CoQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda berfungsi pada tahap optimum
Penjana Tenaga Terbaik
Meningkatkan kekuatan otot
Kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot fast-twitch (type-II)1 (otot yang menjana kuasa dan kekuatan). Ia juga bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel otot.2
Mempercepatkan proses pemulihan luka
CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka.3 CoQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka.4
Menyokong gaya hidup aktif anda
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 memberi manfaat kepada orang dewasa, dari atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan kekal cergas. Hasil kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular.5 Kini jantung anda dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, anda boleh berjalan lebih cepat dan berlari lebih jauh, dan anda dapat memberi lebih tumpuan.
Memastikan anda bertenaga sepanjang hari
CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga badan. Ia berfungsi sepanjang masa untuk memulakan dan menghasilkan tenaga. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda mempunyai tahap tenaga yang tinggi, stamina anda meningkat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anda6, menjadikan anda berasa lebih bertenaga sehingga anda boleh melakukan pelbagai perkara dalam sehari!
No comments:
Post a Comment