Search This Blog

Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts

Tuesday, 4 December 2018

11 Cara Pulihkan Hormon Selepas Bersalin

December 04, 2018 0 Comments
Hey korang.tahniah ye atas kelahiran baby baru,rindu pula Liza nak ada baby baru heheheh.Kesihatan lepas bersalin jangan amik mudah tau.Kalau tak di jaga dengan betul macam-macam masalah akan timbul.Ada benarnya amalan berpantang orang-orang lama,tak salah pun kita ikut.

Tapi hari Liza nak share sikit lahcara pulihkan hormon selepas bersalin.

Kita selalu menyangka kesihatan kita akan lebih baik selepas bersalin, kita akan mengalami kejutan kerana hormon kita akan berterusan memainkan peranan pada badan anda. Di samping kebahagian mendapat bayi adalah fakta tentang kesihatan anda yang masih memerlukan penjagaan rapi.

kita akan mengalami beberapa perubahan pada badan . Jom baca artikel ini untuk mengetahui tentang ketidakseimbangan hormon dan cara penyelesaiannya.



Hormon Selepas Bersalin:
Selepas bersalin, jika anda mengalami perubahan mood dan keletihan, anda tidak perluterkejut kerana ia normal. Anda perlu mengetahui tentang fakta selepas bersalin akan menganggu hormon anda. Tandanya termasuklah keletihan, masalah menstrual, penurunan berat badan dan jangkitan.

Perubahan pada hormon selepas bersalin:
Estrogen dan Progesterone:
Ketidakselesaan adalah kerana estrogen.

Semasa hamil, placenta menghasilkan progesterone yang tinggi, selepas bersalin, placenta akan keluar dari badan yang menurunkan tahap progesterone.

Gangguan hormon yang dikenali sebagai “baby blues”.

Progesterone mengawal kimia otak dan meningkatkan emosi. Tetapi selepas bersalin, ketidakseimbangan estrogen dan progesterone akan menyebabkan ketidakselesaan.

Tandanya termasuklah penaikan berat badan, perubahan mood, stress, haid yang banyak dan kekejangan.

Estrogen juga menghasilkan thyroid-binding globulin (TBG) pada hati. Kebanyakan wanita mengalami penyakit Postpartum Thyroiditis.

Peningkatan estrogen menaikkan tahap cortisol bergabung dengan globulin dan anda akan menghidap hypothyroidism.

Perubahan Selepas Bersalin Pada Badan:

Selepas bersalin, anda akan mengalami beberapa perubahan pada badan:

1. Perubahan Fizikal:

Sakit di payudara

sembelit

Hemorrhoids

Kencing yang kerap

Perubahan Vaginal

2. Perubahan Emosi:

Baby Blues

Stress selepas bersalin

Tanda stress selepas bersalin:

Selepas bersalin, ketidakseimbangan hormon yang anda alami mempunyai impak pada otak anda yang mengawal emosi. Anda berisiko mempunyai perubahan emosi.

Impak selepas bersalin:

Perubahan ini berlaku semasa dan selepas hamil.

Anda akan mengalami tanda seperti baby blues, hilang selera makan, sensitive, dan menangis.

Pengkaji menyimpulkan bahawa kebanyakan tanda ini akan hilang selepas bebrapa minggu selepas bersalin. Tetapi jika keadaan menjadi teruk, berbincang dengan doktor.

Jika anda mengalamo tanda seperti hilang selera makan atau gangguan tidur, anda perlu berjumpa doktor.

Punca Perubahan Hormon Selepas Bersalin:

Selepas bersalin, tahap estrogen dan prestogen akan berubah. Semasa hamil, hormon ini kekal pada tahapnya. Selepas bersalin, ia akan turun ketahap optimum selepas 24 jam selepas bersalin. Anda akan mengalami postpartum distress syndrome. Ia kerana perubahan ketara pada hormon tiroid.

11 Tips Untuk Mengembalikan Hormon Selepas Bersalin:

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan banyak masalah. Terdapat beberapa cara untuk menghalangnya:

1. Senaman:

Berjalan dan senaman ringkas sangat membantu, tetapi anda tidak boleh melakukan senaman yang berat. Anda boleh cuba untuk lakukan kettle bells, squats, angkat berat, dan senaman ringkas.

2. Elakkan Makanan Putih:

Gynekologi berpendapat untuk mengelakkan makanan seperti roti, pasta, susu, nasi sebanyak yang boleh.

3. Kawal Pengambilan Kafein:

Anda patut mengawal pengambilan kafein kerana ia akan menaikkan tahap cortisol, dan juga aktiviti pada kelenjar tiroid.

