Search This Blog

Tuesday, 30 April 2013

Nursing pillow DIY

April 30, 2013 0 Comments
Malam tadi buat lakaran untuk nursing pillow ni.Sakit pinggang di buatnyer.Yela tak pernah buat gatal tangan nak try gak buat.Mana taknyer tengok nursing pillow kat shopping mall mahal ke main .Bila di kira dan di conggak macam tak logik je rege tue.

Ahad lepas kebetulan pi Kamdar terjumpa kekabu n kain cotton yang murah.Ape lagi nekad jugak nak buat.Buat lagi murah dari beli siap.Mana boleh jimat kita jimat..Jangan bazir duit tak tentu pasal.

En.Suami suruh beli siap juga.Hish xpe mama boleh buat..Bukan susah pon.

Bermula la malam tadi 3-6 kali lakaran.Hahahah.Pagi tadi sambil mesin basuh tolong cuci kain,Anak2 dah makan mula kan proses memotong.

Sorry la xde gambar potong kain.Xsempat nak amik.Mana taknye berebut gunting lagi dgn anak2.

Proses menjahit pun bermula....Sambil masak nasik,goreng ayam n sayur lemak.Biar api dapur jalankan tugas die.


Tadaaaaaa siap juga setelah beberapa kali di outer,di jahit,di buka ,di jahit lagi..Hahaha berapa kali buka jahitan daaaaaa..

Percubaan yang berjaya.Nursing pillow keluaran hairulliza.blogspot.com.



Anda tak tahu ape keguanaannya nursing pillow ni?Nursing pillow ni juga di panggil maternity pillow,breastfeeding pillow and baby support pillow.Benda yan sama kegunaannya juga pelbagai bak kata omputih multipurpose.


Setelah siap tadi try la baring n sandarkan pinggang ni.Wahhh rasa selesala berbanding bantal biasa.







Buat saiz besar 30"x25"x10"
Senang bila baby dah besar boleh bagi die support nak duduk plak.Tapi rasanyaer sah malam ni berebut nak guna ni.Pagi tadi pun masing2 sibuk nak tolong masukkan kekabu dalam sarung die.

Kalau boleh biarla bertahan bantal ni sampai next bby plak..hikhikhik.Ni pinjam baby orang lain dulu.baby sendiri in shaa Allah akan deliver ...Doakan yer saya sihat sentiasa n selamat..Wassalam
Untuk tempahan sila pm saya https://www.facebook.com/noraliza.kamarudin

Tuesday, 16 April 2013

Emm... Romantik Untuk Kukuhkan Kasih Sayang

April 16, 2013 0 Comments
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :


“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan
orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

Beruntungnya Menjadi Ibu

April 16, 2013 0 Comments
Hari ini dah masukminggu ke 33 kehamilan..Dalam perut ni rasa macam tsunami nak menghempas ke pantai..Tapi tah bila hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Rutin harian tetap diteruskan ,Ye la tangungjawab pada keluarga tue wajib walaupun badan dah rasa macam tak larat..78kg bro...berat giler kali ni.Mana tak nyer nk makan je.Sekarang ni je kurang sikit

Bila dok tak de keje ni mula tangan mencari ilmu yang bermafaat.Terjumpa artikel ni kat www.informasi.my ni nak share dan buat pedoman diri sendiri betapa beruntungnya aku bergelar seorang IBU.

Jom jemput baca la sikit.Untuk perkongsian bersama.Blog ni pun bukan takat nak jual barang je tapi macam2 pun ada.hikhikhik

KELEBIHAN WANITA 

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.
(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Friday, 12 April 2013

Selamaut Ulang Tahun ke 3 Sayang

April 12, 2013 0 Comments

Jumaat yang cerah dan ceria..


