Amalan pemakanan sihat memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan diri seseorang kanak-kanak. Pengabaiannya sejak di peringkat awal usia bakal menjadikan dia seorang yang obes sekali gus mengganggu gugat kemampuan diri dalam menjadi insan yang berkualiti.
Kanak-kanak montel sering dianggap comel sehingga ramai yang tanpa disedari membentuk generasi gemuk dan berpenyakit untuk masa akan datang. Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh ibu bapa. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh anda!
Anda pasti mahu melihat anak membesar dengan sihat dan kuat. Jadi, dia perlu disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, adalah lumrah apabila sesetengah kanak-kanak kurang berselera makan dan sebaliknya. Namun, jangan memanjakan dia dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan dia mendapat semua khasiat yang diperlukan. Dikhuatiri, anda gagal mengawal pemakanannya sehingga menyebabkan dia cenderung mengambil makanan tertentu secara berlebihan.
Sesungguhnya rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat di kalangan anak-anak dan ahli keluarga yang lainnya. Pada masa yang sama, anda perlu menjadi agen iaitu menjadi pembentuk generasi sihat dengan mendidik si kecil untuk mengamalkan rutin pemakanan yang baik.
Berikut antara yang patut Ibu bapa titik beratkan untuk mengelak anak menjadi "Mangsa" obesiti
1. Jangan makan di depan televisyen
Jangan sesekali benarkan anak anda makan sambil menonton televisyen.
Hal ini adalah kerana mereka akan leka menonton rancangan yang disiarkan tanpa menyedari yang mereka telah makan dalam kuantiti yang banyak.
2. Sarapan penting
Ibu bapa mestilah memastikan anak mereka mengambil saapan pagi setiap hari.
Kanak-kanak perlukan tenaga setiap hari.
Jadi mereka perlu mulakan hari dengan sarapan pagi yang berkhasiat dan mampu memberi manfaat.
Tidak mengambil sarapan pagi akan membuatkan anak anda makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
3. Bekalan berkhasiat
Seboleh-bolehnya sediakan makanan yang berkhasiat lagi menyihatkan sebagai bekalan.
Amalan ini penting bagi mengelakkan anak membeli makanan rapu yang banyak dijual.
4. Pelbagaikan makanan anak
Bagi anak-anak yang memilih, ibu bapa perlulah kreatif agar anak dapat makan makanan yang seimbang.
Sebagai contoh sekiranya anak anda tidak makan sayur, hancurkan sayur tersebut dan masukkan ke dalam hidangan kegemarannya.
Begitu jugalah jika anak tidak sukakan makanan protein, ‘sorok’kanlah ia!
5. Kurangkan pengambilan gula
Ibu bapa yang mempunyai anak obesiti dinasihatkan agar mengurangkan makanan manis masuk ke dalam rumah.
Jika menyediakan sendiri kuih muih, pastikan kandungan gulanya juga dikurangkan.
Seelok-eloknya jangan beri anak makan gula-gula.
6. Makanan tinggi kalori
Semak makanan yang anda berikan kepada anak untuk memastikan anda tidak memberi mereka makanan tinggi kalori.
7. Makanan segera
Bagi sesetengah keluarga, makanan segera umpama makanan ruji. Alasannya mudah dan cepat.
Tabiat inilah perlu dibuang agar pemakanan anak lebih terjaga dan mereka tidak obes.
8. Bijak membeli
Ibu bapa perlulah berhati-hati ketika memilih makanan untuk anak mereka agar tidak terbeli makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garamnya,
Makanan untuk anak obesiti mestilah rendah kalorinya.
Pantau pemakanan si kecil anda
* LIKE & SHARE *
Untuk tips kesihatan,pelangsingan,kecantikan kulit dan penyusuan jom layari www.hairulliza.blogspot.com
No comments:
Post a Comment