4. Supplements:

Supplement seperti evening primrose oil, Omega-3s, MAC, berry bagus untuk hormon. Tetapi sebelum anda mengambilnya, pastikan anda telah mendapat nasihat doktor.

5. Minyak Kelapa:

Minyak kelapa dan avocados boleh membantu menyeimbangkan hormon anda.

6. Vitamin D:

Vitamin D boleh memberi kesan pada kestabilan hormon. Selain menikmati masa anda dengan cahaya matahari, anda boleh mengambil supplement dari doktor anda.


7. Kurangkan Stress:

Dapatkan tidur yang cukup dan jauhi stress sebanyak yang boleh. Ia boleh mengekalkan tahap cortisol dalam badan.

8. Berhenti Mengambil Pil Tambahan:

Pil tambahan adalah satu kesilpan. Anda tidak perlu mengambil atau mengubah ubatan anda semasa atau selepas bersalin, melainkan ia adalah saranan doktor anda. Berbincang dengan doktor sebelum mengambil atau mengubahnya.

9. Elakkan Mengambil Polyunsaturated Fats:

Selepas bersalin, anda perlu mengelakkan lemak jenis ini, kerana ia mengandungi Omega-6s yang tinggi dan boleh menghalang fungsi pada system endoktrin. Sesetengah makanannya adalah margerin, minyak sayuran dan minyak kacang.

10. Makan Makanan Yang Tinggi Fiber:

Fiber membantu anda mengantikan estrogen lama pada badan. Ia juga membuang toksin pada badan, mengekalkan tenaga dan kesihatan anda.

11. Dapatkan Acupuncture:

Rawatan dari China ini merawat ketidakstabilan hormon selepas bersalin. Gabungan sempurna dari jarum, herba dan moxibustion yang membantu mengelakkan sindrom postpartum distress.

Artikel ini dipetik dari MomJunction

Monday, 3 September 2018

Ketahui 9 Kebaikan Bersenam

September 03, 2018 0 Comments
Bersenam adalah salah satu cara untuk mendapatkan fizikal yang sihat.

Jika keadaan fizikal anda sihat dan cergas, anda boleh melakukan apa sahaja pekerjaan dengan maksimum. Terdapat banyak kebaikan bersenam jika anda rajin melakukannya.

Bersenam bukan bermakna anda perlu menghabiskan waktu berjam-jam di pusat fitness ataupun di perkarangan tasik.Senaman seperti yoga atau ‘sit up’ tidak memerlukan waktu yang lama dan anda boleh melakukannya di ruang kediaman.

Jika anda betul-betul tidak mempunyai waktu untuk bersenam, anda hanya perlu mempraktikkan senaman yang paling mudah dan murah iaitu berjalan kaki!

Berikut beberapa kebaikan bersenam setiap hari yang boleh anda peroleh:

1. Memperkuatkan Jantung
Bersenam bukan sahaja membuatkan anda berasa lebih sihat dan segar, malah memperkuatkan lagi keadaan jantung anda. Secara tak lansung tindakbalas jantung menjadi lebih efisien. Jantung juga akan terus berlatih sehingga menjadi lebih kuat. Otot jantung yang kuat berupaya membantu mencegah penyakit jantung.


2. Mengurangi Kadar Gula Darah
Senaman mampu melancarkan otot untuk mengambil glukos dalam darah dan mengubahnya menjadi energi. Ia penting untuk mengurangi risiko terkena diabetis dan penyakit kardiovaskular  lain, yang disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal.


3. Menjaga Paru-Paru
Bersenam mamu membuatkan otot paru-paru bergerak serta meningkatkan kapasiti kerja paru-paru itu sendiri. Selain itu, senaman teratur juga dapat membantu melancarkan pergaliran udara yang masuk dan keluar melalui paru-paru.


4. Mengurangkan Berat Badan
Senaman dapat membantu mencegah kelebihan berat badan. Apabila ia dilakukan secara teratur, bermakna semakin banyak kalori yang terbakar.


5. Mengawal Tekanan Darah
Senaman mampu menurunkan stress serta mempengaruhi tekanan darah. Jika tahap stress anda menurun, maka tekanan darah pun akan turut serta menurun. Jadi, sebab itulah bersenam merupakan pilihan yang tepat ketika anda berasa penat dengan aktiviti yang telah dilakukan.


6. Elok Untuk Tulang & Sendi
Orang yang rajin bersenam memiliki tulang yang lebih padat dan kuat berbading dengan mereka yang liat atau malas bersenam. Bersenam juga elok untuk mencegah osteoporosis. Jarang bersenam juga boleh membuatkan sendi-sendi anda menjadi kaku dan lemah.


