian halus boleh menenangkan anda dan suami anda pasti mahu melakukannya. Suami juga boleh bantu mengawasi jarak antara kontraksi. Jangan jadikan kesakitan itu sesuatu yang sangat serius. Berbuallah dengan suami anda perkara yang menggembirakan seperti kenangan lama atau tentang anak yang bakal lahir.
4. Jadikan Suami Sebagai Pendorong
**************************
--> Apabila sampai saat untuk meneran keluar bayi, berpalinglah kepada suami anda. Kepada para suami, kata dorongan sangat diperlukan oleh isteri anda ketika ini. Malah tiada siapa mampu memberi dorongan yang terbaik kerana suami lah yang paling mengenali isteri. Apabila selesai semuanya, ucaplah terima kasih kepada pasangan anda tanda menghargai kehadiran dan pengorbanan masing-masing. Ini akan membuka lembaran baru dalam diari rumah tangga anda.
Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE YE...
No comments:
Post a Comment