Baru lepas tengok berita tv9.Kisah OKU pi Mekah memang langsung:tak boleh berjalan.Niat ke Mekah bersama parent nak doa sungguh sungguh.
At least dapat bejalan macam orang lain..Alhamdulillah doanya dimakbulkan Allah..
Bukan sebab diMekah je doa makbul tapi sebenarnya kat mana mana pun doa boleh makbul.
Tau tak,siapa doanya tak ada hijab??Maksudnya tak ada stop kat mana mana la.Tak ada stesen doa tue nak berhenti.
Doa seorang ibu tanpa hijab..doa seorang isteri juga tanpa hijab..
Para ibu,para isteri berdoalah..sesungguhnya kuasa doa itu terlalu besar dan bermakna buat orang yang kita sayang.
Firman Allah s.w.t
Tau tak,siapa doanya tak ada hijab??Maksudnya tak ada stop kat mana mana la.Tak ada stesen doa tue nak berhenti.
Doa seorang ibu tanpa hijab..doa seorang isteri juga tanpa hijab..
Para ibu,para isteri berdoalah..sesungguhnya kuasa doa itu terlalu besar dan bermakna buat orang yang kita sayang.
Firman Allah s.w.t
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah: 186)
Ada beberapa situasi berdoa yang tidak ditolak oleh Allah dan ada doa yang dijanjikan akan dimakbulkan. Berikut ini ialah beberapa keadaan iaitu doa tidak ditolak:
Doa Tidak Ditolak
Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, “Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika” (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. Menurut Tirmizi, bertaraf hassan. Menurut As-Suyuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani bertaraf daif)
Sabda Rasulullah; “Sesungguhnya bagi orang berpuasa – ketika berbukanya – doa yang tidak akan ditolak.” [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]
Berikut ini ialah doa-doa yang dijanjikan makbul:
Doa Yang Dimakbulkan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Tuhan kami Tabaraka wa Ta‘ala turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga akhir waktu malam berfirman: “Barangsiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan mengabulkannya baginya, barangsiapa meminta kepadaKu maka Aku akan memberinya, barangsiapa memohon keampunanKu maka Aku mengampuninya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu berkata, telah ditanya Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?” Nabi bersabda: “(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan sesudah solat fardu.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Malam Lailatulqadar. Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3-5 yang tafsirnya :
“Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.”
Hebatkan??Allah bersifat Arrahman ArRahiimm.Dia tak akan berlaku zalim pada hambanya.
Dia mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.Cuma kita yangterlalu angkuh,sombong tak mahu merayu meminta pada Dia...
Mintalah,rayulah dia pasti kabulkan..
Wassalam
Liza
012-3010634
Hebatkan??Allah bersifat Arrahman ArRahiimm.Dia tak akan berlaku zalim pada hambanya.
Dia mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.Cuma kita yangterlalu angkuh,sombong tak mahu merayu meminta pada Dia...
Mintalah,rayulah dia pasti kabulkan..
Wassalam
Liza
012-3010634
No comments:
Post a Comment