Search This Blog

Thursday 8 January 2015

Keburukan Junk Food(Jajan)

Bismillah..Assalmualaikum semua..errmm saya nak share info sikit tentang bahaya junk food(jajan) .Banyak keburukan daripada kebaikannya.

Nak kata saya ni tak makan jajan tue tidak la,ada juga kekadang saya makan tapi rasanya setahun dalam kurang 10 kali kot.

Masa saya kanak kanak dulu pun memang jarang amik jajan ni.Sebab mak ayah tak pernah biasakan kami adik beradik dgn jajan ni.

Sampai sekarang gula-gula memang saya tak suka sebab kemanisannya.Anak anak pn sama.Kalu pi rumah kenduri kan selalunya dapat gula-gula memang kami tak makn bagi je pada yang nak.

Pernah dapat lolly pop kat rumah kenduri anak punya la exitednak nak..Tapi bila masuk mulut masing masing kata "eeewwwww tak nak la mama.." Errmm dalam hati saya kata (bagus pun)..

Pemakanan ibu bapa mempengaruhi sikap anak anak.Asalnya anak kita tak tahu pun apa itu jajan.tapi kita (parent)yang ajar anak makan jajan ..Betul tak?

Anak kecil hanya tahu merengek nak je.Tapi bila tak bagi memang dia akan menangis .Tapi cub kita fkirkan apa yang terbaik utnuk anak kita.

Banyak keburukan jajan ni..So saya sarankan pembaca saya yang baik hati semua fikirlah untuk masa depan anak kita,



Apa Itu Makanan Ringan(junk food)
Makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang khasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya


"Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.” (Surah Al-Baqarah ayat 172) Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan…” (Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)"

Pelbagai Makanan Ringan
Errmm sedapnya kek kan.!
Kek Makanan ringan sedap tetapi banyak mudarat dan kuih-muih mengandungi kadar gula yang tinggi dan kadar vitamin serta zat-zat logam yang amat rendah. Minuman jenis cola juga mengandungi lebihan gula dan kadangkala ia dicampurkan dengan sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan, iaitu kafeina. Ais krim pula mengandungi banyak gula dan lemak.


Minuman jus buah-buahan yang dijual di dalam botol kebanyakannya tidak mengandungi jus buah-buahan asli, sebaliknya mengandungi banyak gula, air, bahan pewarna dan perisa tiruan. Kentang goreng atau potato chips pula mengandungi kadar lemak dan garam yang tinggi yang memudaratkan

Makanan Ringan Dan Asma
Di dalam kajian yang lain, ahli-ahli sains dari Scotland dan Saudi Arabia mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama berlakunya kes asma meningkat disebabkan makanan ringan peningkatan penyakit alahan dan asma di kalangan kanak-kanak. Kajian ini yang melibatkan 100 kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit asma dan 200 kanak-kanak lain yang tidak menghidapnya mendapati, mereka yang kurang mengambil sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih mudah diserang penyakit ini. Kes-kes asma didapati meningkat sebanyak 50% di dalam jangka masa 10 tahun

Ringan Dan Kesan Pada Otak
Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Hal ini disebabkan, Makanan ringan merosakkan fungsi otakotak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu.

Profesor Carol Greenwood, seorang pakar sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Toronto merumuskan, makanan ringan yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi dan karbohidrat yang rendah pastinya bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia

Tue kan saya dah bagi antaranya keburukan jajan pada anak kita.So cuba kita semak semula kenapa anak kita sering sakit?Salah satu penyebabnya jajan la.

Ye saya taknafikan anak di sekolah susah kita nak pantau.Tapi cuba kita terangkan pada mereka apa keburukannya pada 10 tahun akan datang.Lama kelamaan mereka akn faham.

Apayang terbaik uttuk anak kia?Berikan mereka real food.Sayuran,memang ank susah nak makan kan..teak pe..slow-slow..selain real food bekalkan anak anda dengan suppliment kanak kanak.

Tak semua real food ni cukup nutrisinya.Kadang tue sayur yang kita masak pun boleh hilang segala zat.




Jom berikan anak kita multivitamin Vitalea Chewable kids. 
dirumus khas bagi memenuhi keperluan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh anak-anak.
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B
Multivitamin kunyah yang disahkan halal untuk anak-anak. Ia dipenuhi dengan 19 nutrien penting dan menyediakan 100% Nilai Harian vitamin C. Vita-Lea® for Children Chewable kini mempunyai lebih vitamin D – 600 IU setiap hidangan, yang 150% nilai harian serta memiliki kalsium, magnesium, dan banyak lagi untuk membantu tulang sokongan yang kuat dan badan yang sihat. Dengan perisa yang enak, Vita-Lea® for Children Chewable pasti menyeronokkan.
Kandungan Sebotol : 65 biji
Cadangan sajian : 1 biji

Ingin membeli mana mana produk untuk vitalea kids ini secara online dan dihantar terus ke pintu rumah anda? Mudah sahaja, sila klik di bawah ini.



Salam Sayang
Lza
012-3010634

No comments:

Post a Comment