1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum
wanita yang penuh
dengan perasaan
emosi. Apabila
mereka reda dan
bahagia dengan
setiap perkara yang
mereka lakukan,
maka perasaan
mereka tenang dan gembira. Namun,
jika mereka tertekan dengan apa yang
berlaku, emosi mereka mulai
berkecamuk dan sering ingin mencari
jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-
tukar pendapat tidak kira taraf
pendidikan atau profesionalisme
mereka. Isu semasa boleh dijadikan
sebagai 'ice-breaking'. Kemudian,
berbincanglah mengenai hal rumah
tangga dan masa depan. Suami boleh
bertanyakan pandangan isteri
mengenai masalah kerjanya. Malah,
isteri tentu berminat hendak
mengetahui 'gosip' pejabat selepas
seharian berhempas pulas di rumah.
Dari situ isteri dapat mengenali
karektor rakan pejabat suami secara
tidak langsung.
3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada
isteri dengan mengatakan dia cantik
dan kemas. Pujian ini penting untuk
menaikkan semangat isteri tatkala
semangatnya hilang dan luntur.
Memanglah wajar isteri penat jika dia
terpaksa bangun pagi seawal lima pagi
bagi memastikan semuanya beres demi
kemudahan suami dan anak-anak.
Kemudian tidur pula paling lewat
kerana sibuk menyediakan persiapan
untuk esok hari.
4. Menganggap pasangan seperti diri
sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri
sendiri yang harus dihargai, dibelai,
dihormati, disayangi dan dikasihi.
Semua orang suka dibelai dan dikasihi
lebih-lebih lagi pasangan suami dan
isteri. Mengapa selepas berkahwin
cinta tidak sehangat sewaktu bercinta.
Inilah yang sering diabaikan oleh
kebanyakan pasangan. Sedangkan
pasangan anda adalah cermin diri anda
sendiri. Ke mana juga anda pergi potret
wajahnya perlu anda bawa bersama.
Jika ini diamalkan selalu, rumah
tangga akan menjadi bahagia.
5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan
dikejutkan dengan pemberian hadiah
oleh sesiapa saja apatah lagi daripada
orang yang disayangi. Jika suami
seorang yang prihatin dan menyayangi
isterinya, apalah salahnya jika dia
memberikan hadiah kepada isterinya.
Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Cukup sekadar seutas jam atau sehelai
tudung sempena meraikan hari lahir.
Jika 'budget' anda tidak mencukupi,
sekuntum bunga dan sekeping kad
sudah memadai. Hati isteri akan
tersentuh dengan pemberian hadiah
dan lebih terharu jika anda sempat
menulis sepatah dua kata penghargaan
di dalamnya seperti "Terima kasih di
atas segala pengorbanan sayang selama
ini".
6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh
dipenuhi oleh suami. Jika isteri
berhajatkan sebuah mesin basuh atau
mesin jahit, suami mungkin terpaksa
berfikir dua atau tiga kali sebelum
memenuhinya. Bagaimanapun, jika
anda tidak berjaya memenuhi hajat
isteri untuk masa yang terdekat,
simpanlah hajat isteri anda itu dan
tunaikanlah apabila anda berpeluang
kelak. Bukankah pemberian itu
melambangkan anda suami yang amat
menghargai pengorbanan isteri?
7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu
isteri, jika setiap hari isteri anda
bertungkus lumus memasak,
membasuh dan mengemas rumah. Jika
anda tidak mahir memasak makanan
yang berat seperti lauk pauk cukup
sekadar menggoreng ikan atau telur.
Cuba perhatikan isteri anda yang
sedang menikmati makanan yang anda
masak. Tentu dia berasa gembira dan
tersenyum.
8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja
rumah adalah tanggungjawab isteri 100
peratus. Walhal dalam Islam sendiri
tidak ada hukum yang mengatakan
bahawa isteri wajib melakukan kerja
rumah. Cuma, ajaran Islam
mengatakan wanita berkahwin yang
taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik
akan dijamin masuk syurga. Itu saja.
Atas jaminan inilah ramai wanita tidak
berkira dengan kerja rumah yang
mereka lakukan selama ini.
9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap
berjauhan daripada isteri adalah suatu
kebebasan baginya kerana isteri tidak
dapat menghidu apakah yang
dilakukan di belakangnya. Kini, anda
cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa
bawa isteri berjalan-jalan dan berehat
di tempat peranginan yang menarik.
Walaupun ia nampak remeh, setiap
isteri pasti akan menghargai saat manis
itu.
10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah
kali terakhir anda mencium dahi isteri
anda ketika dia berehat selepas begitu
penat bekerja. Tahukah anda ciuman
anda di dahi atau kucupan di bibirnya
dapat menghilangkan segala kepenatan
dan tekanan pada dirinya hari itu.
Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami
kepada isteri.
Search This Blog
Thursday, 9 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment