Search This Blog

Thursday 9 May 2013

Berat badan naik semasa pregnant

Salam Khamis...
Hari ini dah masuk 35w 5days aku mengandung anak ke3.Berat badan jangan tanya la...Kali ini memang
berat sangat.Sampai sakit dah tapak kai ni menampung berat badan.

Kalau tak dapat baring 1 hari malam tue sure tidur mati la jawabnyer..Masa anak 1 last berat 69kg je,Ank ke 2 73kg anak ke 3 agak2 korang berapa?Ni je dah 79kg.Huhuhuh.Makan sentiasa berselera ja.

Ok la asyik cerita pasal diri sendiri jom kita kongsi  maklumat dari babycenter ni.

Pertama sekali, penting bagi anda menerima hakikat bahawa berat badan anda akan bertambah semasa hamil! Memang seharusnya begitu. Badan anda sedang membesar dan berubah untuk memberikan permulaan yang terbaik bagi bayi anda.

Badan anda akan menjadi sangat besar menjelang tibanya waktu melahirkan. Kira-kira satu pertiga daripada berat badan tambahan ini adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban (cecair amniotik). Berikut adalah beberapa anggaran untuk memberi anda idea tentang beratnya:

  • Semasa lahir, seorang bayi perempuan Malaysia mempunyai berat 3.2kg; bayi lelaki pula 3.4kg.
  • Cecair amniotik yang menyokong dan menampung bayi anda mempunyai berat 0.8kg.
Tetapi bagaimana pula dengan baki dua pertiga berat yang berlebihan itu? Ini diakibatkan oleh perubahan yang berlaku dalam badan anda semasa hamil. Sekali lagi, angka ini adalah anggaran sahaja:
  • Lapisan otot pada uterus (rahim) membesar secara dramatik dan beratnya bertambah sekitar 0.9kg.
  • Isi padu darah bertambah dan beratnya meningkat sebanyak 1.2kg.
  • Anda mempunyai lebihan cecair dalam badan sebanyak kira-kira 1.2kg.
  • Berat payudara pula meningkat sebanyak 0.4kg.
  • Anda akan menyimpan lemak, kira-kira 4kg, yang akan memberi anda tenaga untuk menyusukan bayi anda.
Menjelang hujung kehamilan, berat badan anda mungkin akan bertambah sebanyak kira-kira 12.5kg berbanding sebelum anda hamil. Ingat, ini hanyalah anggaran kasar pertambahan berat..

Info:baby center malaysia

InsyaAllah berat badan akan kembali pada asal jika kita mengamalkan diet yang sihat serta bersenam.Tapi harus di ingatkan ibu yang menyusukan bayi tidak di galakkan berdiet terlalu ketat.Nanti baby tak dapat zat dari susu ibu.

Nantikan sambungan penurunan berat badan saya yer.hihhihh
Harapkan semuanya akan berjalan lancar...



Disini saya bersedia membantu anda mendapat supplement kecantikan yang paling sesuai dengan keadaan kulit dan budget ada sesuai untuk seisi keluarga!Untuk tahu lebih lanjut boleh hubungi saya






email:noraliza82smad@yahoo.com
tel: 012-3010634

No comments:

Post a Comment