7. Kulit Jadi Lebih Sihat & Berseri
Salah satu menjaga kesihatan kulit yang wajar ada berikan perhatian adalah dengan bersenam. Kulit memerlukan nutrisi agar sentiasa sihat dan terjaga keanjalan serta kelembapannya.  Bersenam akan meningkatkan denyutan jantung sehingga dapat melancarkan perjalanan darah, sekaligus menyalurkan nutrisi yang baik ke sel-sel kulit.

Bersenam boleh mengurangi jerawat yang ada pada wajah dan tubuh anda. Jerawat biasanya muncul disebakan faktor luaran dan dalaman. Salah satu faktor dalaman yang mengundang timbulnya jerawat adalah stress. Bersenam akan membantu tubuh anda menjadi lebih relaks dan terhindar daripada stress.


8. Meningkatkan Konsentrasi
Perjalanan darah  lancar ke otak disebabkan oleh senaman yang telah membuatkan fungsi kerja otak serta peningkatan kosenstrasi. Anda akan memiliki kosentrasi yang baik jika anda dapat bersenam secara teratur.


9. Menjadikan Kehidupan Seksual Bertambah Baik
Ketika anda berasa terlalu penat untuk melakukan hubungan seksual, bermakna ia memerlukan senaman. Latihan fizikal yang teratur boleh membuatkan anda menjadi lebih berenergi dan nampak ‘fresh’. Semua ini memberikan efek positif  pada kehidupan seksual anda. Kebaikan bersenam memang tiada tandingannya buat wanita kerana ia mampu meningatkan ghairah seksualnya.


Kredit :womdotmy

Thursday, 12 April 2018

Eczema Pada Usia Dewasa

April 12, 2018 0 Comments
Eczema  ni adalah sejenis penyakit kulit la ye. Sangat common dalam kalangan kita.
Jangan ingat kanak-kanak jr ada eczema tau. Dewasa pun ada.

APA ITU EKZEMA?
Eczema ialah  satu keadaan kulit yang disebabkan oleh radang dan iritasi, kulit jadi kemerahan, gatal, dan tebal, warna lebih gelap atu lebih cerah dari kulit sekeliling contoh baby eczema baby pun ad yg terkena eczema juga

TANDA TANDA EKZEMA
* Kulit gatal gatal dan merah, di muka, lipatan lengan, belakang lutut, pergelangan tangan, jari dan kaki ✔
* Kulit yang eczema , akan menjadi tebal, kemerahan, berubah warna berbanding kulit sekitar, boleh jadi lebih cerah atau lebih gelap✔
* Kulit yang eczema, akan lebih kasar qdan tebal dari kulit sekeliling kerana digaru secara berterusan ✔
* Pada Bayi, kulit yang eczema mungkin berair dan berkeruping, dan boleh ada di mana mana saja bahagian kulit✔

SIAPA YANG MENGALAMI EKZEMA?
10-20% bayi mengalami eczema.
Dan, 3% kanak kanak dan orang dewasa mengalami eczema.
Selalunya, eczema pada kanak kanak akan menghilang seiring usia, tapi ada juga yang akan mengalami masalah ini sehingga dewasa

APA RAWATAN UNTUK EKZEMA
Tujuan utama rawatan untuk eczema adalah untuk
MENGURANGKAN KEGATALAN
yang bila digaru secara berterusan boleh menyebabkan kulit luka dan terdedah pada jangkitan kuman
Apa nak buat?
MOISTURIZE KULIT YANG ECZEMA untuk mengurangkan kegatalan
Sapu krim pelembap selepas mandi, sebab waktu ini kulit lebih senang untuk menyerap lembapan✅
Krim hydrocortisone 1% – boleh didapati di farmasi, bantu untuk mengurangkan radang pada eczema✅

Dan yang paling penting ELAKKAN ALERGEN YANG BUAT KULIT ECZEMA LEBIH TERUK
kena lebih alert tentang makanan dan keadaan yang buat kulit eczema flare up!
Apa yang ada dalam Set Shaklee untuk Eczema
Shaklee ada beberapa produk yang boleh digunakan untuk  mengawal simptom simptol ekzema.
1. produk luaran
2. produk dalaman

PRODUK LUARAN

1.Herbal Blend.
Krim multipurpose . Serbaguna.
 Krim ini telah diuji secara klinikal di mana ia membantu melembutkan tangan yang kasar, tumit pecah atau merekah.
 Dingin, bermentol dan tidak berminyak
 Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan,termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.
 Bebas daripada bahan kimia berbahaya
PARABEN FREE. Membantu mengurangkan gatal gatal yg dialami akibat eczema ✔
Melembapkan kulit serta mengelakkan kulit kering ✔
Menenangkan anak anda. ✔
Boleh di sapu di tempat yang terkena eczema dengan sapuan nipis.Femes kan herbal
blend ni. Siapa tak de herbal blend kt rumah dia??
Rasanya setiap sid mesti akn simpan sbotol hb ni utk kegunaan kluarga dia

BASIC H
-sangat sesuai digunakan bagi mereka yang alah pada bahan kimia yang terdapat di dalam sabun pencuci pelbagai brand.
-dengan 5 titis Basic H sahaja mampu mengurangkan dan mengeringkan  eczema yang dihadapi. 
Untuk pesakit eczema kering, basic H agak tidak sesuai digunakan di khuatiri boleh menyebabkan eczema menjadi lebih kering dan bersisik.

PRODUK DALAMAN
1. Nutriferon
2. Vivix
3. omega guard
4. vitamin c
5. vitamin E
6. Esp

1. Nutriferon
Nutriferon adalah cara semulajadi untuk mantapkan 'perisai' tubuh kita
Sistem imun ni adalah seperti TENTERA badan kita
Melawan jangkitan & penyakit penyakit yang mengancam kesihatan dan kecerdasan badan
Nutriferon = Immune booster kepada tubuh

4 bahan utama di dalam nutriferon:
1) Ekstrak biji labu ( cucurbita moschata)
- merangsang penghasilan interferon semula jadi dlm badan
2) Biji plantago ( plantage asiatica)
- mempunyai bahan kimia yg dipanggil polisakarida yg mengaktifkan sel-sel imun dalam badan
3) Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera Japonica)
- menentang pencerobohan virus dan kuman
4) Bunga safflower
-meninģgkatkan keupayaan makrofag utk memusnahkan kuman dan virus
Semua bahan2 diatas mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran interferon semulajadi

Orang yang ada eczema ni biasanya kita kaitkan dengan sistem imuniti yang rendah untuk melawan sebarang jangkitan kulit.
So nutriferon ni sangat digalakkan bagi mereka yang ada masalah imuniti badan yg rendah.
So kita leh suggest org yg ad mslh eczema untuk amalkan nutriferon setiap hari 1 sachet untuk kuatkan imuniti badan diorg.

2.Vivix
Fungsi vivix sebagai anti radang membantu mengurangkan keradangan yang dialami oleh pesakit eczema.
Dalam Vivix ada 4 bahan utama yang sangat unik.
1. Polygonium Cuspidatum (Japanese Knotweed)
2. Elderberry Eropah
3. Lobak Ungu
4. Anggur Muscadine

Kalau perasan, 3 daripada bahan ni semuanya berwarna ungu. Warna ungu ni bagus, sebab buah atau sayuran yang berwarna ungu ni kaya dengan athocyanins dan kaya dengan antioksidan untuk melawan radikal bebas.
Radikal bebas ni la yang merosakkan sel dan membawa kepada eczema. Eczema sangat memerlukan antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas ni.

Selain tu, kajian daripada ‘Journal of Agriculture & Food Chemistry’ menunjukkan anggur muscadine yang terdapat dalam Vivix tu terdapat sumber ellagic acid.
Ellagic acid ni penting utk mengembalikan sel supaya dapat berfungsi dgn normal. Ia juga mengandungi lebih tinggi vitamin C dan juga antioksidan.

Vivix juga mengandungi oligenic procyaridins (OPCs) yang kaya dengan bioflavinoids. Fungsi bioflavinoids ni adalah untuk membantu mencantikkan kulit kita, kurangkan keradangan dan juga menyokong imun badan.
sambil bantu masalah eczema, sambil mencantikkan kulit. Best kan?

3. Omega guard
Omega guard bersifat anti radang.
Dapat membantu mengawal keradangan pada kulit dan menghaluskan .Omega guard mengandungi asid lemak omega 3.
Asid lemak omega 3 ni dikatakan beb mengurangkan keradangan dengan cara merencatkan penghasilan hormon-like chemicals yg dikenali sebagai prostaglandins.

4.Vitamin C
vitamin c membantu meningkatkan imuniti badan drpd virus, bakteria dan mikroorganisma yg berbahaya.
mmbantu juga melindungi dan heal the skin.
pesakit eczema mendpat manfaat dripda antihistamine action di dalam badan. Wich is dia mmbntu mengurangkan rasa gatal pada kulit.
vita c jugak kaya dengan antioksidan wic is good for immune system.boleh dptkan sumber vita c dripda buah jambu batu,kiwi,brokoli,buah buah citrus,betik,mango,nanas,dan byk lgi.
Kalau mls makan je vita c shaklee. Settle!

5. Vitamin E
vitamin E kaya dengan antioksidan.
sangat bagus untuk kulit.
vitamin E mmbantu melembapkan kulit.
membantu memulihkan luka dan proses penggantian sel
baru yang lebih sihat.

6. ESP
ESp ni boleh suggest pd customer yg xde alahan atau alergik pada soya.sel bdn yg sihat memudahkan penyerapan nutrien dlm badan dan bantu proses recovery menjdi lbh cpt.

Maklumat pembelian ada kat bawah 

Pilih produk yang selamat untuk kita dan keluarga guna tau.
Berminat dengan Vitamin Shaklee?Boleh terus contact Liza ye +6012-3010634

JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan syarikat Suppliment semulajadi yang memegang piagam
✔Selamat (sijil halal dan kelulusan KKM)
✔ Semulajadi
✔Berkesan

MENGAPA SAYA?
Saya liza kama yang merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah,serta lebih mementingkan kesihatan anda.Hubungi saya agar saya boleh membantu meningkatkan kualiti hidup dan kualiti kesihatan anda sekeluarga.Saya juga menyediakan khidmat konsultasi PERCUMA  berkaitan produk SHAKLEE yang telah anda pilih.

PENGHANTARAN
Semua proses penghantaran  melalui perkhidmatan Poslaju,Citylink,GDex ke seluruh Malaysia .

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh di buat menggunakan MAYBANK BERHAD,CIMB,BSN,BANK ISLAM atau Western Union jika anda berada di luar negara .

NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkan produk shaklee anda ada beberapa pilihan.
☑Belian secara ONLINE menggunakan kad debit /kad kredit anda.
☑Belian terus di cawangan Shaklee berhampiran anda (ID 1275479)
☑Hubungi terus Liza kama di +6012-3010634 untuk membantu anda membuat pembelian.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit/kad debit ?Klik di bawah

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b4b0ddbd905dd1a73a7793e607976aab

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Jika anda berminat untuk mendapatkan bonus tunai serta banyak manfaat lain jom sertai team bisnes kami.MUMTAZ THE GREAT yang mempunyai ahli aktif,kelas pemasaran percuma dengan masa yang fleksible.

Rakan Shaklee anda(ID 1275479)
Liza Kama
Sms/wasap :www.wasap.my/60123010634

Saturday, 10 February 2018

Khasiat Limau Mandarin

February 10, 2018 0 Comments
Assalamualaikum selama berhujung minggu.Petang-petang yang panas ni sedap betul kan dapat makan limau sejuk.Kalau jus oren pun sodap 😂😂.

Easa lega tekak.Tapi liza tak suka jus oren twister tu.Manis boleh potong kaki beb kalau kerap minum 😜😜😜.

Kebetulan nak CNY 2018 ni dapat rezeki limau.Hari-hari lah liza hadap limau .Sampai naik kembong perut dengan limau.Heheh sistem pembuangan pun jadi lancar 🙊🙊.

Ada ke yang tak suka makan limau/oren??Meh baca apa kebaikan limau mandarin ni.

Limau mandarin kaya dengan vitamin C yang dikatakan mampu melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.


Nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan mujarab bagi meningkatkan ketahanan badan, terutamanya tulang dari ancaman osteoporosis.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folik. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folik setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folik yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus mampu meningkatkan kadar asid folik.
Vitamin B pula merupakan sumber utama bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Pektin, serat tinggi yang larut dalam air, telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar, di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Jus limau mandarin dikatakan berupaya mengubati asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang larutan bergaram dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan serta melindungi paru-paru daripada dijangkiti virus semula.

Karbohidrat yang terdapat dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam buah ini akan bertambah apabila buahnya semakin tua, namun kemasamannya pula semakin berkurangan. Buah yang mendapat sinaran matahari yang mencukupi akan mengandungi gula dan vitamin C yang lebih banyak.

Limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus amat baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser, selain memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok dalam kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin.

Cara liza potong limau/oren pun berbeza sikit dengan orang lain.Liza suka potong lawan arus .Emm nak panggil apa ye?Macam dalam gambar ni la.Liza potong lawan arah isi limau tu.Paham ke? 😝😝 Ah tak paham.sudah la.


Kenapa liza potong macam tu? supaya senang nak buang bijik dia tu je .Rasanya tetap sama tau wakakakkakakak.

Salam Sayang
Lizakama
012-3010634
Sgpetani 

Wednesday, 9 September 2015

Khasiat Buah Peria

September 09, 2015 0 Comments

Bismillah,

Assalamualaikum semua..semalam baru je buat entry tentang menu peria goreng tak pulak saya ceritakan khasianya kan..Dapatkan resepi Peria Goreng Tepung menu wajib try.So hari ni terlajak rajin cari la maklumat nak share dengan anda semua pembaca setia saya.

Okey… meh kita tengok beberapa khasiat yang boleh dimanfaatkan daripada buah peria nie…
Kencing Manis Dikatakan air perahan buah peria dapat menurunkan kadar gula dalam darah untuk orang yang kena penyakit kencing manis @ diabetes.
ulam peria
Ambil 2 biji buah peria, bersihkan dan potong kepada beberapa bahagian yang kecil. Kendian masukkan potongan peria tu kat dalam blender, tambahkan lebih kurang 1/2 gelas air suam dan ‘blend’ untuk dapatkan airnya. Amalkan meminum air perahan nie 2 kali sehari pada pagi dan petang. InsyaAllah, paras gula yang tinggi dalam badan pesakit diabetes akan menurun.

Berak Berdarah Sama seperti cara kat atas.. ambil dua biji peria dan ‘blend’ untuk dapatkan airnya. Minum air perahan 2 kali sehari untuk menyembuhkan sakit berak berdarah.

Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu  Makan peria sebenarnya bagus untuk ibu-ibu yang ada masalah kekurangan susu badan. Sediakan sebiji peria segar, cuci bersih dan rebus. Makan peria rebus nie sebagai ulam ketika menjamah nasi.

Bisul Ambil satu biji peria segar. Hiris dan lumatkan ia kemudian tampal pada bahagian yang kena bisul. Petua nie dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan bisul.

Ada juga dari pembacaan saya peria katak terutamannya membantu pesakit HIV Positif.Di mana keberkesanannya saya sendiri kurang arif.(bagi yg mencari penawar HIV sila rujuk :Blog Najmi)

Tuesday, 21 April 2015

Keracunan Mono Sodium Gulamate (MSG)

April 21, 2015 0 Comments





“Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah. Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia bukan lagi asing. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

“Silent Killer”
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Elak sebelum terlambat
Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Bererti, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus. Buktinya, kita tidak pernah melihat rancangan masakan di televisyen yang menyelitkan MSG dalam resepi mereka. Ini menunjukkan bahawa penggunaan MSG bukanlah satu kemestian, sebaliknya hidangan yang lazat dan menyelerakan bergantung pada kemampuan dan kemahiran memasak seseorang itu sendiri.

Oleh itu, katakanlah tidak kepada MSG. Percayalah pada kelebihan masakan anda, kerana andalah yang bertanggungjawab ke atas kesihatan keluarga tersayang.

Kredit:Lamanmotivasi

Tuesday, 31 March 2015

Tips Kekal Sihat

March 31, 2015 0 Comments
Bismillah,Assalamualaikum semua..sihat kan hari ni.Alhamdulillah hari cerah badan pun rasa segar je..Lepas buat aktiviti gardening pagi tadi.Keluarkan peluh sikit.

Hari ni nak buat tips ringkas je sebenarnya ramai yang dah tahu tentang ni tapi cuma tak berapa nak praktikkan je.



Jom kita remind semula apa langkah untuk hidup lebih sihat:

  1. Kesihatan badan perlu ditingkatkan dengan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
  2. Kurangkan garam, gula, minyak dan santan dalam masakan.
  3. Gunakan cara memasak yang tidak menggunakan banyak minyak seperti kukus dan rebus. Kurangkan menggoreng makanan
  4. Jangan tambah garam kepada makanan yang telah dimasak.
  5. Elakkan makanan yang tinggi kalori.
  6. Lebihkan berjalan.
  7. Selagi boleh gunakan tangga berbanding lif.
  8. Lebihkan minum air.(2-3 liter sehari)
  9. Jangan tinggalkan (skip) masa makan untuk mengelakan peningkatan kolestrol darah dan lain-lain.
  10. Kurangkan tekanan (stress) yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.
  11. Tingkatkan aktiviti di luar rumah.
  12. Pastikan cukup tidor.
  13. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang penyakit dan untuk mengelakan penyakit yang tidak berjangkit (non communicable diseases).
Amalkan tip di atas untuk kesihatan.

liza
012-3010634

Sunday, 29 March 2015

7 Tips Untuk Sihat

March 29, 2015 0 Comments
Bismillah,Assalamualaikum semua..Hari yang indah .cerah  walaupun panas ada i sukeee..Cepat kain baju kering kan hihih

Menu apa hari ni?Hari cuti biasanya waktu untuk bersantai santai dan bagi yang ibu bekerjaya ni la masanya untuk masak sesuatu yang agak special buat anak-anak.

