Masalah rambut gugur adalah perkara normal kerana setiap hari purata 100 helai rambut kita akan gugur. Jadi rambut gugur bukanlah satu masalah. Tetapi ia menjadi masalah apabila kuantiti rambut yang gugur itu terlalu banyak sampai bilik umpama kedai gunting rambut..hehe.. over betul statement ni kan.. Bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur yang kronik, hal itu pasti tidak menyelesakan baik untuk lelaki mahupun perempuan. Silap hari bulan botak jadinya kan.
Apa punca terjadinya masalah rambut gugur?
- Stress atau tekanan –> Mereka yang bekerja banyak menggunakan mental akan mudah mendapat tekanan dan golongan ini biasanya paling banyak hadapi masalah rambut gugur.
- Pemakanan harian –> Ramai orang suka makan di luar lebih-lebih lagi fast food. Bahan pengawet/MSG yang banyak terkandung dalam makanan-makanan ini boleh menyebabkan masalah rambut gugur
- Hormon –> Hormon juga memainkan peranan sebab itulah biasanya ibu lepas bersalin akan mengalami masalah rambut gugur kerana hormon sering berubah
- Penjagaan rambut yang tidak sempurna –> Shampoo yang digunakan mestilah sesuai dengan jenis rambut. Sikat yang kotor juga boleh merosakkan akar rambut akibat habuk2 yang terperangkan dicelahnya. Penggunaan minyak rambut/conditioner juga sering diabaikan sedangkan rambut juga perlukan pelembap agar akar rambut sihat dan tidak mudah rapuh
Apa cara mengatasi masalah rambut gugur?
1. Elakkan diri dari tekanan berterusan. Kalau stress minum air kosong. Kata pakar ia mampu menghilangkan stress plus air kosong juga bagus untuk kesihatan
2. Amalkan cara hidup sihat dan biasakan membelai rambut
3. Amalkan pemakanan seimbang. Kesihatan rambut juga perluka zat nutrisi secukupnya seperti protein, vitamin C, B-complex, dan zinc. Bagi mereka yang sibuk, pengambilan supplement adalah alternatif.
4. Lakukan penjagaan rambut yang rapi
- Gunakan shampoo yang sesuai dan ‘mild’ agar tidak menjejaskan akar rambut
- Setelah shampoo amalkan conditioner/minyak rambut seperti minyak zaitun atau Baby Oil
- Pastikan sikat kerap dicuci agar habuk tidak terperangkap di celah-celahnya dan merosakkan akar rambut
- Disarankan ganti sikat 2-3 bulan sekali
- Sesekali buat spa rambut dengan cara cuci rambut dengan kuntuman bunga raya
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Nor Aliza Kamarudin
♥ SMS | WhatssApp :
♥ Shaklee ID :874803
♥ FB Page :http://www.facebook.com/pages/Good-Health/220354834768353
♥ FB:http://www.facebook.com/noraliza.kamarudin?ref=tn_tnmn
Your Shaklee Independent Distributor
Nor Aliza Kamarudin
♥ SMS | WhatssApp :
♥ Shaklee ID :874803
♥ FB Page :http://www.facebook.com/pages/Good-Health/220354834768353
♥ FB:http://www.facebook.com/noraliza.kamarudin?ref=tn_tnmn
No comments:
Post a Comment