Assalamualaikum,sihat semua?Ermmm hari ni nak share maklumat yang bagi saya sangat penting dan wajib kita tahu especially wanita.
Kitalah wanita yang menjadi Ibu, isteri, kakak, adik, mak cik atau nenek, hidup tak ceria rasanya tanpa kita(wanita )sunyi dan hilang lah seri dunia ni kan hihikhikik
Bukan tue je wanita juga di beri kekuatan untuk melahirkan 1 nyawa baru di dunia ni yang pertarungannya hidup dan mati.Orang laki tak de pun kan..Itu lah istimewanya insan yang bernama wanita.
Namun, dari segi kesihatan, wanita juga terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan kesakitan akibat penyakit seperti kanser, masalah hormon dan masalah tulang.
Selain risiko kanser khusus seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim dan kanser ovari yang dihadapi wanita, masalah kesihatan tulang wanita kini makin membimbangkan.
Wanita bukan sahaja mempunyai ketumpatan tulang lebih rendah berbanding lelaki, malahan menghadapi risiko tulang rapuh lebih tinggi selepas menopaus.
Badan manusia mempunyai 206 tulang yang membentuk sistem kerangka dalaman untuk melindungi, menyokong dan mengekalkan bentuk serta pergerakan badan.
Sistem kerangka ini juga menyimpan 99 peratus bekalan kalsium badan, menjadikannya jauh lebih keras berbanding struktur badan lain.
Komposisi tulang terdiri daripada:
* 10 peratus matriks protein fleksibel
* 65 peratus mineral tidak larut seperti kalsium dan fosforus
* 25 peratus air
* sebilangan kecil garam mineral sampingan seperti magnesium, sodium dan bikarbonat.
Tulang adalah struktur hidup dan memerlukan tenaga (makanan) berterusan untuk mengekalkan bentuk dan fungsinya.
Tulang juga mempunyai dua lapisan iaitu lapisan luar yang keras dan kuat (corticol) dan bahagian dalam yang lembut (trabecular).
Tulang tidak dibina dengan hanya satu bentuk kerana tulang yang keras dan padat sepenuhnya akan menjadikannya terlalu berat seterusnya menghalang pergerakan badan yang lancar.
Dua struktur (lembut dan keras) ini menjadikan kerangka badan yang cukup keras untuk melindung dan menyokong tetapi cukup ringan untuk memudahkan pergerakan.
Osteoporosis adalah antara penyakit tulang yang paling banyak berlaku kini, terutamanya kepada wanita.
Secara terus, osteoporosis bermakna tulang banyak liang dan berlaku apabila tulang corticol menjadi nipis dan rapuh sementara keutuhan struktur tulang trabecular turut terjejas.
Masalah tulang ini juga tidak mempunyai simptom khusus memandangkan kehilangan ketumpatan dan kualiti tulang berlaku secara berperingkat dan tidak menyebabkan kesakitan kepada penghidap.
Biasanya, osteoporosis dikesan apabila keretakan tulang berlaku walaupun penghidap hanya mengalami hentakan yang lemah pada tulang berkenaan.
Dianggarkan sehingga 1.6 juta keretakan akibat osteoporosis berlaku setiap tahun.
Hampir 25 peratus daripada pesakit keretakan pinggul meninggal dunia dalam tempoh satu tahun sementara kira-kira 50 peratus pesakit akan hilang upaya kekal.
Faktor risiko berlakunya osteoporosis boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor boleh ubah dan tidak boleh ubah.
Risiko tidak boleh ubah termasuk:
- jantina,
- sejarah keluarga dengan osteoporosis (genetik), kurus
- mempunyai struktur kerangka kecil.
Kira-kira 80 peratus wanita dianggarkan akan mempunyai masalah tulang rapuh terutamanya selepas menopaus.
Golongan wanita boleh kehilangan sehingga 20 peratus ketumpatan asal tulang mereka hanya selepas lima hingga tujuh tahun menopaus.
