Search This Blog

Tuesday 12 May 2020

Fungsi Lecithin Shaklee

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang berupaya menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Jom tengok fungsi Lecithin Shaklee dan bagaimana ia bertindak menyedut lemak dalam badan.

Apakah Lecithin?

Lecithin adalah sejenis molekul lemak (phosphatidylcholine) yang terdiri daripada inositol dan choline yang terdapat dalam sel hidup. Ia disebut sebagai bermanfaat untuk banyak penyakit, termasuk masalah pundi hempedu, penurunan memori yang berkaitan dengan Alzheimer dan melegakan arthritis, menurut Vanderbilt University.

Badan kita menghasilkan phosphatidylcholine dari choline, tetapi choline mesti berasal dari sumber makanan, seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan, soya, produk tenusu dan telur.

Fungsi Lecithin Shaklee

1. Lecithin Sebagai Pengemulsi Lemak Semulajadi

Fungsi Lecithin Shaklee adalah sebagai pengemulsi semulajadi yang bertindak menarik lemak di dalam air seterusnya membantu membuang sebahagian lemak makanan yang tidak diingini melalui proses penghadaman.

Fungsi Lecithin Shaklee Dan Bagaimana Ia Bertindak

2. Fungsi Lecithin Shaklee Mengawal Sebahagian Kolesterol Dan Lemak

Fungsi Lecithin Shaklee adalah mengawal sebahagian kolesterol dan lemak dalam sistem kardiovaskular daripada melekat pada dinding arteri.

Lecithin adalah fosfolipid utama yang beredar dalam plasma, menjadi komponen integral dari kolesterol HDL iaitu kolestrol baik.

Komponen utama Lecithin iaitu choline, membantu mencerna lemak, memindahkan buangan dan nutrien masuk dan keluar dari sel dan mengekalkan fungsi penting tubuh, menurut Huntington College of Health Sciences.

Fungsi Lecithin Shaklee Dan Bagaimana Ia Bertindak

3. Fungsi Lecithin Shaklee Membantu Fungsi Sel Tubuh

Lecithin terdapat pada membran-membran sel, memastikan fungsi sel normal dan penting untuk mengangkut kolesterol dengan selamat melalui aliran darah.

Phosphatidylcholines adalah kumpulan phosopholipids yang juga mengandungi choline. Phospholipid terlibat dalam lipid bilayer sel, mengawal selia nutrien yang boleh masuk dan keluar dari sel. Di samping itu, choline terlibat dalam penghasilan acetylcholine, iaitu sejenis neurotransmitter.

Inositol adalah karbohidrat yang juga terlibat dalam isyarat sel, khususnya untuk isyarat  penghasilan insulin dan juga boleh terlibat dalam ekspresi gen.

Tahukah Anda? 
Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa kolina penting dalam pemakanan kerana Lecithin adalah bahan larut lemak yang dipanggil fosfolipid, yang terdiri daripada kolina dan inositol, dan ia boleh ditemui dalam semua sel hidup. Kedua-duanya merupakan komponen utama sel membran, yang mengawal aliran nutrien ke dalam dan ke luar sel.

4. Lecithin Membantu Penyakit Hati Berlemak

Hati kita menggunakan Lecithin dari makanan untuk membawa choline ini ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Dalam ujian haiwan, kolin juga dilihat melindungi hati daripada penyakit hati berlemak.

5. Lecithin Untuk Minda Yang Cergas

Lecithin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh anda, yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.

Fungsi Lecithin Shaklee Dan Bagaimana Ia Bertindak

Fungsi Lecithin Shaklee, untuk sistem saraf, menghasilkan asetilkolina, yang memainkan peranan penting dalam pembentukan dan kecergasan otak, tidur, ingatan dan pembelajaran. Lecithin biasanya merupakan fosfolipid paling banyak di kedua-dua sel tumbuhan dan haiwan. Ia boleh membentuk hampir 50% daripada jumlah kandungan phospholipid.

Lecithin Shaklee – Lemak Sihat Yang Anda Perlukan

  1. Menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Lecithin Shaklee diambil bersama makanan untuk membantu  proses penghadaman lemak.
  2. Lecithin ditukar menjadi asetilkolina yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh yang sihat dan meningkatkan kecergasan otak
  3. Menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga, meningkatkan metabolisma seterusnya membantu mereka yang nak kurus.

Fungsi Lecithin Shaklee Dan Bagaimana Ia Bertindak

Keistimewaan Shaklee

Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya non-GMO.

Harga Lecithin Shaklee

Sebotol ada 180 biji. Sebiji hanya 30 sen. Tetapi khasiatnya sangat besar. Walaupun murah, tak semestinya ia kurang kualiti tau. Ia merupakan pemecah lemak yang magic. Sape nak kurus, nak slim, nak otak cergas namun ada limited budget, boleh cuba lecithin Shaklee.

No comments:

Post a Comment