Search This Blog

Showing posts with label Info Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Semasa. Show all posts

Sunday, 11 June 2017

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLIMENT

June 11, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua.Ramadhan kali ini agak panas dan mencabar kan.Kesian pada anak-anak la..baru nak berlatih puasa.Jadi tumpuan pada anak-anak tu sangat tinggi.

Hari ni cikliza nak.share dari coaching​ bersama Master Firdaus Zulkifli dari S2Ufamelies


Diekstrak dr WebMD

ini adalah antara asbab kenapa kt memerlukn supplement

1.Orang yang makan kawal diet dan kalori; dimana ia mungkin tidak memberi bekalan vitamin dan minerals yang cukup

2.Ibu ibu yang mengandung dan menyusukan anak

3.Mereka yang sakit, cedera dan dalam fasa pulih dr kecederaan / pembedahan

4.Bayi; hanya pastikan mereka mendapat kalsium dan Vitamin D yang cukup

5.Mereka yang ada alergi dan tidak makan sayur; sesetengah dr mereka yang tidak makan semua jenis makanan

Ya, ini adalah antara asbabnya!

Dan Supplement bertindak membekalkan vitamin dan minerals cukup untuk badan kita berfungsi secara normal dan baik secara konsisten sehingga kt tua

Jadi cegah sebelum parah



Berikan supplement terbaik iaitu Shaklee ;
Sentiasa selamat
Sentiasa berkesan
Sentiasa organik

Sy sedia share dan bantu 👍
Cikliza kama
012-3010634

Monday, 1 June 2015

30 minit Seminggu

June 01, 2015 0 Comments
Bismillah,Assalamualaikum.Hari cuti sekolah masa agak banyak terluang buat surirumah macam liza,pada yang bekerja jangan jadikan alasan ye untuk biarkan rumah dan toilet bersepah.



Antara tips yang Liza nak share bagimana nak peruntukkan masa yang sesuai bagi memastikan rumah dan tandas sentiasa bersih.
  1. Pastikan sebelum tidur malam sapu rumah siap2
  2. Jangan biarkan pinggan mangkuk bertimbun di sinki
  3. Lepas bangun tidur terus kemas tempat tidur
  4. Waktu mandi peruntukkan 30 minit setiap minggu waktu mandi extra.Sambil mandi ambil cuci toilet.
  5. Kerjasama dengan ahli rumah sangat penting
  6. Cuci kipas setiap hujung minggu di waktu pagi.




Saja nak tunjuk part yang selalu kita abaikan.Biasanya sinki toilet bahagian bawah sure ada yang dh berkulat.So lepas ni rajin diri untuk check bahagian bawah sinki yer.

Senang cerita 1 minggu 1 kerja membersih dilakukan secara major.Untuk setiap minggu benda2 kecil perlu di beri lebih perhatian.

24jam sehari kan takan uolls tak de masa kot...Bilik tidur siapa macam gambar before tue bawak2 la kemas ye.Sakitnya bijik mata tengok..Lihat after kemas.sejuk mata dan rasa fresh je.Tak percaya?Buat dulu.Jangan bagi alasan tak masa okay..

Ehsan google


Get Clean with Shaklee






New look Basic H

Ingin membeli Get Clean Shaklee ini secara online dan dihantar terus ke pintu rumah anda? Mudah sahaja, sila klik di bawah ini.Atau untuk COD boleh call/sms saya di 



Liza

012-3010634

Sunday, 24 May 2015

Perbezaan Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

May 24, 2015 0 Comments

Bismillah,Assalamualaikum semua,
Hari ni nak share pula apa kenyataan orang yang terlibat dengan penghasilan vitamin Shaklee.

Banyak di YouTube boleh search je ni antara yang saya suka nak dengar.

