Hai semua.Hari ni liza nak share info sikit pasal penyakit tiroid.
Ada yang biasa dengan kan.Dan ada yg tak biasa dengar.
Apakah Penyakit Tiroid
Tiroid adalah salah satu dalam banyak-banyak kelenjar yang ada dalam tubuh manusia. Tiroid berfungsi mengatur kadar pembakaran tenaga dalam tubuh badan kita. Kelenjar ini berfungsi membuat protein yang mengatur sensitiviti tubuh badan terhadap hormon yang lain.
Tiroid termasuk dalam golongan endokrin yang menghasilkan hormon tertentu. Hormon ini pula diperlukan oleh badan untuk menangani hal tertentu.
Hormon yang dihasilkan oleh tiroid misalnya tiroksin, kalaitonin dan triodotironin. Dua hormon yang bermula dengan huruf T ini penting untuk metabolisme tubuh badan kita. Hormon ini yang mengarahkan sel tubuh badan untuk lebih banyak mengubah glukosa menjadi glikogen. Kalau hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid kurang, maka badan cepat penat, kulit kering dan berat badan bertambah. Kalau hormon kurang, maka badan cepat berpeluh dan berat badan akan turun dengan drastik.
Berdasarkan statistik, gangguan kelenjar tiroid paling banyak mengganggu wanita daripada lelaki. Jumlahnya mampu mencapai 5 kali ganda lebih banyak, maksudnya kaum wanita perlu lebih berhati-hati jika ada perubahan fizikal seperti bengkak di leher tiba-tiba atau ada benjolan tidak normal pada leher, eloklah berjumpa pakar. Ini kerana gangguan kelenjar perlu dianalisis khas oleh pakar perubatan.
Simptom dan Suplemen Shaklee Untuk Rawatan
Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
Hipertiroidisme/Tirotosikosis
Hipotiroidisme
1. Hipertiroid
Hipertiriodisme juga dikenali sebagai tirotoksikosis. antara penyebabnya adalag grave’s disease iaitu antibodi dalam badan menyebabkan kelenjar tiroid itu membersar dan mengeluarkan hormon terlebih. Dalam kes ini selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid membesar dan mengurangkan hormon berlebihan.
Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis “Hipertiroidisme”
Bengkak di leher
cirit birit
Degupan Jantung bertambah
sentiasa berdebar-debar
Gementar dan gelisah
terketar-ketar
Haid tidak teratur
Masalah Kesuburan
Penumpuan kurang
Mata menjadi besar (bulging)
Angin yang tidak menentu
Kejang Otot
Osteoporosis
Pengeluaran peluh yang banyak
Suhu badan naik
tak tahan panas
Rambut tidak kuat
Sukar bernafas
Sukar tidur
tekanan darah naik
Turun berat badan walau selera naik
Lemah
2. Hipotiroid
Hipotiroid atau thyroiditis atau pembengkakan tiroid. Selalunya boleh elok dengan sendirinya. Toxic nodule goitre berlaku bila terlalu banyak iodin dalam makanan yang diambil. Ini boleh dikawal dengan pemakanan.
Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis “Hipotiroidism”
Kesukaran untuk menurunkan berat badan, Walau melakukan berbagai jenis senaman
Penambahan berat badan, Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet
Kemurungan atau kegelisahan
Cepat berasa letih
Faktor Genetik
Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
Masalah sembelit yang teruk
Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus
Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping
Sakit otot dan sendi
Masalah capal dan tendonitis
Golongan Berisiko Tiroid
Antara golongan berisiko adalah:
- Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
- Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
- Usia lebih dari 60 tahun, boleh juga berlaku pada orang yang lebih muda lewat 30-an
- Orang yang kuat merokok.
Penyakit tiroid boleh membawa maut jika tidak dirawati apatah lagi kepada ibu mengandung dan anak di dalam kandungan iaitu boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil atau kecacatan mental. Justeru rawatilah segera.
Cara Rawatan Tiroid Dengan Shaklee
Pesakit hipotiroidisme lebih mudah dirawat tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat mungkin perlu diubah secara berkala bergantung kepada paras hormon tiroid dalam badan.
Pesakit hipertiroidisme pula perlu diberikan iodin beradioaktif untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid yang terlebih itu. Pembedahan juga adalah alternatif kepada rawatan hiper ini.
Jika anda ibu menyusu dan mempunyai masalah tiroid samaada hypertiroid atau hypotiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda.
Suplemen Shaklee berikut boleh diambil.
1. Hipertiroid
Antara yang boleh diamalkan adalah:
- Vivix: membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian menunjukkan pesakit hipertiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah.
- ESP: Membantu menghalang pengeluaran hormon tiroid, mengurangkan paras hormon tiroid
- Ostematrix: hipertiroid dikaitkan dengan pengeluaran kalsium dan fosforus melalui air kencing / najis menyebabkan pesakit kehilangan mineral tulang. Pengambilan ostematrix membantu mengelakkan pesakit hipertiroid terdedah kepada masalah osteoporosis.
- Vita C: menyokong sistem imun kepada pesakit hipertiroid.
- Vita E: mengandungi selenium semulajadi yang membantu penukaran kepada T3. Salah satu penyebab hipertiroid adalah autoimun atau kehadiran antibodi dalam sel tiroid. Vita e membantu mengurangkan antibodiini. Vita E juga membantu memerangi radikal bebas.
2. Hipotiroid
Bagi pesakit hipotiroid anda boleh amalkan suplemen berikut:
- Vivix: membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian menunjukkan pesakit hipotiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah.
- Vitalea: membekalkan multivitamin lengkapkepada pesakit. Merupakan sumber iodin (punca hipotiroid dikaitkan dengan kekurangan iodin). Vitalea menambahkan keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif), membantu penghasilan tiroksin T4(hormon tiroid tidak aktif) dan proses penukaran T4 kepada T3
- Vita E: mengandungi selenium semulajadi yang membantu penukaran kepada T3. Salah satu penyebab hipertiroid adalah autoimun atau kehadiran antibodi dalam sel tiroid. Vita e membantu mengurangkan antibodi ini. Vita E juga membantu memerangi radikal bebas.
- Vita C: menyokong sistem imun kepada pesakit hipotiroid
- Bcomplex: berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
No comments:
Post a Comment