Firman Allah dalam Al Quran:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
Kita sering lupa dan lalai dalam aspek menjaga aurat bila tiba hari perayaan atau kenduri kendara...peringatan buat muslimat saya cactatkan untuk memberi peringatan dan batas-batas dalam pergaulan.
Ada yang menganggap sepupu sepapat tak perlu jaga aurat.Malah dengan ipar duai pun boleh buka aurat..
Bacalah wahai sahabatku peringatan buat muslimah
SEPUPU- anak lelaki kepada bapa saudara atau ibu saudara.
Golongan ini merupakan golongan yang boleh kita kahwini dan mereka juga boleh menjadi wali kita jika wali yang lain sudah tiada [ayah, datuk, abang, adik lelaki (sudah bailgh), bapa saudara]. Rasulullah S.A.W. juga tidak menggalakkan berkahwin antara sepupu kerana salasilah keluarga tidak berkembang.
SUAMI KEPADA IBU SAUDARA- misalnya ayah kita mempunyai seorang kakak (mak long). Mak long ni ada suami (pak long). Pak long ni kita kena jaga aurat seperti dengan lelaki bukan mahram kerana kita boleh berkahwin dengan dia walaupun kita tak nak.
IPAR-DUAI- misalnya kakak kita baru sahaja berkahwin. jika berhadapan dengan suami kakak kita, kita wajib menutup aurat seperti dengan lelaki bukan mahram. Golongan ini haram berkahwin dengan adik beradik serentak. Jika dia berkenan kepada kita, hendaklah dia bercerai dengan kakak kita sebelum menikahi kita.
JIRAN TETANGGA- ramai antara kita yang tidak sedar apabila keluar sahaja daripada pintu rumah, kita terdedah kepada masyarakat yang tidak ada hubungan darah dengan kita. Misalnya, sewaktu menjemur kain, menyapu halaman rumah dan sebagainya. Kita selalu memandang enteng terhadap perkara ini.
Ramai antara kita memandang hal ini sebagai perkara remeh. Namun, disebabkan pengabaian aurat inilah menyebabkan maruah wanita ISLAM semakin luntur. Betapa ramai anak gadis zaman ini yang sudah hilang malunya. Marilah kita renungkan bersama dan berfikir mengapakah hal ini berlaku?
Adakah disebabkan kurangnya kefahaman tentang Islam ataupun tahu tapi tak mahu amal?
Renung-renungkanlah dan selamat beramal…!!! ^_^
No comments:
Post a Comment