
Saat menulis artikel ni kandungan aku dah pun 38minggu.Mula lah rasa serba tak kena.Duduk lama sakit pinggang,baring lama pun sakit pinggang.Mengiring kanan rasa tak selesa,mengiring kiri pun tak selesa.
Baru scan kat KKIA alhamdulillah semua dalam keadaan normal.Bersyukur sangat-sangat.Semoga Allah akan mempermudahkan urusan bersalin nanti.
Tak sabar rasanya nak menunggu kehadiran orang baru ni.Macam-macam ada dalam kepala.Si abang dah siap cop nak jaga adik baby nanti.
Ni dah melalut dah ni.Nak share tentang posisi ibu hamil semasa tidur je sebenarnya.Hehehe
Ketika hamil banyak perkara yang difikirkan.Bukan setakan keselesaan semasa tidurjuga keselamatan bayi dalam rahem.Ramai paraibu tidak menyedari akan hal ini.
Apabila rahem semakin membesarianya mengambil ruang di dalam abdomen yang akan mengganggu pernafasan,kelancaran membuang air besar atau kecil, atau mungkin akan memperlahankan peredaran darah.
Bayangkan seorang wanita berbaring terlentang diibaratkan seguni beras 2-3kg diletakkan di atas perut.Tentu sekali rasa sukar bernafas kan?
Baring terlentang juga akan menyebabkan rahem memberi tekanan fizikal pada saluran darah lalu menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien yang ingin sampai kepada bayi di dalam rahem.
Ramai pakar perubatan menyarankan supaya ibu hamil tidur dalam posisimengiring.Tidak kira lah mengiring ke kiri atau ke kanan.Tapi seharusnya sebagai wanita muslim kita lebih di tuntut mengikut sunnah Nabi s.a.w iaitu mengiring ke KANAN.
Tidur mengiring tidak akan mengganggu peredaran darah,tetapi akan membolehkan lebih banyak nutrien dan oksigen yang dapat dihantar kepada bayi di dalam rahem.Selain mengiring lipatkan peha dan lutut dan letakkan bantal diantara celahan peha.Untuk memberi lebih keselesaan pada si ibu.
Tidur dalam keadaan meniarap amat tidak disarankan untukibu hamil.Kerana nutrien dan oksigen akan tersekat dan tidak sampai kepada bayi.Jadi bagi ibu2 yang mempunyai tabiat tidur meniarap tue sebaiknya hentikan segera tabiat tersebut.
No comments:
Post a Comment