Search This Blog

Monday 17 November 2014

Penting Menyikat Rambut

Bismillah..
Assalamualaikum semua...dah sikat rambut hari ni?Berapa kerap korang sikat rambut ek??

Saya dulu memang malas nak sikat rambut sebab rambut banyak gugur.Ingatkan bila kita sikat.banyak lagi rambut akan gugur rupanya kalau tak sikat rambut,rambut kita tak akan sihat.Kenapa pulak kalau tak sikat rambut jadi tak sihat??

Tahukah Anda?

Apakah kebaikan menyikat rambut, selain daripada nampak kemas dan bergaya?

Menyikat rambut secara dalam (sampai ke kulit kepala) dapat melancarkan aliran darah dan nutrien di kulit kepala dan batang rambut, serupa macam mengurut kepala. Menyikat rambut sebelum bersyampu pula akan dapat menyalurkan minyak dari kulit kepala ke batang rambut, dan ini menjadikan rambut lebih sihat.




Sikat rambut pun ada pantang larang rupanya.Kadang aku ni sikat pun main aci zasss zasss je.Tak tau pulak ada pantang larang dari Rasulullah ni.Baru jumpa je maklumat ni mai baca.

Antara larangan Rasullah s.a.w ialah

1.Rasulullah s.a.w melarang kita menyikat rambut di dalam bilik mandi, Sebab perbuatan itu boleh melemahkan anak rambut atau akar rambut.
(Nak rambut sihat kan..pi sikat rambut kat luar dari toilet .Kalau sikat dalam tiolet kang botak pulak)

2.Rasullah s.a.w menyarankan supaya menyikat rambur sambil duduk. Kerana menyikat rambut sambil duduk boleh menguatkan otot jantung. Jika berdiri pula boleh melemahkan otot jantung.
(Sikat rambut sambil duduk.Hahaha ni aku pun tak buat .Lepas ni aku nak duduk.la ala2 ratu gitew.Sempat la berangan depan cermin)

3.Satu lagi kesan jika menyikat rambut sambil berdiri adalah mudah terjebak dengan masalah hutang.
(Nak elakkan dibebani hutang pi sikat sambil duduk tau)

4.Dan yang terakhir makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersalutkan perak. 
(Ni orang kaya pun tak ada sikat dari emas perka aku rasa..korang ada ke) 


Ha ni...bukan aku yang pandai reka ye.Ni pesanan Rasulullah.Ada sebabnya kenapa pesanan ini di sampai kan.

Ok from now ,nak sediakan kerusi depan cermin la sambil sikat,selawat dan boleh usap2 rambut..becoz...no more hair fall.Thanks to Zinc Shaklee

SET PENJAGAAN RAMBUT DARI DALAM(Zinc)
PENJAGAAN KULIT KEPALA (Syampoo Prosante Shaklee)


Akar rambut semakin kuat dan sihat .Tak mo masalah ni berulang kena la amalakn menyikat rambut pulak.

Salam sayang

Liza
012-3010

1 comment:

  1. Maaf, saya hanya pesan hati2 jika mengaitkan nama Rasullullah S.W.T. Saya terjumpa post ini..

    http://kellazule.blogspot.com/2011/10/adab-menyikat-rambut.html?m=1

    Kata ustaz tersebut hadith itu adalah palsu. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete