Search This Blog

Friday 7 December 2012

Kunci Rezeki.Percaya kah anda?

Salam Jumaat..
Entri kali ni tentang solta sunat Dhuha..Mak selalu pesan bile ada time2 free buat la sunat dhuha..Banyak fadhilatnye..Masa zaman sekolah dulu memang tak pernah buat pon.Bila dah keja dan sekarang sepenuh masa ada kat rumah, so ada la masa terluang untuk istiqamah melakukannyer..


Pernah dengar ada ustaz cakap antara fadhilat solat sunat dhuha ni ialah InsyaAllah tak akan papa kedana.Maksudnyer barangsiapa melakukan solat sunat dhuha Allah akan lapangkan rezekinya..Bukan sekelip mata buat then Allah nak bagi terus...sabar dan istiqamah..Percaya dan yakin janji Allah pasti di tunaikan..

Solat Dhuha ni tujuannya melapang dan membukkan pintu rezeki.Mendapat rezeki yang halal dan di permudahkan segala urusan.Jangan pula lupa seusai mendirikan solat sunat dhuha minta pada Allah apa yang kita ingin kan...Dengan rasa rendah hati dan rasa benar2 berkeinginan..InsyaAllah,Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat...



Niat Solat Sunat Dhuha







Bila Time Nak Buat?

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

Senang cerite dari pukul 8.30 am smpi  11.30 pm..Buat surisumah macam saya ni...agak2 dah settle keje rumah luangkan la masa dalam 10minit...Tak lama pon untuk buat solat sunat dhuha..Lama lg rasenye masa yang kite peruntukkan untuk mengadap fb kan...




Solat sunat Dhuha merupakan satu ibadat sunat yang dituntut berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A. seperti berikut;
ثلاث هن علي فرائض، وهن لكم تطوع: الوتر، والنحر وصلاة الضحى
Maksudnya:“Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat (sukarela) bagi kamu, sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang Dhuha”[1]


Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 



Ya Allah...
Sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu, 
kecantikan, kecantikan-Mu,
keindahan, keindahan-Mu,
kekuatan, kekuatan-Mu,
kekuasaan, kekuasaan-Mu,
perlindungan, perlindungan-Mu.

Ya Allah...
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika  di bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah,
jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha, 
kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu.
Limpahkan kepadaku
segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Salam Manis
Liza

No comments:

Post a Comment