Wanita yang menopaus lebih awal (sebelum umur 45 tahun) atau telah menjalani pembedahan membuang keseluruhan uterus juga menghadapi risiko osteoporosis yang lebih tinggi
Sesetengah wanita boleh hilang sehingga satu pertiga (33 peratus) struktur tulang mereka menjelang usia 75 tahun.
Golongan lelaki yang mempunyai 30 peratus lebih banyak ketumpatan tulang hanya akan kehilangan sekitar 15 peratus struktur tulang mereka menjelang usia 75 tahun.
Risiko boleh ubah pula melibatkan faktor
- merokok,
- tidak banyak bergerak,
- nutrien tulang yang cukup,
- pengambilan alkohol
- kafein.
Jumlah pengambilan kafein, alkohol dan merokok menentukan tahap peningkatan risiko masalah tulang dalam jangka panjang.
Senaman seperti joging pula dapat membantu menguatkan tulang serta meningkatkan jisim dan kekuatan otot.
Pengambilan nutrien seperti kalsium, vitamin D, magnesium dan zink dapat mengurangkan risiko osteoporosis dan mengekalkan kesihatan tulang.
Masalah dunia
Bagi Dr. Chan Chee Howe yang telah lama menjadi pakar ortopedik dan pakar bedah trauma, penyakit tulang adalah masalah kesihatan yang dihadapi di seluruh dunia terutamanya dengan peningkatan usia penduduk.
Asia sahaja akan mencatatkan 50 peratus daripada keseluruhan kes retak tulang pinggul menjelang tahun 2050.
Selain peningkatan usia penduduk, kadar aktiviti fizikal yang semakin rendah dengan peningkatan usia turut meningkatkan kadar kemerosotan tulang, jelasnya.
Katanya lagi, senaman seperti berjoging, berjalan dengan pantas dan tenis dapat membantu mengekalkan kekuatan tulang serta memastikan tulang berada dalam keadaan baik.
Dr. Chee Howe menyatakan badan manusia memerlukan antara 800 hingga 1,000 miligram (mg) kalsium setiap hari.
Golongan wanita yang menghadapi risiko osteoporosis yang lebih tinggi perlu memastikan keperluan kalsium ini dipenuhi untuk mengelakkan masalah struktur tulang.
Mereka perlu minum lima gelas susu setiap hari memandangkan segelas susu hanya mempunyai 200mg kalsium, katanya.
Beliau turut mendedahkan satu pertiga daripada mereka yang telah melangkau usia 80 tahun menghadapi risiko keretakan tulang, bukan sahaja akibat tulang rapuh malahan akibat otot yang lemah.
Pencegahan menjadi cara utama untuk mengatasi masalah osteoporosis tetapi langkah segera perlu diambil bagi memastikan usia emas tidak dihabiskan dengan pelbagai masalah tulang.
Menurut Dr. Chee Howe, ibu yang menyusu juga tidak terkecuali daripada masalah tulang dan perlu memastikan diri mereka mendapat kalsium secukupnya.
Wanita melebihi umur 50 tahun pula perlu menjalani ujian tulang secara berkala bagi memastikan tahap kesihatan tulang dan menilai cara pengurusan tulang yang terbaik, tegasnya.
Apa itu Corticol:
* juga dikenali sebagai tulang tumpat yang membentuk lapisan perlindungan luar kepada semua tulang kerangka badan
* struktur padat dan keras
* mewakili hampir 80 peratus jisim tulang
* ketahanan tinggi terhadap tekanan melengkung atau hentakan
* kurang liang, antara lima hingga 10 peratus sahaja.
Apa itu Trabecular:
* juga dikenali sebagai tulang span
* kurang tumpat, lebih elastik
* wakili 20 peratus jisim tulang
* mewakili sebahagian besar tulang di tengkorak, tulang rusuk, pelvis dan tulang belakang
* struktur seperti sarang lebah (honeycomb)
* banyak liang antara 50 hingga 90 peratus.
Petikan
© Utusan Melayu (M) Bhd kekurangan
No comments:
Post a Comment