Dah lama nak share maklumat ni dengan semua ni baru berkesempatan.Alhamdulillah kami sekeluarga mengamalkan makanan yang sihat ni.

Apa antara makanan yang sihat tue?Kita mula dari basic je la..

7 Tips Untuk Sihat


7 Tip Makanan Sihat ialah:
  1. Gunakan extra virgin olive oil. Lebih gelap warnanya lebih bagus untuk kesihatan. Ia lebih tulin dan lebih baik untuk jantung anda berbanding jenis minyak zaitun yang lain.
  2. Ambil lebih sayur-sayuran berdaun hijau. Hanya masak dengan sedikit minyak zaitun, bawang putih dan sedikit garam. anda akan mendapat sayur yang sangat sedap dan berkhasiat. Ia adalah makanan yang boleh mengenyangkan & menyihatkan.
  3. Pilih roti coklat (brown bread). Karbohidrat berproses seperti yang terdapat pada roti putih adalah amat sukar untuk badan menyerap zat makanan darinya, jadi ia hanyalah kalori kosong atau tiada zat/khasiat.
  4. Elakkan makan junk food (snek/jajan) kerana ia tidak langsung menambah tenaga atau berkhasiat. Jika anda teringin makan junk food ambil buah sebagai penggantinya.
  5. Makan snek yang sihat iaitu yang rendah kalori dan lemak, tinggi kandungan serat seperti aprikot kering, kekacang, buah-buahan, baby carrot, tomato ceri dan sebagainya. Sayur-sayuran dan buah-buahan pada amnya rendah kalori dan lemak serta tinggi kandungan seratnya. Buah-buahan mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi berbanding sayur-sayuran.
  6. Minum banyak air pada setiap hari. Air boleh mengurangkan sembelit dan membantu dalam proses penghadhaman. Secara amnya pada hari yang panas minum 2.5 hingga 3 liter pada hari yang panas.
  7. Makan perlahan-lahan kerana otak anda akan mengambil masa 20 minit untuk memberitahu yang anda sudah kenyang dengan makanan.
Cuba jadikan amalan ye inshaAlah anda akan nampak hasilnya..

Salam Sayang
liza
012-3010634

Saturday, 28 March 2015

Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan

March 28, 2015 0 Comments
Situasi 1: “Saya dah amalkan lebih kurang seminggu tapi tak ada rasa apa-apa kesan pun”
Situasi 2: ” Sejak saya ambil dalam beberapa hari ni, jerawat makin menjadi-jadi keluar. Dulu tak macam ni pun. Kenapa? Saya tak serasi dengan supplement Shaklee ke?”

Mesti ramai yang pernah alami situasi macam ni kan? Jadi kenapa dan mengapa?
Lumrah manusia ni suka mengubati dari mencegah. Jadi kebiasaannya kita akan mula amalkan supplement bila badan dah sakit. Bagi ibu menyusu khususnya pula bila susu dah drop atau hampir kering. Jadi kita memang suka mengubat kan?
Makanya bila kita amalkan vitamin Shaklee, kita mahukan kesan yang cepat. Ayat paling lazim saya terima dari customer adalah
“Kalau saya makan ni, berapa lama boleh nampak kesan?”
Jadi suka saya nak ingatkan sistem badan kita berbeza. Makan cepat atau lambat kesannya juga sangat bergantung pada badan masing-masing.
Jika anda sudah mengamalkan mana-mana supplement Shaklee tapi belum nampak kesannya, apa yang anda perlu tahu adalah supplement Shaklee bertindak membaiki sel badan kita dari dalam. Ia kena tutup dulu lompang-lompang rosak dalam badan kita barulah badan boleh rasa kesan positifnya. Cuba anda bayangkan lubang atas jalan. Lagi besar lubang maka lagi banyak masa dan lagi banyak tar diperlukan untuk tutup lubang tu kan?
Begitu juga dengan badan kita. Bila anda sakit bermakna ada lompang nutrisi dalam badan anda. Jadi bila dah sakit baru nak amalkan supplement Shaklee haruslah beri masa untuk supplement tutup lompang dalam badan anda itu. Sebab itu ada orang cepat nampak kesan dan ada orang yang lambat. Siapa lompang kecil cepatlah lompangnya diturap maka cepatlah nampak kesan. Siapa lompang besar faham-faham je lah kan.. pastinya ambil masa. Sama juga dengan ibu menyusu yang amalkan supplement Shaklee sebagai milk-booster.
Dan paling utama, pastikan anda amalkan pengambilan supplement mengikut panduan pemakanan yang betul yang diberikan oleh pengedar anda. Itu sangat penting. Makan suka hati memang tak nampak kesan sebab anda tak akan tahu kalau ada yang tak boleh dicampur dan apa waktu makan terbaik kan? Jadi patuhilah panduan yang pengedar anda berikan.
Menjawab kepada situasi 2 pula, keadaan itu kita namakan Healing Crisis. Proses healing crisisini sedikit unik sebab bukan semua orang akan alami. Tapi proses ini adalah 100% semulajadi dan lazim akan berlaku apabila kita memulakan proses rawatan secara semulajadi.
Supplement Shaklee kan 100% semulajadi. Makan tak hairanlah ada orang yang akan kenahealing crisis ni. Apabila kita makan supplement untuk merawat dari dalam, badan kita menyingkirkan toksin dari sel-sel badan ke dalam system badan untuk dikumuh keluar. Ini adalah sebahagian dari proses rawatan.
Tetapi healing crisis akan berlaku apabila terlalu banyak toksin yang perlu disingkirkan dan sistem badan tak mampu singkirkan dengan cepat. Maka toksin itu akan terperangkap menyebabkan timbulnya kesan sampingan lain.
Sebab itulah ada yang rasa loya, pening kepala, penat, keluar jerawat, sakit badan, sakit urat, cirit birit dan macam-macam lagi bergantung pada badan individu. Itu semua disebabkan toksin yang terkumpul di bahagian tertentu dalam badan.

