Bismillah..
Assalamualaikum semua..Berdebar rasa hati bila tengok video ni..Lama dah tengok video ni selalu juga TVAlHijrah pasang.
Kita semua bercita-citanak ikut apa yang Rasullulah buatkan,apa kata from now kita try dulu applykan Cara Rasulullah Mendidik Anak.
…mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang. Ramai yang tak tahu bahawa itu adalah satu ibadah dan kebaikan, iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak.
Baginda pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya bernama Abdullah. Dia memanggil,“Ya Abdullah! Datang ke sini, aku nak berikan kau sesuatu”. Apabila dia datang, baginda bertanya kepada si ibu, “Apa yang kau nak berikan kepadanya?”. “Saya akan berikan dia buah kurma”. Nabi bersabda, “Sekiranya kau tak berikan apa-apa kepadanya, nescaya dituliskan untuk kau sebagai penipu di sisi Allah”. Nabi SAW mengajar kita tentang bercakap benar. Ramai antara kita menipu ketika bermain dengan anaknya, seperti dia memanggil anaknya kerana ingin memberinya sesuatu tetapi dia berbohong. Dia telah memanam sifat buruk dalam diri anaknya. Rasulullah SAW suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar.
Seseorang mungkin memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu. Juga menengking dan memarahi budak disebabkan perkara yang remeh. Nabi SAW tak pernah memukul orang lain dan tak pernah menyakiti kanak-kanak. Nabi SAW meletakkan satu kaedah penting: perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun. Pukul di sini, bukanlah pukulan yang kuat. Tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti batang siwak. Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran. Rasulullah sendiri tak pernah melakukannya. Tetapi baginda begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak. Jadilah guru ketika dia kecil, dan kawan apabila dia meningkat usia.
Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah melindungi anaknya dengan doa-doa. Rasulullah SAW melindungi Hasan dan Husin dengan satu doa penting. Selepas menyapu mereka berdua, baginda membaca, “Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna daripada syaitan dan haiwan berbahaya dan daripada bahaya hasad”. Sesiapa yang membacanya, Ummu Sibyan takkan dapat memudaratkannya. Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak.
Seperti yang disebut di dalam beberapa hadith bahawa Allah SWT menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak. Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak tetapi maksud kita di sini agar kita hayati maksud mencontohi Rasulullah SAW. Apabila saya mencium atau mendakap atau bermain dengan anak saya, saya rasakan ia salah satu daripada jenis ibadah atau mencontohi Nabi SAW, mendekat diri saya kepada Allah dan Rasulullah, meningkatkan lagi kecintaan saya kepada Allah dan mendapat kecintaan daripadaNya.
MasyaAllah semoga saya akan menjadi ibu yang akan menurutsegala perbuatan Baginda dalam mendidik anak-anak.Anak-anak adalah aset saya menuju ke Syurga.Semoga Allah menempatkan kami sekelarga dan anda juga ke dalam Jannahnya dan menjadi kelaarga yang sakinnah,mawaddah,warahmah.
Insha Allah..Aamiinn
Salam Sayang,
Liza
No comments:
Post a Comment