Hari ni nak share tentang ururtan bayi.Tak ramai yang tahu fungsi urutan dan faedahnya pada ibu dan bayi.Tapi kalau ayah nak turut serta sangat la di galakkna.
Biasanya waktu berpantang bagi ibu yang bekerjaya sangat terhad.Waktu ini lah yang patut di peruntuk kan untu sentiasa bersama..nanti dah mula bekerja waktu nak bermassage tue agak terbatas.Mana tak nya mama keluar gelap balik rumah pun matahari dah tenggelam.
Pernah tak anda buat baby massage?Jom saya share kan sedikit ilmu yang ada,saya praktikkan dari anak 1 hingga anak ke 3.Alhamdulillah tumbesaran anak sangat memberangsangkan,sihat dan berani.
APA ITU URUTAN BAYI?
Urutan bayi ialah mengurut dengan lembut secara beritma badan bayi anda dengan tangan anda sendiri. Sebagai sebahagian daripada rutin urutan, anda juga boleh mengurut lembut buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari bayi anda.
Urutan tangan yang lembut merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan anda, badan bayi dan suami anda jika dia sedang memerhatikan. Oksitosin ialah hormon yang memberi anda perasaan sayang dan kasih apabila anda memeluk erat bayi anda atau ketika anda menyusukannya.
Apa Faedah Urutan Bayi ini?
Bayak faedahnya terutama bila kita sering luangkan masa bersama dan ada skin to skin contact.Urutan bayi ni sangat bagus untuk bayi yang matang dan sangat baik untuk bayi yang pra matang tau.
Tujuannyaialah:
- Menguatkan ikatan antara ibu dan bayi
- Bayi merasa releks dan kurang merengek
- Kurang menangis
- Tidur yang lebih nyenyak(lena)
Ada kajian mengatakan urutan bayi mampu membantu dalam perkembangan otak bayi.
Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Melakukan Urutan Bayi?
Bila agaknya masa yang sesuai ye untuk melakukan urutan bayi ni?Saya tak pandai..Ni antara runguntan ibu baru yang biasa saya dengar.
- Selepas mandi
- Sebelum menyusu
- Sebelum tidur
- Bayi dalam keadaan tenang
- Bilik yang agak sunyi dan selesa
- Bilik haruslah dalam keadaan suam
Bagaimana Cara Urutan Bayi
- Panaskan sedikit minyak atau krim pada tangan anda dengan menggosok-gosoknya di antara tapak tangan anda.
- Perlahan-lahan, sapukannya pada kulit bayi, mulakan dengan kakinya dahulu. Kaki ialah tempat yang baik untuk bermula kerana bayi anda sudah biasa merasa kakinya disentuh semasa menukar lampin.
- Beransur-ansur bergerak ke atas, sambil memicit betis dan pahanya dengan lembut.
- Untuk dada dan perut bayi, perlahan-lahan letakkan tangan anda rata pada bahagian tengah badan bayi. Sebarkan tangan anda ke tepi seolah-olah anda sedang meratakan helaian buku.
- Dengan tangan yang masih lagi rata, gunakan hujung jari anda untuk mengusap ke luar dalam bulatan-bulatan kecil.
- Teruskan selagi bayi anda kelihatan menikmatinya.
Membaca isyarat daripada bayi ialah aspek yang paling penting dalam mengurut bayi. Bayi anda akan memberitahu bila urutan itu perlu habis dan usapan mana yang dia suka atau tidak suka. Jika bayi anda mula menangis semasa diurut, dia sebenarnya memberitahu anda dia tidak mahu diurut
Selamat Mencuba
Salam Sayang
Liza
012-3010634
No comments:
Post a Comment