Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Berikut adalah sumber sayur dan buah yang penting untuk proses detox:
Sayur ~ Celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato, lobak
Buah ~ Epal hijau, nenas, pear dan lemon/oren
Bagi anda yang berminat untuk melakukan diet detox ini adalah penting untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu memperbanyakkan pengambilan daripada prosuk bijirin seperti seperti fosforus dan laksatif di samping memperbanyakkan memakan kobis, brokoli dan sayuran yang banyak unsur sulfur yang baik untuk hati.
Toksin
Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan
- Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
- Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
- Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
- Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
- Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
- Masalah sendi
- Masalah kulit
- Selulit, kenaikan berat badan
Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, adalah lebih baik anda melalui proses detox dahulu bagi mengeluarkan segala toksin di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin lain.
Adalah dicadangkan untuk anda mengambil Herb-Lax dan Alfalfa yang baik untuk penghadaman. Bila segala toksin di dalam badan telah dikeluarkan, anda boleh mengambil produk-produk bagi menurunkan berat badan seperti Lecithin dan OmegaGuard yang berfungsi untuk membakar lemak.
No comments:
Post a Comment