salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu.Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat,bertenaga serta terus bersemangat dan secara tidak langsung mampu membekalkan susu kepada si manja anda.
Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten:
1.Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya membuat sesi perahan dengan konsisten setiap 3jam atau lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7IKPUMaA3whRmnt8ZA1MqpCu1tv7snT-iWWUw9Qq1cMuueBMwYAiHm0e3pIIZkj7ax1oRehoy70LpWNmOtyA3PhRJWH6walHrNl6ZtNtkbz8lCeTrC3aoV5l2V2SJSvvZ_SqANKq3ghI/s200/set+penyusuan+b.jpg)
2.Si Ibu memastikan pengambilan air yang mencukupi setiap hari tidak kurang 3liter danmemastikan tidak berdiet dalam menjayakan sesi penyusuan yang lengkap buat si manja.
3.Si ibu juga di sarankan agar sentiasa mendekatkan diri dengan Maha Pencipta agar rohani dan jasmani seiring.Bagi seorang ibu muslim,doa dan zikrullah sangat lah di galakkan bukan sahaja semasa sesi perahan atau semasa menyusui bayi tetapi menjadi rutin amalan agar mudah mencapai gelombang alfa iaitu ketenangan supaya sesi penyusuan dapat berjalan dengan lancar.
Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.
1. Doa
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.
2. Zikir
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.
3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar
Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.
4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60
![](http://nurazahfathirah.files.wordpress.com/2013/01/doa.gif?w=320&h=259)
Maksud ayat:”Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”
email:noraliza82smad@yahoo.com
tel:
facebook Add:https://www.facebook.com/noraliza.kamarudin
No comments:
Post a Comment