Siapa kata ibu mengandung tidak perlu bersenam?Melakukan senaman ringan dan kerja-kerja ringan semasa hamil baik untuk meregangkan otot.Senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil ialah yoga,kerana senaman yoga merupakan cara yang paling bagus untuk meregangkan otot-otot.
Selain yoga,berjalan juga antara senaman ringan yang tidak terlalu membebankan.Elakkan melakukan gerakan melompat-lompat dan gerakanyang tiba-tiba.Lakukan senaman yang lemah lembut dan perlahan.
1.MEREGANGKAN TANGAN SECARA BERGANTI-GANTI.
Anda boleh duduk atau berdiri semasa senaman ini.
Caranya angkat tangan anda seolah-olah ingin menjangkau langit.
Bermula dengan tangan kanan dan diikuti dengan tangan kiri.
Lakukan gerakan sebanyak 8 kali.
2.MEREGANG MATA KAKI.
Dengan kedudukan berdiri.Dengan 1 kaki di muka kaki lainnya.
Telapak tangan menempel ke dinding dan lutut kanan juga melekat
ke dinding dalam 45 darjah.Posisi seolah-olah sedang menolak dinding.
Lakukan secara bergilir-gilir antara kaki kanan dan kiri.
3.BERTINGGUNG
Lakukan sekerap mana yang anda inginkan.Bertinggung baik untuk
meredakan ketegangan pungung dan untuk meregang mata kaki.
4.MEREGANG
Duduklah di atas lantaidengan tumit bertemu tumit dan tarik kaki serantak
ke arah badan anda.Perlahan-lahan tekankan lutut ke arah lantai.
Bertujuan meregang bahagian celah peha(celangkang)
5.MEREGANG TUBUH
Duduklah di atas lantai dengan keadaan kki di lunjurkan ke sisi.kiri dan kanan.
Tangan kanan cuba mencapai hujung jari kaki kanan sambil tangan kiri berada di atas.
Capai kaki kanan seboleh yang mungkin.Jangan di paksa.
Lakukan berturutan kiri dan kanan.
6.PEREGANGAN BERBARING
Berbaring rata melentang dengan kedua lengandi sisi tubuh.Bengkokkan kaki kanan ke lantai
dan kai kiri dilunjurkan sambil ibu jari di regangkan menghalake arah badan.Tahan beberapa saat dan ulangi dengan kaki sebelah lagi.
Sebagai ibu muslimah,selain daripada melakukan senaman ringan itu,Gerakan semasa solat juga bagus untuk proses meregangkan badan.Sila KLIK SINI untuk mengetahui apakah manfaat gerakan dalam solat.
Semoga bermanfaat buat semua.
Search This Blog
Thursday, 20 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment