Search This Blog

Tuesday 28 April 2020

Resepi Kuih Serimuka

Hai korang lama jugalah tak letak resepi dalam ni.Ok hari ni disebabkan Malaysia sedang dalam tempoh PKP ,maka daya kerajinan tu bertambah.

Rajin lah nak try itu ini espesialy bab makanan .

Abang Ijam suka serimuka ,dulu pernah buat tapi entah lah lupa dah apa hasil kejaduannya .Masa tu baru-baru kawin resepi pun entah cedok kat mana pun tak sure lah hahaha.

So,kali ini kakcik nak share resepi serimuka yang memang kompem bila korang test pasti menjadi.Kalau ikut betul-betul resepi ini.

Kalau tak ikut tu memang tak jadilah ye.

Ok korang boleh amik resepi ni dari blog sohabat dunia akhirat SINAR KASIH KHAIRINA dan kakcik abadikan semula dalam ni buat tatapan follower kakcik pulak.

Moga menjadi amal jariah buat sohabat kakcik tu .

Sila share post ini jika ianya memberi manfaat untuk semua .

Selamat mencuba 




lapisan atas:
2 1/2cwn santan pekat
1 1/4cwn gula
3bji telur
1/2cwn air pandan
1cwn tepung gandum
1sb tepung jagung
secubit garam

pewarna hijau

lapisan bawah:
3cwn beras pulut (rendam dlm 1jam...tamau rendam pun takpa)
1 3/4cwn santan
secubit garam

cara2:
1. Toskan beras pulut,masuk dalam loyang,masuk santan dam garam kemudian kukus 20min@sehingga masak...

bila dah masak, tekan2 n mampatkan pulut.(kalau nak masukkan dalam loyang lain,korang lapik plastik dulu sebelum di tekan sampai mampat tau.Kalau tak nanti nak potong lapisan pulut tu melekat)

2. Santan pekat+gula+telur+garam+air daun pandan dikisar  kemudian masukkan tepung gandum+tepung jagung dan kisar lagi (guna mixer pun takpa)...kacau sebati, tapis dan tuang dalam loyang pulut tadi, kukus 20min@sehingga masak...

3. Lepas dah masak,buka  tudung pengukus 
dan kukus lagi selama 5min untuk keringkan bahagian atas...jgn risau kalau kepala hijau tu nampak macam berair, nanti dah sejuk dia kering sendiri....tunggu sejuk baru potong.

Korang wajib cuba !

Salam Sayang 
Liza kama @ (kakcik)

No comments:

Post a Comment