Search This Blog

Thursday, 20 December 2012

Manfaat Solat Untuk Kesihatan


TAKBIRATUL IHRAM
Berdiri tegak,mengangkat kedua tangan selari dengan telinga,lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.

Manfaat:
Pergerakan inimelancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan.Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh.Semasamengangkat kedua tangan,otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar.Kemudian kedua tangan didakapkan ke pertu atau dada bahagian bawah.Sikap inimenghindarkan dari pelbagai gangguan persendirian khasnya pada tubuh bahagian atas.
RUKUK
Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakakn segelas air di atas pungung tersebut air tidak akan tumpah.Posisi kepala dan tulang belakang lurus dan selari.
Manfaat:
Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang(corpus vertebrae) sebagaipenyanbung tubuh dan pusat safar.Posisi jantung selari dengan otak,maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah.Tangan yang tertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah.Selain itu,rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.

IKTIDAL
Bangun dari rukuk.Tubuh kembali tegak.
Manfaat:
Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud.Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik.Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir.Kesannya,pencernaan menjadi lancar
SUJUD
Meletakkan kedua tapak tangan,lutut,hujung jari kai dan dahi pada lantai
Manfaat
Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak.Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak.Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang.Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak.Gerakan ini juga menghindarkan buasir.Khas kepada wanita,rukuk,sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ dalaman wanita.
DUDUK
Duduk ada dua jenis.iaitu tahiyyat awal dan tahiyyat akhir.Perbezaan terletak pada posisi tpak kaki.
Manfaat
Duduk tahiyyat awal:
Tertumpu pada bahagian peha yang berhububg dengan saraf nervus ischiadius.Posisi ini menghindarkan sakit padapangkal peha yg sering menyebabkan pesakitnya tidakmampu berjalan

Duduk tahiyyat akhir:

Ianya sangat biak kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing,kelenjar kelaminlelaki dan saluran vas deferens.Jika dilakukan dengan betul,posisi ini boleh mencegah matipucuk.Variasi posisi telapak kaki pada duduk tahiyyat awal dan akhir menyebabkan seluruh oto kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali.Gerakan dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

SALAM
Pergerakan menoleh ke kanan dan ke kiri secara maksima.

Manfaat
Kelonggaran oto sekita leher dan kepala meyempurnakan aliran darah.Pererakan ini mencegah sakitkepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.


Seusai solat,panjatkan doa padaNya agar diberi kekuatan dan kesihatn untuk beribadat lagi esok dan hari-hari akan datang..
Kesimpulannya selepas ini mari kita sama-sama perbaiki posisi solat kita jika sebelum ini kita sering melakukan dengan sambil lewa dan tergesa-gesa.Selain untuk meperoleh khusyuk dalam solat,Insya Allah kita juga akanmendapat kesihatan dan menambah kecerdasan
Semoga bermafaat buat saya dan anda semua

No comments:

Post a Comment