Assalam,Ramadahn ke 2 hari ni..cuaca alhamdulillah mendung,sejuk dan berangin je...Sepanjang hari semalam hujan je .Tak la rasa letih sangat.
Malam tadi mimpi nak bersalin hahahha rasa macamlama tak pegang baby..padahal anak yang kecik baru je 1 tahun 2 bulan.Hati macam dah teringin nak rasa lagi macamana rasa kontarksi masa nak bersalin.
Kalau bagi jarak yang lama takut lupa pulak nanti.hehehe
Sebelum nak share apa rasa kontraksi ni mai baca dulu cerita saya.
Anak 1st 11April jam 7amtak ada rasa sakit pun tapi air ketuban pecah 1.Tunggu punya tunggu kenapa la tak keluar lagi .Dah awal subuh 12 April 2009 jam 12mlm mula la rasa memulas macam nak membuang.Dah berulang masuk toilet memang membuang la tapi kenapa masih sakit?Mata tak boleh tidur ,bila nurse check jam 4.30am rupanya bukaan dah 9cm..huhuhu terus naik wheel chair.Naik je atas katil teran sekuat mungkin Alhamdulillah terpancut keluar seorang khalifah seberat 2.5kg je..
Pengalaman ke 2 26 Jan 2011,sakit pun tak ada cuma tanda kelusr darah semesa mebuang..ingatkan nak jadi buasir..rupenya tebngah malam selamat nak kuar..Tapi sakitnya..tak berapa sakit.Masih boleh tahan.Khalifah juga 3kg..
Pengalaman ke 3 Afnan Hakim pengalaman yang memang tak akan lupa sampai bila2.
Jom pada mommy muda atau mommy yang dah lama tak bersalin kadang2 lupakan macam mana rasa kontraksi tue mai baca kat sinii.
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
- keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
- keluar darah dari vagina. : Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
- Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
- Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Seakan ada 'ruang' di bawah rusuk.
- Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
- Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Semua yang di nyatakan kat atas memang saya alami sendiri.Bukan hanya omongan kosong yer.
In sha Allah panduan ni akan sangat berguna untuk anda..Daddy pun kena la amik tau yer.
Selamat bersalin dan selamat berpantang.Doakan dan fikirkan yang baik2 je In sha Allah segalanya berjalan lancar.
Salam Sayang
SID Shaklee
COD Sg Petani
No comments:
Post a Comment