Masih terasa sakitnya tatkala melahirkan Alif Najmi..4 tahun yang lepas..
Hari nie,genap along umur 4tahun...Tah la hari ni jugak lagi banyak peel die...dari bangnu pagi tadi tak henti2 bercakap.Tanya macam2.adohai...dah la pagi jumaat adalah pagi yang paling sibuk.Pagi nie jugak sibuk nak siapkan cup cake untuk along makan dengan kawan2 kat sekolah petang ni...Nak cocentared buat cup cake pun xsenang..Nak tolng cuci mangkok la...main susun2 mangkok la.Bikin hangin 1 badan...
Ya Allah..lagi besar lagi banyak kerenahnya..Dah banyak minggu tunggu ayah nak solat jumaat kat masjid tepi sekolah.Tp ayah xsempat balik.Ofis dgn rumah agak jauh juga.
.Selalu merungut "along dengar je azan kat masjid tepi sekolah.Tapi cikgu tak bagi pergi..Along pun duduk je dalam kelas diam2 dengan kawan2.."
Cian jugak..Mama nak bawa pun tak dapat la sayang ...adik ni bukan nak duduk diam dalam masjid.Insyaallah time cuti kita akan ajak juga ayah solat di masjid..


Mama,ayah.atok,opah,angah suma doa along sihat dan jadi anak soleh.Tue je harta yang paling berharga yang mama ada.Mama tak mampu dan memang tak nak biasakan bagi hadiah macam2 pada along.Sebab hadiah bukannya jaminan untuk along jadi yang terbaik.Dulu masa mama,acu,angah,ayah kecik2 pun xde dapat apa2 hadiah pun.Tapi kami tetap happy dan bersyukur

Semua orang sayang along.Nak tengok along berjaya dunia dan akhirat.Jangan lupa jasa mereka yang berkorban untuk along..

Selamat Hari Lahir Sayang..

Lot's of love
Mama,ayah dan adik ...
12 april2013




Hospitaltempat along bersalin.5.30am..punyer la lama mama tahan sakit.mama admit 11april 2009 jam 8.00am.Time buat sarapan pagi atok ada air menitik kuar.Ingatkan terkucil dalam kain.Menderu2 air turun tapi tak sakit.Pi toilet tengok underware dah penuh darah.Opah kata duduk minum dulu..Lepak ar makan nasi lemak.Nyaris masa tue ayah ada.Time ayah cuti.Yang sadisnyae ade keopah cakap lapik seat dgn guni..hahahasian mama.Sampai emegency ward opah teman mama.Ayah park kete.Tunggu lagi...

Memang tak sakit lansung.Dah di cek oleh misi,mama pun admit ward bersalin.Masih tak sakit.
Opah cakap nnt kering air tue sakit la...bosan dok hospital..
 Ni mama siap posing kenangan dengan ayah.Angah yg tangkap..Kebetulan angah ada.Sampi malam pun tak sakit lagi.Tido la dulu,,,Dah tengah malam mulala memulas.Ingatkan nak berak,pi la toilet.Betul pun berak.


Ulang alik jalan sana sini.Kenapa la perut ni memulas je..Sampai tido pun berdiri.Nurse bagi ubat tahan sakit pun tak lut.Dah cek banyak kali bukaannya masih 5cm..

Dah 10cm mama dah tak larat nak jalan.Nurse tolak naik wheelchair.Masuk labour room.Ya Allah punyer la sakit perut ni macam nak berak.Nurse suruh mengiring kiri dan cuba teran.Emmm xmau pun.Dengan kuasa Allah Kun Fayakun...teran lagi kuar la along...Nurse ada gunting ckit.mama rasa time die gunting tue,Ngarp ngarp bunyi die..














Along kuar dari perut mama jam 530..Hp mama

xbawak tinggal kat katil.Dalam koi 6baru masuk ward balik...Mata pun tak ngantok pun..Teruja tengok ada manusia lahir dari rahim mama...Ayah datang jam 6.30am..Nak azan kan along...









Dah tengahari time melawat baru oopah dan yang lain datang..Tu opah pegang along...dah lama tak dapat cucu baru opah kemain suka..Tok Pah n along dari bagan serai pun datang...



Ni along dah seminggu.Ayah amik cuti lepas ayah exam..Nnt lepas seminggu ayag dah balik kuching



Ni gambar masa dah 9hari ,kita balik rumah Tok Pah..Keciknyer kaki along kan.La ni besaq Ya Rabi.