When Nature meet Science ~ that's Shaklee
Millions of money invested for the Products to undergo Thousands of Lab Test ~ in ensuring the Safety of each Supplements before they reach us.
That's the Shaklee Difference~ The Power of Nature
Think of Shaklee, Think of Nature, Peace & Harmony


Saturday, 23 May 2015

Kenyataan Shaklee Berkenaan Isu Alfalfa

May 23, 2015 0 Comments
Bismillah,assalamualikum.2-3 minggu lepas kan ada isu yang mengatakan bahawa remaja mati di sebabkan consume Shaklee Alfalfa .

Kami sebagai pengedar bukan nak bertegang urat nak katakan yang Alfalfa dan semua produk Shaklee ni sangat baik dan selamat.Tak guna bertegang leher pun,tapi pada yang nak amik tahu kami sertakan kenyataan media Shaklee Malaysia .




Produkdan syarikat yang telah bertapak sekian lama dan Shaklee mempunyai landmark Study sendiri.Kajian demi kajian di buat unutk memastikan produk Shaklee selamat dan berkesan kepada semua pengguna.

Pada semua pengguna di nasihatkan jika ada masalah kesihatan sila rujuk doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis suppliment sekalipun.

Untuk langkah berjaga-jaga dan tidak memburukkan mana-mana syarikat pengeluar barang kesihatan.

Kami di shaklee sangat mengalukan pendapat dan pertanyaan anda boleh di emailkan ke : 

 customerinquiry@shaklee.com.my




Tuesday, 21 April 2015

Keracunan Mono Sodium Gulamate (MSG)

April 21, 2015 0 Comments





“Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah. Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia bukan lagi asing. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

“Silent Killer”
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Elak sebelum terlambat
Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Bererti, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus. Buktinya, kita tidak pernah melihat rancangan masakan di televisyen yang menyelitkan MSG dalam resepi mereka. Ini menunjukkan bahawa penggunaan MSG bukanlah satu kemestian, sebaliknya hidangan yang lazat dan menyelerakan bergantung pada kemampuan dan kemahiran memasak seseorang itu sendiri.

Oleh itu, katakanlah tidak kepada MSG. Percayalah pada kelebihan masakan anda, kerana andalah yang bertanggungjawab ke atas kesihatan keluarga tersayang.

Kredit:Lamanmotivasi

Sunday, 5 April 2015

Anak, Kau Amanah Yang Besar

April 05, 2015 0 Comments
Bismillah,Assalamualaikum.
Baru baru ni di gempar kan kisah kanak-kanak mati jatuh dari eskelator.Memang agak tragis .CCTV menunjukkan ibu sibuk tengok handphone tak pasti la atas urusan apa.Apa pun itu sebagai pengajaran buat kita semua.Ambil iktibar ye.Tak perlu nak kondem kesalahan orang lain.
Duduk dan lihat diri sendiri itu lebih baik.Adakah kita dah cukup sempurna untuk anak-anak kita?Tiada sift ibubapa yang terbaik selain dari sifat Rasulullah terhadap anak2 nya..Nak jadi ibubapa cemerlang contohi Baginda s.a.w.
Al Fatihah buat Junjungan Besar s.a.w
Hari ni saya nak share antara sikap anak kita yang sebenarnya mereka buat sesuatu hal itu berpunca dari kita ibubapa.Renggekan mereka sebenarnya nakkan perhatian kita tapi...kita hanya buat ta endah atau kadang kala kita marah mereka kembali.
Saya masih belajar dan cuba perbaiki diri untuk jadi ibu yang terbaik insyaAllah.Jom kita baca dan share untuk simpanan bersama
1. Jika anakmu BERBOHONG, itu karena engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.
2. Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI, itu karena engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT
3. Jika anakmu KURANG BERBICARA, itu karena engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA
4. Jika anakmu MENCURI, itu karena engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.
5. Jika anakmu PENGECUT, itu karena engkau selalu MEMBELANYA.
6. Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN, itu karena engkau BERBICARA TERLALU KERAS
KEPADANYA.
7. Jika anakmu MARAH,itu karena engkau KURANG MEMUJINYA.
8. Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, itu karena engkau TIDAK BERBAGI DENGANNYA.
9. Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN, itu karena engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.
10. Jika anakmu LEMAH, itu karena engkau SUKA MENGANCAMNYA.
11. Jika anakmu CEMBURU, itu karena engkau MENELANTARKANNYA.
12. Jika anakmu MENGANGGUMU, itu karena engkau KURANG MENCIUM & MEMELUKNYA
13. Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU, itu karena engkau
MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.
14. Jika anakmu TERTUTUP, itu karena engkau TERLALU SIBUK.

Notakaki: Maafkan mama jika mama ada missed something pada Alif,Akmal dan Afan.Mama nak jadi yang terbaik buat kalian.Membesarlah bagai johan Di Dunia dan Akhirat.

Mama masih disini akan sentiasa berikan yang terbaik.
Aja ja fighting!!
Liza
012-3010634

Friday, 3 April 2015

Pelihara Aurat Mu Wahai Wanita

April 03, 2015 0 Comments
Dalil wajibnya menutup aurat
                Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…(al-Nuur : 31)
Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)
Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :
 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)
Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallamsupaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri.
Lambang Islam bagi seorang wanita Islam adalah pada penampilannya. Bukti ketaatan, keimanan dan kepatuhan bagi seorang wanita kepada Tuhannya, salah satunya adalah dengan menjaga aurat dan penampilan.
Allah tidak menyuruh golongan wanita menutup rambut, tetapi sebaliknya menutup aurat. Menutup aurat bukan hanya pada dengan memakai tudung semata-mata tetapi pakaian yang mematuhi syariah.
RAMAI WANITA YANG BERTUDUNG TETAPI TIDAK MENUTUP AURAT, namun bagi yang menutup aurat sudah semestinya bertudung.

Tuesday, 31 March 2015

Tips Kekal Sihat

March 31, 2015 0 Comments
Bismillah,Assalamualaikum semua..sihat kan hari ni.Alhamdulillah hari cerah badan pun rasa segar je..Lepas buat aktiviti gardening pagi tadi.Keluarkan peluh sikit.

Hari ni nak buat tips ringkas je sebenarnya ramai yang dah tahu tentang ni tapi cuma tak berapa nak praktikkan je.



Jom kita remind semula apa langkah untuk hidup lebih sihat:

  1. Kesihatan badan perlu ditingkatkan dengan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
  2. Kurangkan garam, gula, minyak dan santan dalam masakan.
  3. Gunakan cara memasak yang tidak menggunakan banyak minyak seperti kukus dan rebus. Kurangkan menggoreng makanan
  4. Jangan tambah garam kepada makanan yang telah dimasak.
  5. Elakkan makanan yang tinggi kalori.
  6. Lebihkan berjalan.
  7. Selagi boleh gunakan tangga berbanding lif.
  8. Lebihkan minum air.(2-3 liter sehari)
  9. Jangan tinggalkan (skip) masa makan untuk mengelakan peningkatan kolestrol darah dan lain-lain.
  10. Kurangkan tekanan (stress) yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.
  11. Tingkatkan aktiviti di luar rumah.
  12. Pastikan cukup tidor.
  13. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang penyakit dan untuk mengelakan penyakit yang tidak berjangkit (non communicable diseases).
Amalkan tip di atas untuk kesihatan.

liza
012-3010634

Sunday, 29 March 2015

7 Tips Untuk Sihat

March 29, 2015 0 Comments
Bismillah,Assalamualaikum semua..Hari yang indah .cerah  walaupun panas ada i sukeee..Cepat kain baju kering kan hihih

Menu apa hari ni?Hari cuti biasanya waktu untuk bersantai santai dan bagi yang ibu bekerjaya ni la masanya untuk masak sesuatu yang agak special buat anak-anak.

Dah lama nak share maklumat ni dengan semua ni baru berkesempatan.Alhamdulillah kami sekeluarga mengamalkan makanan yang sihat ni.

Apa antara makanan yang sihat tue?Kita mula dari basic je la..

7 Tips Untuk Sihat


7 Tip Makanan Sihat ialah:
  1. Gunakan extra virgin olive oil. Lebih gelap warnanya lebih bagus untuk kesihatan. Ia lebih tulin dan lebih baik untuk jantung anda berbanding jenis minyak zaitun yang lain.
  2. Ambil lebih sayur-sayuran berdaun hijau. Hanya masak dengan sedikit minyak zaitun, bawang putih dan sedikit garam. anda akan mendapat sayur yang sangat sedap dan berkhasiat. Ia adalah makanan yang boleh mengenyangkan & menyihatkan.
  3. Pilih roti coklat (brown bread). Karbohidrat berproses seperti yang terdapat pada roti putih adalah amat sukar untuk badan menyerap zat makanan darinya, jadi ia hanyalah kalori kosong atau tiada zat/khasiat.
  4. Elakkan makan junk food (snek/jajan) kerana ia tidak langsung menambah tenaga atau berkhasiat. Jika anda teringin makan junk food ambil buah sebagai penggantinya.
  5. Makan snek yang sihat iaitu yang rendah kalori dan lemak, tinggi kandungan serat seperti aprikot kering, kekacang, buah-buahan, baby carrot, tomato ceri dan sebagainya. Sayur-sayuran dan buah-buahan pada amnya rendah kalori dan lemak serta tinggi kandungan seratnya. Buah-buahan mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi berbanding sayur-sayuran.
  6. Minum banyak air pada setiap hari. Air boleh mengurangkan sembelit dan membantu dalam proses penghadhaman. Secara amnya pada hari yang panas minum 2.5 hingga 3 liter pada hari yang panas.
  7. Makan perlahan-lahan kerana otak anda akan mengambil masa 20 minit untuk memberitahu yang anda sudah kenyang dengan makanan.
Cuba jadikan amalan ye inshaAlah anda akan nampak hasilnya..

Salam Sayang
liza
012-3010634

Saturday, 28 March 2015

Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan

March 28, 2015 0 Comments
Situasi 1: “Saya dah amalkan lebih kurang seminggu tapi tak ada rasa apa-apa kesan pun”
Situasi 2: ” Sejak saya ambil dalam beberapa hari ni, jerawat makin menjadi-jadi keluar. Dulu tak macam ni pun. Kenapa? Saya tak serasi dengan supplement Shaklee ke?”

