Search This Blog

Wednesday 20 August 2014

Gagal Menurunkan Berat Badan

Anda dalam mood diet tapi Gagal Menurunkan Berat Badan dalam seminggu ? Jom semak kembali kenapa ianya berlaku..
Pernah tak  anda berasa kecewa apabila melihat jarum penimbang berat badan itu tidak bergerak ke kiri? Tentu, ada kan…. Nak tahu sebab apa anda masih gagal menurunkan berat badan walaupun sudah berdiet?
Jom, semak kebiasaaan salah yang menjadi penyebab anda gagal Menurunkan Berat Badandalam seminggu
1. Terlalu Stress
Hormon ‘kortisol’ yang keluar ketika anda stress akanmerangsang nafsu makan, memperlambatkan metabolism dan meningkatkanpenggumpulan lemak di perut. Cubalah relaks dan bertenang. Lakukan aktiviti menyenangkan seperti mendengar muzik, ketawa bersama teman-teman, yoga, bersiar-siar di tempat terbuka , minimum 10-15 minit pada setiap hari.
2. Kerap Mengambil Makanan Yang Masin
Bukan hanya makanan berlemak dan manis sahaja yang perlu anda kurangi, makanan yang banyak mengandungi garam juga perlu anda kawal. Selain boleh menyebabkan hipertensi, terlalu banyak garam di dalam tubuh juga akan membuatkan cecair tubuh bertahan. Akibatnya, berat badan anda menjadi tidak turun-turun!
3. KurangAkitiviti
Sambil bekerja/belajar anda pun boleh bersenam, misalnya dengan melakukan peregangan kaki dan tangan. Cuba silang-silangkan atau ayun-ayunan kaki dan tangan sambil duduk di kerusi, minimum 2-5 minit setiap selang satu jam. Aktiviti ini mampu memberikan pembakaran energi berbanding anda hanya duduk diam di kerusi.
4. Katakan “Tidak” Pada Susu!
Wanita yang mengambil yoghurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak 3-4 kali sehari mampu mengusir 70% lemak daripada tubuh. Kalsium daripada susu berfungsi sebagai ‘suis’ yang memerintahkan tubuh membakar kelebihan lemak. Minumlah segelas susu bebas lemak ketika bersarapan, segelas yoghurt rendah lemak di siang hari, dan segelas susu bebas lemak di petang hari.
5. Makan Tidak Di Tempat Yang Sepatutnya
Makan sambil menonton televisyen, membaca buku, menaip di komputer hanya akan membuatkan anda tidak dapat menikmati makanan dengan sepenuhnya. Akhirnya, anda akan mencari sesuatu makanan yang lebih nikmat untuk dikunyah.Kalori yang masuk dalam tubuhakahirnya sukar untuk dikawal. Jadi, usahakanlah untuk selalu makan dan duduk di meja makan.


Read more:http://www.wom.my/kecantikan/menurunkan-berat-badan-dalam-seminggu/#ixzz3AvC1Dw5h
Follow us:@WOMDOTMY on Twitter|womenonlinemagz on Facebook

No comments:

Post a Comment