Search This Blog

Sunday 28 December 2014

Darah Tinggi Dan Cara Mengatasinya

Bismillah dan Assalamualaikum semua..agak lama tinggalkan menulis ni...suami sedang bercuti jadinya peruntukkan masa yang ada untuk bersama suami dan anak anak je dulu. 

Hari ni nak share tentang apa itu darah tinggi/hypertension,bahaya kah hypertension dan bagaimana nak kawal hypertension ni..

Kebanyakan dari warga muda sekitar 20an ke 30an ni ramai yang belum tahu apa itu hypertension kan..Biasa dengar je orang cerita ada darah tinggi dan perlu checkup monthly di klinik dan amik ubat.



Ni nak share berapa sebenarnya tekanan darah yang du kategorikan dlam hypertension atau tidak.

Kategori
Sistolik
Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90



Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Sebagai penyakit dalam diam, punca2 darah tinggi ni jugak tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • kegemukan
  • umur melebihi 35 tahun
  • tinggi paras kolesterol
  • faktor keturunan / sejarah keluarga
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
  • uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid  
  • penyakit buah pinggang.


CARA MENGATASI

Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan.
Ubah cara hidup boleh mendatangkan kean yang sanagt baik -
  • amalkan pemakanan sihat
  • kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • amalkan senaman berkala
  • dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • berhenti merokok!

VITAMIN CADANGAN

Pengidap darah tinggi perlu mengambil makanan sihat & seimbang, banyakkan makan sayur-sayuran dan buahan. Sayuran seperti bayam, ubi kentang, buah pisang, kacang-kacangan sangat baik bagi pengidap darah tinggi. BAgaimanapun semuanya perlu diambil secara sederhana. Pengidap hyprtension juga disarankan mengamalkan suplemen vitamin bagi menambah baik tahap kesihatan.

Semestinya vitamin semulajadi yang bebas steroid!
  • Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kompilasi pada jantung juga tau)
  • Lecithin - mengemulsi lemak
  • Garlic - merendahkan tekanan darah
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol
  • B comp - menurunkan stress.
  • Ostematrix - Difiensi kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vit C - menghalang pembekuan darah


VITAMIN LARANGAN

Tiada kajian khusus yang dijumpai mengenai suplemen vitamin yang dlarang bagi pengidap hypertension. Walaubagaimana pun mereka perlu mengelakkan makan makanan- makanan yang tinggi sodium dan lemak. Makanan yang perlu dielakkan seperti :
  • Mi Segera - mi segera mengandungi sodium yang sgt tinggi.
  • Daging merah
  • Daging ayam berkulit
  • Acar
  • Makanan proses seperti sosej, kentang goreng,daging burger dsb.
  • Kuih-kuih yang tinggi gula seperti donut
  • alkohol
  • Susu - susu baik utk bekalan kalsium tetapi susu juga mengandungi lemak yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh pengidap darah tinggi.

Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan dari pelbagai penyakit berbahaya.


Kesihatan amat penting untuk kita..Ye la..kalau badan tak sihat hati pun tak seronok kan..Nak melakukan ibadah pun tak seronok.Jadi kesihatan kita tangungjawab kita.

Ingin membeli mana mana produk untuk kesihatan/darah tinggi ini secara online dan dihantar terus ke pintu rumah anda? Mudah sahaja, sila klik di bawah ini.


Salam Sayang
Liza 012-3010634

No comments:

Post a Comment