Search This Blog

Saturday, 11 July 2015

AlQuran


Bismillah..
Bacalah
Bacalah dengan nama Tuhan Mu
(Surah Al Alaq)

Biasa kan kita dengar ayat ni..Tapi apa yang kita dapat?Apa kelebihannya baca sepotong ayat dari Kalam Allah itu?

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan mengingati mati dan membaca al-Quran.
Saya nak bercerita tentang pengalaman sendiri semasa mengamalkan membaca AlQuran dan semasa meninggalkan AlQuran..Banyak beza yang bukan saya seorang je rasa malah suami pun turut rasakannya.

Sebulan tanpa AlQuran
Adakalanya mood malas datang menerpa..sebulan saya baca AlQuran pun tak..Hanya solat macam biasa je..Waktu waktu saya habiskan dengan perniagaa online dan urusan rumahtangga je.

Ada sesuatu yang ganjil dalam bulan tue..Rasanya saya tak cukup masa.Rasanya lintang pukang saya waktu tue.Buat tue tak kena ,buat ni tak kena.

Bila leka buat kerja terasa ada sesuatu yang sedang memerhatikan.Ada sesuatu sepantas lalu.Banyak kali juga rasa terkejut terkejut tue datang.

Banyak kali saya cakap dengan suami..Saya rasa itu ini..suami balas..
"Rasanya lama dah sayang tak mengajikan?"
Saya tarik nafas panjang..
"Ye la bang..Ya Allah patut la rasa semacam je bila masuk rumah.Hati rasa tak tenteram,masa rasa tak cukup,kerenah anak2 yang buat naik marah.
"Terima kasih ingatkan yang.."

Anda tahu sebab apa ada rasa macam tue?Ada dalilnya kenapa rumah rasa semacam bila tiada alunan ayat suci ini..

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: “Wahai Ibnu Mas’ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena.”
Mendengar itu Ibnu Mas’ud terus berkata: “Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”
Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurangnya kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
Saya tak nak dah rasa semua tue.,saya rasa takut dan sunyi sangat 
Bila Membaca AlQuran
Alhamdulillah selepas konsisten dengan mengaji hampir setiap hari perasaan tue hilang jauh2.Masa 24jam yang ada sangat cukup dan berlebih lagi,perniagaan semakin maju.
Itulah keberkatan AlQuran..belum lagi hari pembalasan keistimewaan Alquran tue dah nampak ketika di dunia lagi..Kalau kita istiqomah sehingga hujung nyawa dengan membaca serta memahami isi kandungannya AlQuran saksi di akhirat kelak.
Jom saya menyeru.Ramadhan kali ini dan yang akan datang perbanyakkan membaca AlQuran .Biar tak sempat khatam pun tak pe asal kan istiqomah.

Selamat membaca Kalam Suci Allah.Selamat beramal.Jangan letakkan pelbagai alasan.Percaya ada keberkatannya di situ.Janji Allah itu pasti!
Teruskan roh Alquran ni pada anak cucu akan datang.
Salam sayang,
Liza





No comments:

Post a Comment