Search This Blog

Thursday 27 August 2015

Kekurangan Vitamin Ketika Hamil.Apa Akibatnya?

Kurangkan risiko daripada mendapat anak cacatdengan vitamin asid folik. Saya pasti, ramai pasangan muda, yang merancang untuk mendapat anak, sering mendapat info yang bermacam-macam, tidak kira dari mana-mana sumber pun. 

Malahan, bila info dah terlalu banyak, masing-masing menjadi cuak, takut teori yang diaorang dapat lebih menakutkan, padahal hakikatnya, benda tersebut tak lah penting mana pun.. betul tak?

Begitu juga dengan pengambilan asid folik,ataupun lebih senang saya nak cakap, B-Complex. Sebab B-Complex Shaklee mengandungi lengkap dengan vitamin asid folik ni. Jadi, jika puan dah beli B-Complex Shaklee, tak perlulah nak cari asid folik lagi dekat farmasi yer..

Ramai yang ambil ringan dengan kepentinganasid folik ni, sebenarnya.. Pada mereka, vitamin B cuma akan menambah berat badan.. hehee.. 

Sebenarnya, vitamin B ada yang berfungsi untuk menurunkan berat badan, tetapi, untuk tujuan ini, anda perlu mengambilnya dalam bentuk vitamin B yang lengkap seperti B-Complex Shaklee. Dan ia juga bergantung cara pengambilan vitamin tersebut. 

Nak tahu cara elak dari gemuk jika makan B Complex Shaklee? Tanyalah pada distributor anda. Kalau nak tanya saya, puan kena beli melalui saya, barulah saya akan consult bagaimana.. win-win situation, betul tak? hehee..

Jadi, bercerita mengenai kepentingan asid folik, saya nak kongsi dengan anda beberapa info yang sangat menarik. :-)

Apa itu ASID FOLIK? 

Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.

Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk (anecephaly/encephalocele)

Contoh: kes baby anecephaly ni.

nak tengok gambar baby malang ni sila klik link ini bagi yang kuat semangat yer.

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

Sumbing lelangit (cleft palate)Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

 4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjangMerawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

Daging, ayam, telurKekacangBeras perang, barli, oatSayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.

Saya pilih Vitamin B shaklee yg mengandungi ke semua vitamin b yg tubuh perlukan.Lengkap tau dlm 1 tablet.Murah dan berbaloi.Hanya RM54/120BIJI.

Salam Sayang,

Liza 

012-3010634


No comments:

Post a Comment