“Ustaz, apa amalan yang boleh kita buat supaya masalah jerebu sekarang ini boleh hilang? Atau kalau tak hilang pun, kita tidak akan terkesan dengan kesan jerubu ini?”, tanya salah seorang jemaah selepas solat Subuh pagi tadi.
Ok, dengar sini elok-elok ye.
Jerebu ni boleh hilang dengan banyak cara. Salah satu caranya ialah dengan hujan. So, macamana nak bagi hujan turun?
Langkah yang paling powerful untuk bagi hujan turun ialah dengan memperbanyakkan menyebut kalimah ISTIGHFAR.
Ilmu ini saya ambil terus dari Al-Quran, Surah Nuh, ayat 10 hingga 12.
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
Ye, betul. Kalau kita semua pakat-pakat ramai-ramai ucap istighfar, insyaAllah hujan akan turun dengan banyaknya.
Bila hujan turun, hilang la jerebu ni. InsyaAllah.
Istighfar ni bukan saja boleh menurunkan hujan, tapi ada lagi 4 khasiat yang sangat istimewa :
❤ Kalau kita nak kaya, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menambahkan harta benda kita.
❤ Kalau kita nak anak, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan meramaikan anak pinak kita.
❤ Kalau kita nak tanaman kita tumbuh dengan subur, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menumbuhkan tanam-tanaman kita dengan subur.
❤ Kalau kita di musim kemarau pula, sungai mungkin kering, maka banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, sungai akan kembali mengalir.
Jom kita amalkan istighfar, tidak kira masa, tidak kira ketika. Jadikan ia wirid di bibir kita.
Masa kemas rumah, istighfar. Masa memasak, istighfar. Masa drive, istighfar. Masa main, istighfar. Masa berehat, istighfar.
Kalau kita tak dapat pun 5 kelebihan istighfar seperti yang saya tulis di atas, sekurang-sekurangnya, dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT.
Kan istighfar tu permohonan ampun?
🥰🥰🥰🥰🥰
Dapat sesuatu pagi ini kan?
Yang dah baca posting ni, jangan lupa tekan butang #share supaya lebih ramai orang akan istighfar pagi ni.
Bayangkan, kalau 100 orang yang baca posting ni share pulak kat 100 orang lagi. Kita dah ada 10,000 orang yang akan istighfar pagi ni.
Kalau 10,000 orang tu pulak share lagi kat 10,000 orang yang lain? Kita dah ada 100,000,000 orang yang akan istighfar pagi ini.
WOW!
- intai peluang, apa lagi kebaikan yang boleh dibuat? -
No comments:
Post a Comment