Jadi macam mana nak elakkan?

  1. Minum banyak air kosong. Air kosong penting untuk melancarkan sistem peredarah darah dan limfa supaya toksin tidak tersekat di mana-mana bahagian badan dan terus ke organ perkumuhan. Lagi banyak air lagi cair toksin lagi kurang healing crisis.
  2. Banyak bergerak untuk melancarkan sistem peredaran darah dan limfa supaya toksin bergerak lancar ke organ perkumuhan.
  3. Amalkan diet tinggi protein dan serat. Elakkan gula dan makanan ringan.

Healing crisis adalah semulajadi. Dan pengalaman saya orang yang ambil produk skin care untuk kulit berjerawat itulah golongan paling senang kena healing crisis sebab terlalu banyak toksin dalam badan. Tapi kebanyakan orang juga suka tukar dan campur adukkan supplement sebab nak kesan cepat. Sedangkan jika disiplin teruskan pasti nampak kesannya bila healing crisis mula reda.

Sedikit tips untuk anda

  1. Jangan terburu-terburu nak lihat kesannya dalam masa satu hari!
  2. Beri masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk sel dibaikpulih sebelum dapat rasakan keberkesanannya
  3. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan jaga pengambilan air kosong minimum 3L sehari
  4. Jangan mudah percaya dengan janji BERKESAN DALAM MASA 14 HARI!

Liza
012-3010634

Thursday, 26 March 2015

Cara Nak Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja

March 26, 2015 0 Comments

Bismillah..Assalamualaikum semua..Alhamdulillah sejuk pagi ..Dah hantar anak ke sekolah settlekan kerja rumah..Dan tidur kan baby tadi..Sambil tidurkan zikir la sebab baby memang tak boleh tidur kalau tak dengar Zikrullah.Memang dari dalam perut macam tue.

Sambil berzikir mama pun rasa mengantuk da...ish kena lawan perasaan ni sebab ada banyak benda nak buat.Deadline semakin hampir ni.

So godek godek google terjumpa la tips ni.Cara nak hilangkan mengantuk..Almaklum la liza ni WaHM ada SoHo kecil kat rumah so..time berkerja tue flexible..Mana taknya saya la bos saya la pekerja.Hihiihih.JOm apa tips yang nak di sampaikan baca ek..


1.Hampiri Kawasan Bercahaya
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap.
Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.



2.Basuh Muka 
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.



3.Wangian Aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk.
Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.



4.Senyum Dan Lakukan Perkara Baik
Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.



5.Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.



6.Senaman Ringan 
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam?
Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar dan fikiran tenang.



7.Pandang Pepohon Hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

8.Segarkan Semangat Anda
Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

9.Urut
Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.



10.Minum Banyak Air
Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat. 



11.Amalkan Teknik Pernafasan
Betul Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.



12.Bersihkan Meja
Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan. 



13.Berjalan-Jalan
Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan dan berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.



14.Membaca Ayat Al-Quran
Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk. Sebaiknya bacalaha keseluruhan Ayat Qursi tersebut kerana keseluruhan Qursi pun tidaklah panjang pun. Potongan ayat tersebut berbunyi…

“LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…” Maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR - 

Selamat Mencuba...
Salam Sayang 
Liza
012-3010634