Bismillah,Assalamualaikum semua..petang 14 Ramadhon kita bertemu..Minggu lepas bertalu talu masuk pertanyaan mengenai Cyst dan fibroid ni..Saya tiada pengalaman tapi cerita dari rakan dan ilmu tentang kesihatan yang Shaklee berikan sedikit sebanyak membantu saya meng konsult semua pertanyaan mengenai Cyst dan Fibroid ni.
Untuk pengetahuan anda masih ada yang tak tahu apa cyst dan apa fibroid ni.. cyst atau fibroid ni mudah utk berulang
kerana sel ketumbuhannya pernah wujud dlm badan pesakit.Oleh itu
pengambilan Set ACE(antioksidan) utk mencegah penyakit ini drp berulang boleh diamalkan.
Jom kita ikuti kisah Puan Norita yg telah mengalami sendiri twisted cyst di ovarinya.
====================================================================
Bagi
yang mengikuti kisah penulisan blog saya dari awal, pasti pernah
terbaca kisah saya yang mengalami ketumbuhan di ovari yang lebih
spesifik kes saya ialah twisted cyst. Masa tu saya mengandungkan Addin 2
bulan. Terpaksa juga melalui operation sebab cyst tu berpintal dengan
ovari. Alhamdulillah kandungan pun selamat dan Addin selamat dilahirkan
secara c-section.
Apa
yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu
ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal
bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal
bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan
seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh
recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.
Apa dia radikal bebas?
Radikal
bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul
tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron
dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil
metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran
ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit
yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan
masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh
penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan
jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena
radikal bebas diperlukan antioksidan.
Untuk bahasa mudah yang saya fahami, pertumbuhan
sel yang tidak normal boleh mengakibatkan ketumbuhan atau lebih teruk
dikenali sebaga kanser kerana ianya merebak dengan sangat cepat.
Bagaimana nak kawal radikal bebas ini?
Ianya boleh dikawal melalui pengambilan antioksidan
yang boleh didapati dalam makanan harian kita. Antara makanan yang kaya
dengan antioksidan ialah anggur hitam, vitamin C, buah beri, strawberi
dan banyak lagi. Namun kandungan antioksidan dalam setiap buah adalah
berbeza antara setiap satunya.
Apabila
saya ditemukan ALLAH dengan seorang wanita yang melalui pembedahan
sebanyak 3 kali untuk membuang cyst, maka saya mengambil langkah
berjaga-jaga dengan mengamalkan pengambilan supplement yang tinggi
antioksidan.
Apakah vitamin yang kaya dengan antioksidan?
Saya gunakan formula ACE iaitu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain itu pengambilan GLA juga sangat membantu.
Seorang
ibu yang menyusu yang pernah mengalami Mastitis juga saya saya
nasihatkan mengambil vitamin yang kaya dengan antioksidan agar perkara
yang sama tidak berulang. Adakah benar ibu yang menyusu yang mengambil
vitamin E tidak mudah mendapat Mastitis? Ianya hanya sebagai langkah
berjaga-jaga kerana penyakit itu datangnya dari ALLAH jua.
Seorang
ibu yang juga menyusu pernah meminta saya memberikan panduan untuk
mengurangkan bengkak ( ketumbuhan kecil) di bahagian alat sulitnya
kerana tidak mahu menjalani pembedahan, alhamdulillah atas sifat
istiqamah dan yakin dengan pertolongan Allah, beliau tidak perlu
menjalani pembedahan untk membuang ketumbuhan di bahagian alat sulitnya.
Syukur sangat.
Selama
11 tahun bersama Shaklee saya dah jumpa ramai pesakit kanser dan ianya
buat saya insaf dan istiqamah dengan pengambilan antioksidan. Pemakanan
kita mempengaruhi kesihatan kita. Sebab tu kena berjaga-jaga dan
pastikan pengambilan vitamin dan zat galian dititikberatkan. Penyakit
sebenarnya tidak datang serta merta, ianya berada dalam tubuh cuma ianya
tidak aktif. Untuk pastikan ia tidak aktif, pastikan antioksidan kita
mencukupi.
No comments:
Post a Comment