Assalamualaikum.
Syawal dah sampai ke penghujungnya.Tahun ni kami tak dapat nak buat open house seperti tahun tahun sebelum ni.Al maklum la..baru pindah rumah segalanya belum set up dan dengan keadaan en suami yang bizi weekend je ada kelas UTM Space.So,kami close house je la..
Tapi walau pun tak open untuk semua,rumah kami tetap terbuka jika ada yang berhajat nak bertandang..Sangat2 la di alu alukan.
Terima kasih pada rakan semasa di Kuching dulu dan pak penakan serta abg long yang sudi bertandang ke rumah kami yang separa siap ni.
Nak share la menu yang saya hidangkan pada mereka.Walaupun kelam kabut sikit tapi alhamdulillah still dapat siapkan 2 menu.
Roti jala |
Jom sapa nak share how to make roti jala:
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 senduk minyak masak
1 cawan air(ikut la ke pekatannya)
Secubit garam
Serbuk kunyit
Kuali non stick(Tefal-saja nak menunjuk)
Acuan roti jala.
Cara:
Masukkan semua bahan tepung,minyak,air,kunyit,garan dalam blender je.Nak cepat kan..so blend la sampai betul2 sebati.
Sure tak akan ada tepung yang berketul.Tuang bancuhan dalam acuan roti jala.Tebarkan la mengikut kreativiti anda sendiri.
Nak jala banyak ke,sikit ke suka hati la.Dalam 3 mint je roti jala akan lekang dari kuali.Letak dalam pinggan lipat la bentuk yang korang nak..
Sedap di makan dengan kari ayam.Tak sempat nak snap picture dah licin di bedal.
Menu ke 2:
Laksa Penang |
Menu ke 2:
Laksa,biasa la kan korang pun dah biasa makan.Guna ikan sardin hidup,cili padi,cili kering,belacan,daun kesum,asam keping 4 pcs
Nak sedap pastikan korang guna stok air rebusan ikan.
K macam terliur tengok laksa ni.Kena buat 3rd round ni..k selamat mencuba..
Sharing is loving
012-3010634
No comments:
Post a Comment