Penjagaan luka bersalin adalah adalah bertujuan bagi mempercepatkan proses
pemulihan dan tubuh badan berada dalam
keadaan asal. Selain itu juga ia penting bagi
mengelakkan luka terkena jangkitan kuman
yang boleh memberi kesan yang buruk kepada ibu berpantang tersebut. Jahitan luka bersalin
terbahagi kepada dua iaitu Jahitan Episiotomi dan Pembedahan Caesarean.
pemulihan dan tubuh badan berada dalam
keadaan asal. Selain itu juga ia penting bagi
mengelakkan luka terkena jangkitan kuman
yang boleh memberi kesan yang buruk kepada ibu berpantang tersebut. Jahitan luka bersalin
terbahagi kepada dua iaitu Jahitan Episiotomi dan Pembedahan Caesarean.
Bagi menangani masalah ini saya ingin
berkongsi kepada anda tentang penjagaan
luka bersalin . penjagaan luka tersebut adalah
seperti berikut
Jahitan Episiotomi
- Jahitan yang dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum. Pastikan anda diberikan ubat antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka
- Basuh bahagian perineum dengan air suam yang dicampur garam dan daun sirih sabagai bahan antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka
- Elakkan terlalu lama dalam keadaan satu posisi. Anda dilarang untuk berbaring,berdiri atau duduk terlalu lama. Cuba berjalan perlahan-lahan. Anda juga boleh duduk di atas bantal atau padded ring untuk keselesaan.
- Ketika membuang air kecil, alirkan air suam pada kawasan perineum. Hal ini membantu mengurangkan rasa ‘terbakar’ pada kulit apabila urin menyentuhnya. Alirkan juga setelah selesai. Ketika membuang air besar , tekankan sedikit kawasan luka dengan pad bersih.
- Kawal pergerakkan supaya jahitan tidak terbuka. Anda perlulah meminta bantuan suami dan ahli keluarga lain untuk mengurusakan rumah tangga
Pembedahan Caesarean
- Ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean adalah perlu berhati-hati dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman
- Pastikan menjaga kebersihan dan menyapu ubat antiseptik di kawasan jahitan serta mengambil ubat penahan sakit
- Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun dari katil dan menyusukan anak
Pesanan tambahan
- Minum banyak air. Hal ini kerana ia dapat mengantikan kehilangan cecair dalam badan serta mengelakkan sembelit.
- Perhatikan tanda-tanda jangkitan. Sekiranya anda dapati luka anda menjadi merah, berasa panas, membengkak dan terdapat cairan seperti nanah, demam panas sehinggan 38C serta sakit yang teruk ditempat luka anda perlu hubungi doktor atau pihak hospital.
- Elakkan mengangkat benda berat kerana ia akan memberi tekanan terhadap lantai pelvis dan abdomen anda.
- Elakkan melakukan hubungan kelamin sehingga 4 -6 minggu selepas kelahiran. Hal ini kerana untuk memulihkan organ peranakan.
No comments:
Post a Comment