Mesti ramai yang pernah alami situasi macam ni kan? Jadi kenapa dan mengapa?
Lumrah manusia ni suka mengubati dari mencegah. Jadi kebiasaannya kita akan mula amalkan supplement bila badan dah sakit. Bagi ibu menyusu khususnya pula bila susu dah drop atau hampir kering. Jadi kita memang suka mengubat kan?
Makanya bila kita amalkan vitamin Shaklee, kita mahukan kesan yang cepat. Ayat paling lazim saya terima dari customer adalah
“Kalau saya makan ni, berapa lama boleh nampak kesan?”
Jadi suka saya nak ingatkan sistem badan kita berbeza. Makan cepat atau lambat kesannya juga sangat bergantung pada badan masing-masing.
Jika anda sudah mengamalkan mana-mana supplement Shaklee tapi belum nampak kesannya, apa yang anda perlu tahu adalah supplement Shaklee bertindak membaiki sel badan kita dari dalam. Ia kena tutup dulu lompang-lompang rosak dalam badan kita barulah badan boleh rasa kesan positifnya. Cuba anda bayangkan lubang atas jalan. Lagi besar lubang maka lagi banyak masa dan lagi banyak tar diperlukan untuk tutup lubang tu kan?
Begitu juga dengan badan kita. Bila anda sakit bermakna ada lompang nutrisi dalam badan anda. Jadi bila dah sakit baru nak amalkan supplement Shaklee haruslah beri masa untuk supplement tutup lompang dalam badan anda itu. Sebab itu ada orang cepat nampak kesan dan ada orang yang lambat. Siapa lompang kecil cepatlah lompangnya diturap maka cepatlah nampak kesan. Siapa lompang besar faham-faham je lah kan.. pastinya ambil masa. Sama juga dengan ibu menyusu yang amalkan supplement Shaklee sebagai milk-booster.
Dan paling utama, pastikan anda amalkan pengambilan supplement mengikut panduan pemakanan yang betul yang diberikan oleh pengedar anda. Itu sangat penting. Makan suka hati memang tak nampak kesan sebab anda tak akan tahu kalau ada yang tak boleh dicampur dan apa waktu makan terbaik kan? Jadi patuhilah panduan yang pengedar anda berikan.
Menjawab kepada situasi 2 pula, keadaan itu kita namakan Healing Crisis. Proses healing crisisini sedikit unik sebab bukan semua orang akan alami. Tapi proses ini adalah 100% semulajadi dan lazim akan berlaku apabila kita memulakan proses rawatan secara semulajadi.
Supplement Shaklee kan 100% semulajadi. Makan tak hairanlah ada orang yang akan kenahealing crisis ni. Apabila kita makan supplement untuk merawat dari dalam, badan kita menyingkirkan toksin dari sel-sel badan ke dalam system badan untuk dikumuh keluar. Ini adalah sebahagian dari proses rawatan.
Tetapi healing crisis akan berlaku apabila terlalu banyak toksin yang perlu disingkirkan dan sistem badan tak mampu singkirkan dengan cepat. Maka toksin itu akan terperangkap menyebabkan timbulnya kesan sampingan lain.
Sebab itulah ada yang rasa loya, pening kepala, penat, keluar jerawat, sakit badan, sakit urat, cirit birit dan macam-macam lagi bergantung pada badan individu. Itu semua disebabkan toksin yang terkumpul di bahagian tertentu dalam badan.

Jadi macam mana nak elakkan?

  1. Minum banyak air kosong. Air kosong penting untuk melancarkan sistem peredarah darah dan limfa supaya toksin tidak tersekat di mana-mana bahagian badan dan terus ke organ perkumuhan. Lagi banyak air lagi cair toksin lagi kurang healing crisis.
  2. Banyak bergerak untuk melancarkan sistem peredaran darah dan limfa supaya toksin bergerak lancar ke organ perkumuhan.
  3. Amalkan diet tinggi protein dan serat. Elakkan gula dan makanan ringan.

Healing crisis adalah semulajadi. Dan pengalaman saya orang yang ambil produk skin care untuk kulit berjerawat itulah golongan paling senang kena healing crisis sebab terlalu banyak toksin dalam badan. Tapi kebanyakan orang juga suka tukar dan campur adukkan supplement sebab nak kesan cepat. Sedangkan jika disiplin teruskan pasti nampak kesannya bila healing crisis mula reda.

Sedikit tips untuk anda

  1. Jangan terburu-terburu nak lihat kesannya dalam masa satu hari!
  2. Beri masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk sel dibaikpulih sebelum dapat rasakan keberkesanannya
  3. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan jaga pengambilan air kosong minimum 3L sehari
  4. Jangan mudah percaya dengan janji BERKESAN DALAM MASA 14 HARI!

Liza
012-3010634

Thursday, 26 March 2015

Cara Nak Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja

March 26, 2015 0 Comments

Bismillah..Assalamualaikum semua..Alhamdulillah sejuk pagi ..Dah hantar anak ke sekolah settlekan kerja rumah..Dan tidur kan baby tadi..Sambil tidurkan zikir la sebab baby memang tak boleh tidur kalau tak dengar Zikrullah.Memang dari dalam perut macam tue.

Sambil berzikir mama pun rasa mengantuk da...ish kena lawan perasaan ni sebab ada banyak benda nak buat.Deadline semakin hampir ni.