Anak mamadah besar.Dah pandai memberontak,dah pandai macam2.Doa mama dan ayah apa pun jadi iman mesti di dada.Jadilah ank yang soleh..


Selamat Ulang Tahun Sayang 12 april 2013

Tuesday, 9 April 2013

ESP Bukan Untuk Luaran Sahaja

April 09, 2013 0 Comments
Ramai betul yang takputus-putus dengan ESP dan Vit E ni.Kami sekeluarga pun menggunakannya..Dari mak,abah,kakak2 dan abang.Ramai juga rakan yang beri komen positif tentang ESP ni.Ada yang kata susu bertambah dan pekat warna creammy je,ada juga yang kata perutsentiasarasa kenyang(emmm sesuai untuk yang dalam proses diet ni),Ada juga bagi feedback masalah gastrik dan angin dalam perut pun hilan.Mana taknya ESP ni salah satu fungsinya memberi keselesaan pada peru.Jadi jangan hairan yer jikaanda amik ESP ni anda akan rasa nak terbuang angin je..

Kenapa ESP ni Menjadi HOT PRODUK Kami?
Antara Kebaikannya:
  • Menjadikan kulit muka halus,gebu dan berseri
  • Sentiasa bertenaga
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan cepat dan banyak
  • Menjadikan susu ibu lebih pekat dan berkrim.So bayi cepat kenyang
  • Membantu perkembangan fetus dan memberi kesihatan ompitmum kepada ibu yang hamil
  • Menganjalkan kulit
  • Cepat kenyang.Membantu dalam proses penurunan berat badan
  • Menghilangkan parut jerawat
  • Bagiindividu yang mengalamimasalah kesuburan,ESP membantu membentuk tisu rahim dan menyihatkan sel ovun dan sel sperma

ESP ni banyak lagi keistimewaannya.Ianya sesuai untuk seisi keluarga.Tak kira muda,tua,remaja,lelaki,wanita,berkahwin ataupun tidak.

Masih raguragu?Ianya di tanggung HALAL.Jom lihat testimoni ni

Testimoni 1:















Testimoni 2:










Testimoni 3

Testimoni 4





ESP bukan saja bertujuan untuk mencantikkan kulit..Malah lebih dari itu.Untuk Bacaan Lanjut tentang ESP ni KLIK SINI yer...Sama-sama kita kongsikan kebaikan produk ESPni untuk kesejahteraan semua.



Disini saya bersedia membantu anda mendapat supplement kecantikan yang paling sesuai dengan keadaan kulit dan budget ada sesuai untuk seisi keluarga!Untuk tahu lebih lanjut boleh hubungi saya

email:noraliza82smad@yahoo.com
tel: 012-3010634
facebook Add:Nor Aliza Kamarudin

Monday, 1 April 2013

Petua Banyakkan Susu Badan

April 01, 2013 0 Comments
Petua Untuk Memperbanyakkan Susu Badan

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Anda dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Ini kerana apabila bayi anda mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

a. Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.

b. Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.

c. Hanya ambil supplemen jika dinasihatkan doktor.

d. Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Ambil daun cekur manis yang telah dihancurkan dan tampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 

9. Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

10. Air Longan - Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat Cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

11. Halba dan Jintan Hitam - Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

12. Bunga Melur - Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Daun bunga melur digiling hingga halus dan tampal di sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Salam Manis
Liza

Pertolongan Allah Sangatlah Dekat

April 01, 2013 0 Comments
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).Albaqarah ayat 214


Soalt merupakan tiang agama..Jika 1 tertinggal maka tak cukup tiang dan roboh lah agama itu..
Sesungguhnya dalam solat itulah kita sebagai hambaNya meminta segala-galanya.Apa yang kita inginkan.Tak kira dari sudut apa pun.Allah Maha Mengetahui...Janganlah rasa malu dan segan untuk meminta pada Nya..

Rukun solat

1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa,
disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring ,
telentang atau dengan isyarat.
4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5. Rukuk dengan toma`ninah.
6. I`tidal dengan toma`ninah
7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
10.Membaca tasyahud akhir
11.Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12.Membaca salam yang pertama
13.Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.