So godek godek google terjumpa la tips ni.Cara nak hilangkan mengantuk..Almaklum la liza ni WaHM ada SoHo kecil kat rumah so..time berkerja tue flexible..Mana taknya saya la bos saya la pekerja.Hihiihih.JOm apa tips yang nak di sampaikan baca ek..


1.Hampiri Kawasan Bercahaya
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap.
Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.



2.Basuh Muka 
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.



3.Wangian Aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk.
Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.



4.Senyum Dan Lakukan Perkara Baik
Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.



5.Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.



6.Senaman Ringan 
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam?
Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar dan fikiran tenang.



7.Pandang Pepohon Hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

8.Segarkan Semangat Anda
Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

9.Urut
Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.



10.Minum Banyak Air
Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat. 



11.Amalkan Teknik Pernafasan
Betul Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.



12.Bersihkan Meja
Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan. 



13.Berjalan-Jalan
Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan dan berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.



14.Membaca Ayat Al-Quran
Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk. Sebaiknya bacalaha keseluruhan Ayat Qursi tersebut kerana keseluruhan Qursi pun tidaklah panjang pun. Potongan ayat tersebut berbunyi…

“LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…” Maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR - 

Selamat Mencuba...
Salam Sayang 
Liza
012-3010634 

Monday, 23 March 2015

Makanan Yang Sihat Untuk Anak Anda

March 23, 2015 0 Comments


Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlulah menitik beratkan kesihatan anak-anak. Berusahalah untuk memberi makanan yang sihat dan seimbang agar anak-anak dapat membesar dengan baik dan kekal sihat.
Pemilihan dan amalan pengambilan makanan yang sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak. Bantulah anak-anak memilih makanan yang sihat agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat.
Makanan Yang Sihat
Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat. Lapiskan sandwich dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayones. Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad dan lobak.
  • Susu Rendah Lemak
Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.
Sediakan biskut yang kurang manis dan lemak. Sebaiknya pilih yang berbijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari yang kaya dengan fiber dan zat.
Hidangkan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan. Pastikan anda menyediakan buah-buahan yang mempunyai khasiat dan kandungan nutrisi yang mencukupi.
Sediakan nasi goreng sebagai makanan yang sihat untuk anak-anak. Tidak perlu dihidangkan dalam kuantiti yang banyak, cuma tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi menjadikan ia seimbang dan sihat. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis.
Bijirin yang pelbagai perisa seperti coklat dan madu jarang ditolak kanak-kanak. Ibu bapa hanya perlu menyediakan bijirin yang kurang manis, diperkuat dengan kalsium dan berfiber. Bijirin boleh disajikan dengan buah-buahan agar kelihatan lebih menarik dan sihat untuk anak anda.
Tips Kesihatan Kanak-Kanak
  • Aktiviti Fizikal
Galakkan anak anda untuk melakukan aktiviti fizikal sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah. Ia dapat meningkatkan kesihatan anak anda selain dari melindungi pemakanannya sahaja.
Jangan biarkan anak anda jatuh cinta dengan senek ringan. Snek ringan bukan sahaja bahaya disebabkan kandungannya, ia juga menyebabkan anak anda enggan mengambil makanan yang sihat.
  • Galakkan Minum Air Masak
Anak-anak perlu dididik minum air masak setiap hari. Ia penting untuk mengeluarkan toksik dan melancarkan sistem tubuh. Apatah lagi jika anak anda seorang yang aktif!
Ibu bapa perlu memberi didikan kepada anak-anak mengenai makanan yang sihat dan tidak sihat. Ia membantu anak anda memahami kandungan makanan itu sendiri dan membuat mereka tidak mengambil makanan yang tidak sihat.
Kesimpulan
Libatkan anak anda semasa merancang dan menyediakan makanan. Ini akan membantu mereka belajar mengenai kepentingan memilih makanan berkhasiat yang sihat. Sebagai ibu bapa, pastinya anda mahukan yang terbaik untuk mereka. Jika anda tidak mula mengambil langkah yang bijak, tidak mustahil suatu hari nanti ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan mereka. Ayuh, mula dari sekarang.

Liza

012-3010634